Episode 18

17K 593 30
                                    

AKU merenung pinggan nasi yang berisi lauk pauk sekali. Seleraku mati. Entah kenapa aku terkena gangguan selera makan ini. Tiba-tiba sahaja.

"Alahai, kurenglah dia punya sambal tempoyak ni. Tiba-tiba rindu sambal tempoyak ibu kau lah Mayra, "

Kata-kata Erin di hadapanku menyentakkan aku dari lamunan.

"Sorry, kau cakap apa tadi Erin?"

"Kau berangan ke Ra? Alahai patutlah aku rasa macam syok sendiri je tadi. Ni aku cakap, sambal tempoyak dia kurang mengancamlah rasa dia. Aku rindu nak makan sambal tempoyak ibu kau, dengan gulai ikan patin tempoyak. Terliur beb. "

"Yelah, nanti kalau free datanglah rumah aku. "

"Rumah kau? Kau dah dapat rumah sewa eh? Bukan haritu kau cakap kau baru nak cari rumah sewa? "

Aku melepaskan keluhan. Aku belum beritahu Erin lagi tentang 'rumah' baruku.

"Aku memang dah pindah tapi aku tumpang rumah orang. Maksud aku, orang tu tawarkan pertolongan kepada keluarga aku untuk tinggal sekali dengan dia. "

"Seriously? Siapa orang tu? Baiknya dia."

"Tekalah. Aku rasa kali ni tekaan kau mesti betul punya. "

Aku menyambung menyuap nasi ke dalam mulut. Memang hari-hari kami akan makan tengahari di restoran nasi berlauk yang sederet dengan bangunan pejabat kami.

"Takkan abang polis yang haritu? Pemilik jaket hijau tu?! "

"Bingo!"

Erin seolah-olah tergamam. Aku tertawa kecil melihat reaksinya itu.

"Dia... Dia suka aku. Aku tak tahulah nak buat apa. Dia baik sangat. Ingat tak kejadian yang aku kena samun haritu? Polis yang tolong aku tu, dialah orangnya. Lepastu, dia pelawa aku sekeluarga tinggal di rumah dia. Aku... Aku serba salah pula rasa. "

"Dia tu dah macam superhero dalam kisah hidup kau. Tiap kali kau something buruk jadi kat kau, Tuhan kirimkan dia untuk bantu kau. Ini takdir , Mayra. And one more, kau cakap kau tak tahu nak buat apa? Kau langsung takda perasaan kat dia ke? Selepas semua yang dia dah lakukan? Takkan takda sikit pun?"

Aku berhenti mengunyah. Terasa soalan Erin saat ini menyesakkan dada.

"Kalau kau masih berpegang pada prinsip kau yang taknak bercinta dengan lelaki , aku tak boleh nak kata apa-apa. Cumanya manusia ni bila ada depan mata, langsung tak hargai. Bila dah pergi, barulah tercari-cari... "

Hatiku seperti ditikam berkali-kali. Pedih kata-kata Erin itu namun ada betulnya. Kenapa aku enggan menerima Fareel cuma kerana masa silamku? Macam sia-sia saja perbuatanku ini.

"Jujurlah dengan aku. Kau ada perasaan kat dia kan? "

Perlahan-lahan aku mengangguk. Erin mendengus perlahan.

"Habistu kau nak berdiam diri ajelah? Nak tengok dia dah dikebas oleh orang lain, baru kau nak terus terang? "

"Kau ni buat aku serba salah. Aku... Aku nak jujur pada Fareel tentang perasaan aku. Tapi aku, haih. "

"Masa dia luahkan semuanya, kau reject dia terus atau reject secara berlapik? "

"Aku kata aku selesa jadi kawan dia je. "

"Tu jawapan kau? Pergh, memang sakitlah hati dia. Orang kalau dah betul-betul sayang, berapa kali kau hancurkan hati dia pun , dia masih bertahan. See, kau reject dia tapi dia still baik dengan kau kan? Jangan sampai dia dah putus asa nanti. Masa tu, kau kena langgar dengan unta pun dia dah tak kisah. Fikirlah betul-betul, Ra. Buat keputusan yang paling terbaik , yang adil bagi semua pihak. Yang takkan ada sesiapa pun terluka."

ASMARAWhere stories live. Discover now