Cerita 17 : Rumah Nenek

484 28 5
                                    

Kalau dalam cerita lepas aku dah cerita pasal lembaga putih ,jadi kali ini aku sambung cerita tentang rumah nyai (nenek)aku.

   Jadi aku dah ceritakan jalan nak masuk ke rumah nyai aku dalam cerita 16,sekarang nak cerita pasal rumahnya pulak.

   Rumah nyai aku ni dua tingkat ,yang atas full papan,rumah bawah papan tapi ada batu jugak.Mesti korang boleh bayangkan kan?

    Tandas ada tiga,dua kat luar rumah ,satu kat dalam rumah.Tapi rumah orang dulu-dulu kau tahu jela. Bilik air tuk mandi je kat dalam ,kalau nak membuang terpaksalah kau pergi ke luar.Berani tak berani kau kena pergi jugak.Tapi bilik air kat luar tu mana ada lampu,so kau kenalah bawak torchlight sendiri. Jangan sampai kau tersuluh "benda" dah.Opss! Bukan apa sahaja ingatkan.

  Aku kalau sakit perut terpaksalah jugak kena pergi luar,tu pun orang temankan.Kalau nak harap aku pergi sendiri tak payahlah kan.Memang taklah jawapannya.

   Depan rumah pulak ada tempayan.Tak banyak ada dalam 3 tempayan.Dua besar satu kecil.Orang dulu-dulu biasalah kalau ada tempayan ni. Aku dengan sepupu aku dulu masa kecil² suka main masak-masak,nak air senang je sebab boleh ambil dalam tempayan.Lagi satu kalau kaki korang kotor sebab main dekat luar pun korang kena basuh kaki.Air dalam tempayan tu hasil air tadahan hujan.Belakang rumah ada tempat buang sampah yang telah digali besar² macam kolam kecil.

   Tepi rumah pulak ada perigi.Aku suka perigi ni.Masa kecil² dulu ,kalau tak ada air kitaorang akan mandi dekat perigi ni .Air dia sejuk...tapi sangat menyamankan air dia.Dekat tepi perigi pulak ada pokok inai.Pokok feveret aku .Kalau main kawin² ,dari pokok nilah kitaorang buat inai.

     Bawah rumah ada tv lama ,motor lama,perahu dan lain² lagilah.Aku suka tv tu sebab tu tv lama yang ada macam tirai(aku tak tahu nama dia apa) boleh bukak tutup.Bagi aku rare sangat .Tapi sayangnya dah rosak .Kat bawah rumahlah tempat kami selalu main masak-masak.Ataupun main tanah ^_^.

   Lagi satu permainan iaitu rondes(betulke ejaan ni). Macam main yang dalam cerita detective conan tu (memory lost,pandai²lah korang cari sendiri).Aku selalu main dengan abang aku je.Pakai bola tenis ^_^ hahaha ,tu je mampu.Pukul pulak pakai kayu yang dikutip dalam hutan. Zaman dulu mana ada gajet²macam sekarang ni.Kalau ada pun,tak mampu dik nak beli .

   Tulah antara permainan famous aku masa kecil.Sekarang kita nak beralih ke cerita hantu yang sebenar.

   Nyai aku ni memang duduk sensorang kat rumah dia.Dia memang seorang yang tabah.Kalau aku memang tak beranilah nak duduk sensorang takut kot,rumah keliling kelapa sawit.Tapi dah rumah sendiri apa yang nak takut sangat.

     Sesekali adalah sepupu aku yang duduk dekat² ni temankan antaranya Amin dengan Niman.Amin ni dia sebaya abang aku.Aku dulu kecil² suka main dengan dia masak².Dia ni agak lembut dulu² .Sekarang dah taklah.Niman ni pulak sepupu aku yang paling tua.Umur dia lebih kurang ayah aku 50-an.Anak wak aku yang first.Tapi sampai sekarang dia tak kahwin lagi.

    Umi aku kata nyai aku kadang-kadang kena kacau dengan makhluk² ni .Lagi² dekat bilik dia.Rumah nyai aku just ada 3 bilik walaupun besar rumah ni.Sebab satu bilik memang besar.Satu bilik nyai ,satu bilik umi aku,satu lagi bilik mak busu.Dulu aku tak faham kenapa orang lain tak ada bilik sendiri rupanya sebab umi n mak busu aku anak second last n last.

    Umi aku pernah cerita yang dulu nyai aku kena kacau masa tidur. Dia dengar bunyi-bunyi yang pelik dan menakutkanlah.Kadang-kadang aku nak masuk bilik nyai aku pun aku sendiri takut sebab bilik tu asyik gelap je.Plus aku memang penakut 😅.

   Tapikan  rumah lama kan mana2 pon  mesti ada sejarah tersendiri.Korang kena kuatkan semangat korang  okay tak bolehlah takut sangat 😊😊.
Lastly , selamat hari raya .-ucapan awal dari saya-

Salam sayang😂,
Anfa

   

#1: CERITA-CERITA HANTUTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon