Cerita 11 : Cinta ?

799 38 7
                                    


Whatsapp

Raf
»Kau tengah buat apa? ( 10.30p.m) √√

Sha
»aku sibukla tgh buat kerja kenapa?(10:32 p.m) √√

Raf
»maafla kacau kau🙇
Btw,kau seronok tak kat skola baru ?
(10:35 p.m)√√

Sha
»Okayla jugak..esok jumpa eh,bye
(10:38 p.m)√√

Sesungguhnya Sha malas untuk melayan lelaki-lelaki di sekolah barunya termasuklah Raf.

Raf menutup telefonnya.Dia tersenyum sendirian ,dilamun cintalah katakan.

Shaqila

Sebaris nama yang dapat menggoyahkan hati dan perasaannya .

Dia masih ingat lagi pertama kali pertemuannya dengan Shaqila atau yang lebih selesa dipanggil Sha.
Gadis ini mencuri pandangannya apabila dia melihatnya untuk pertama sekali sewaktu diperkenalkan.

"Assalamualaikum,nama saya Nur Shaqila binti Amirul Irfan,tapi boleh panggil Sha."

"Sekolah lama kat mana?"
Jerit Fazzry yang berada di barisan paling belakang.Terkenal sebagai seorang "PLAYBOY",dia tidak ketinggalan untuk bertanyakan soalan.

Dengan senyumannya yang tidak pernah lekang dari bibirnya membuatkan Raf begitu terpesona melihat wajah Sha.

"SMK Seri Mawar"
Bibir kecil itu menjawab.

"Wah indahnya duniaku" monolog hati kecilnya .Sungguh hatinya sudah tidak sabar untuk terbit fajar keesokan harinya.Seketika Raf sudah terlena dek kepenatan bermain bola pada waktu petang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~√√√√√√

"Assalamualaikum,hai Sha" sapa Raf sewaktu Sha sedang duduk bersendirian di pss sambil membaca buku.

"Waalaikumussalam,nak apa Raf?"
Soalnya yang sudah mula membuat muka tak senangnya.

   "Kau tak rehat ke?err..kalau kau nak jomlah rehat sesama." Pelawa Raf dengan senyuman yang sangat manis  bagi dirinya dengan penuh harapan si gadis kacukan Melayu dan  Thailand ini menerima pelawaannya.

  Manis pula dipandang lama -lama,walaupun dari riak muka Sha  menunjukkan yang dia tidak berminat untuk menerima pelawaannya.

     Sepi seketika.Ternyata gadis ini sebenarnya ingin Raf pergi kerana dia sedang sibuk membuat kerja rumah.

   Hampa dengan Sha.Raf akhirnya mengalah.
  
    "Kalau tak sudi tak apala Sha,bye!".

     Rasa bersalah pula menyelubungi dirinya.Kenapa pulak la aku buat dia macam tu ?,dia ikhlas nak ajak kau pergi rehatkan,ishh,marah hatinya sendiri.

        Jauh,semakin jauh tapak kakinya melangkah semakin dia berharap Sha memanggilnya kembali.

     Seketika terdengar satu suara lembut memanggilnya.

    "Raf,tunggu aku " jerit kecil Sha.Bimbang juga jika diberi amaran pengawas pss.

     "Urmm kenapa?" terus bersinar
matanya tatkala mendengar suara kecil molek itu.Rasa macam nak jawab ,ye sayang kenapa nak ubah fikiran ye,tapi disimpan sahaja dalam hati . Elok-elok dia nak terima pelawaan aku nanti terus dia tolak.

  "Mengah jugak aku nak kejar kau ni"
Sha melepaskan lelahnya seketika.

Dekat je pun ,monolog hati Raf.

   Matanya yang dari tadi pandang bawah,mendongak memandang Raf.Maklumlah Raf jauh lebih tinggi dari Sha.

    "Aku sudi terima pelawaan kau tapi dengan satu syarat" katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya.

#1: CERITA-CERITA HANTUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora