Bab 4: Ibu Yang Hilang Sabar

2.1K 97 26
                                    


"Umar! Dah la tu nak, mati budak tu nanti", jerit ibu Umar kepada anaknya yang sedang berdiri di atas perut Marzuki. Mata Marzuki sedikit terbeliak menahan sakit, dia tidak mahu berguling ke tepi dan membuatkan Umar jatuh. Tentu Umar akan kesakitan nanti.

"Umar, kalau camnilah perangai engko nak, baik engko keluar je dari rumah ni! Keluar!", ibu Umar sudah fed up dengan perangai anaknya itu. Dia tidak mampu bersabar lagi. Perangai Umar makin menjadi-jadi jika terus dibiarkan. Dia khuatir jika satu hari nanti perutnya pula akan dipijak Umar.

Umar tersentak. Entah kenapa dialog ibunya itu dirasakan seperti dejavu. Dia sudah dapat menduga dialog itu akan hadir juga suatu hari nanti dan nampaknya hari ini masanya. Jarang manusia dapat bersabar akan sesuatu perkara. Bersabar menunggu balasan perasaan dari seseorang yang dicintai, bersabar menunggu hujan reda, bersabar dengan ujian Tuhan, kerana pada fitrahnya manusia hanya manusia biasa jua pada akhirnya. Akan meletup dan meledak selepas terlalu lama menanggung beban kesabaran. Atas teori ini, Umar tidak mahu menjadi manusia skeptikal. Dia akan meluahkan marahnya, sedihnya, kesalnya saat sesuatu perkara terjadi. Ceewahh. Perenggan ini ditulis seperti penulis sedang hisap gam nampak gayanya.

Umar mengeluh. Hari ini ibunya hilang sabar jua akhirnya. "Takpe mak, takpe. Kalau itu yang mak nak, saya ikut!", balas Umar sedikit tinggi. Sungai api di neraka menggelegak. 

Umar meluru ke bilik, mengaut segala pakaian yang mampu dikautnya dan memasukkan ke dalam satu beg lusuh. Dia sudah nekad, pengembaraannya mencari cinta akan bermula pada hari itu juga. Dia melompat keluar melalui tingkap dan tanpa menoleh lagi, Umar meninggalkan rumahnya.

Dia sampai di tepi pantai dan merenung jauh. Kampungnya itu dikelilingi laut yang meluas. Laut punca rezeki orang kampungnya dan laut juga menjadi penghalang kepada banyak cita-cita orang di kampung itu. Dan kini, hanya laut berada di antara dia dan misinya untuk mencari cinta.

Tidak tahu berenang menyebabkan Umar hanya berdiri agak lama di situ. Dia tidak mempunyai apa apa untuk merentas laut. Semangat yang membara bukanlah bekalan oksigen yang bagus jika dia lemas di laut nanti. Ketika dia sedang mundar mandir mencari penyelesaian, dia terdengar suara seseorang.

"Saudara Umar, saudara Umar!"

Apabila Umar menoleh, dia melihat Marzuki sedang mengheret sebuah sampan dengan susah payah ke arahnya. Apa lagi yang Marzuki mahukan, adakah dia mahu perutnya dipijak lagi. Dia terlalu sopan atau bangang, bisik hati Umar.

"Maafkan saya saudara Umar, maafkan saya. Kerana saya, saudara Umar dihalau dari rumah. Jika saudara Umar mahu pergi dari kampung ini, biarlah saya menemani saudara Umar. Ini sahaja yang mampu saya lakukan atas kesalahan saya. Kebetulan, saya mempunyai sebuah sampan untuk perjalanan kita"

Umar mengerutkan dahinya. Ini musibah atau penyelesaian. Umar menganggap penyelesaian yang datang dalam bentuk seorang Marzuki juga merupakan satu musibah. Namun dia tiada cara lain lagi. Jika dia tidak mampu menahan marah dengan Marzuki, maka akan ditolak sahaja Marzuki di tengah laut nanti. 

"Mari saudara Umar, kita tempuhi apa jua yang mendatang bersama", jerit Marzuki dalam sampan yang sudah berada di gigi air. Umar bergerak perlahan dan melompat ke dalam sampan. Pendayung sudah di tangan, sampan sudah di air. Pengembaraan mereka sudah bermula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UmarWhere stories live. Discover now