Cerita 15 : Pocong

521 29 5
                                    

Aku masih ingat lagi masa tu aku baru berusia 9 tahun .Walaupun baru darjah 3 ,tapi aku tak adalah lurus sangat lagi-lagi bila orang nak kenakan aku.

   Hari Rabu-2008

   Waktu tu kami ada perkhemahan di sekolah.Aku memang suka pergi berkhemah sebab boleh menguji keberanian aku.Nak kata aku ni berani sangat tu tak adalah,cuma yelah kita tak boleh takut sangat kan sebab "benda" ni semua suka orang yang penakut.Lagi-lagi orang penakut macam korang.

   Perkhemahan ni dalam tiga hari Selasa sampai Khamis.Aku happy sebab aku dapat satu khemah dengan kawan baikku ,Ali.Satu khemah ada 4 orang .Aku ,Ali,Farid dan Raf.

     Hari Rabu tu ada  aktiviti pasang khemah ,ice breaking dan sedikit taklimat dari cikgu.

    Aku  dan rakan sekhemahku memang dah plan malam ni kami tak nak tidur tapi kami memang nak kenakan orang.Syok dapat kenakan orang ,lagi-lagi kalau dia tu perempuan.Menjerit tak ingat dunia.Hahaha.

   Misi kami malam ni nak kenakan Dian .Ketua kelas kami.Dia ni bagi kami kerek je.Mentang-mentanglah ketua suka hati nak repot pasal kami hari-hari.Mungkin kami ni nakal tapi tolonglah jangan berlagak sangat .

    Wani +pembantu kami+ ajak Dian pergi ke toilet malam tu .Masa tu dah pukul 2 pagi.Dian ni kan baik jadi dia ikut je lah teman si Wani ni.Bila dah sampai ke toilet si Wani ni pun masuklah tandas .Dian pulak tunggu kat luar.

   Muka dia masa tu memang mengantuk.Kami buka rakaman suara hantu.Waktu tu muka dia macam dah segar sikit ,lepastu mata dia melilau je .

   "Wani kau dah ke belum cepatlah!"

"Aku sakit perut lah"

   Dian masih tunggu lagi .Aku tahu masa ni dia dah cuak dah .Ali aku dah ikatkan badan dia macam pocong .Lepastu dia-Ali- keluar dari tangga .Melompat-lompat .Dian terus menjerit -jerit macam kena histeria dan berlari terus ke khemah.

   Aku dah gelak-gelak kat situ.Apahal lah si Dian ni percaya sangat yang tu hantu?

    Lepastu Wani pun keluar.Dia yang nampak je Ali tadi terus berlari tak sempat nak jerit.Dia tak tahu pun plan kami.Aku punyalah happy gila kot.

    Sampai keluar air mata aku sebab gelak besar.Pastu aku pun turun dari tangga sebab nak cakap dengan Ali.

   Aku tepuk dia dari belakang.

  "Ali"

   Dia tak bergerak, aku pulak yang cuak.Perlahan-lahan aku jalan ke depan dia .

   "Ya Allah!"
  Aku terus berlari sampai ke khemah macam kena sampuk.
Aku buka je zip khemah.Aku nampak Ali.Menggeletar satu badan aku.Aku masuk je terus tidur .

Keesokannya,aku demam .Menggigil satu badan .

    Aku tak boleh tengok muka Ali.Setiap kali tengok je aku menjerit.Sejak dari tu aku dah tak berani nak kenakan orang.

   Aku ada jugak tanya Ali .

  "Kenapa haritu kau tak tolong aku kenakan Dian ?"

   "Waktu tu kan kau dah ikat aku ,pastu tiba-tiba perut aku sakit memulas tu yang aku pergi tandas kat blok lagi satu sebab cikgu tak pergi situ.Dah habis membuang tu ,aku nak pergi kat kau tapi waktu tu aku tak larat .Rasa penat je tu yang aku balik khemah tu."

   Aku terus terdiam.Lidah aku kelu sebab malam tu aku nampak muka dia .Seram sangat.Sampai sekarang aku tak boleh lupa .Sebab dia selalu jenguk aku malam-malam.Aku takut.Tolong!!!

End-

Camne okay tak?
Kepada yang nak share cerita tu share jela jangan memalu.Klo nak sumbangkan idea pun bagus jugak😂 sebab idea tengah kering kontang😶
Adios!

Nak senang boleh pm tepi.Nanti saya share email/ig/fb🙏🙏

Ig boleh tgk kt profile sye kt wattpad ni.TQ.😉

#1: CERITA-CERITA HANTUWhere stories live. Discover now