10 || Will That Be Okay?

12.7K 1.2K 526
                                    

[Sookyung POV]

Aku cuba baca riak mukanya yang tersenyum. Tapi sayang, aku tak dapat balas senyumannya. Dia baik, aku baru sedar itu. Tapi aku tak suka kalau baik itu berdasarkan simpati.

"Saya tahu apa yang awak sedang buat sekarang. Tapi berhentilah, saya tak perlukannya."

Senyumannya pudar. Matanya membulat dan dia memandang aku dengan keliru. "Apa aku buat?"

"Awak cuba sedapkan hati saya, awak kesiankan saya, awak tahu saya sukakan awak, jadi awak gunakan peluang tu untuk ceriakan saya dengan hal berkaitan date, awak tak nak saya menangis sebab bagi awak, perempuan kasar macam saya tak sesuai untuk menangis."

Matanya mengecil semula. Dan kali ni, aku dapat rasakan ada kemarahan dari riak mukanya. Tegang. Dia tak suka dengan apa yang aku baru utarkan tadi.

"Apa yang aku sangkakan memang betul. Perempuan, memang selalu salah faham, berfikiran jauh tapi ke laut."

"Awak kasihankan saya."

"Kalau ya pun kenapa? Tak suka kalau ada orang kesahkan tentang kau? Kau patutnya bersyukur, dalam saat kesedihan macam ni, masih ada orang yang nak legakan kau, gembirakan kau. Bukannya tolak niat orang lain dengan alasan yang tak berasas."

Dia kesahkan aku?

"Ya, terima kasih. Tapi macam yang saya cakap tadi, saya tak perlukan simpati awak. Saya tahu macam mana nak hilangkan semua kesedihan ni. Berbanding awak, saya lebih kenal diri saya."

"Aku tak pernah cakap yang aku kenal kau. Tapi harini aku tahu, Shin Sookyung, yang selama ni selalu berperangai kasar, bukannya seorang yang tabah. Kau cuba buat-buat kuat, dan gantikan dengan perangai kepura-puraan kau untuk tutup kesedihan kau."

"Saya tak nak bergaduh, Baekhyun. Dan saya penat. Awak boleh balik."

"Fikirkan semula, siapa yang mulakan? Selepas kau sakitkan hati aku, tuduh aku macam-macam, kau tak nak bergaduh? Dan sekarang kau nak halau aku dengan niat supaya aku tak ganggu kau, heh. Kau memang kelakar."

"Ya, saya tahu." Aku senyum tawar walaupun hati aku terasa dengan apa yang dia cakapkan. "Awak pun penat kan? Berehatlah."

"Berhenti senyum. Aku rasa macam ditolak. Dan ini tak kelakar."

"Saya pun rasa tak kelakar."

"Ada apa-apa lagi kau nak cakap? Aku menunggu."

"Saya minta maaf."

"Maaf kau tak ada kesan pada aku."

"Jadi saya minta maaf kalau maaf saya tak cukup sampai kepada awak."

"Berhenti buat-buat tabah, Shin."

Aku senyum tapi mata aku rasa tersangatlah kering. "Ya, saya tak tabah. Terima kasih sebab sedar itu." Bila mata aku dah terlalu kering, pandangan aku menjadi kabur disebabkan air mata yang memenuhi kelopak mata. Aku tak boleh tutup mata aku, kalau tak air mata aku turun. Aku benci bila aku jadi emosional macam ni. Tak nak, aku tak nak jadi lemah.

Biasanya dalam keadaan macam ni Chanyeol akan pujuk aku, di samping aku sambil peluk aku tapi sekarang, aku rasa aku tak akan dapat rasakan semua itu lagi. Bukannya sebab dia, cuma aku. Aku yang tak nak dekati dia lagi, sebab aku tak nak jadi orang ketiga. Tapi tu tak bermakna yang aku terima hubungan dia dengan perempuan tu. Cuma aku rasa putus asa. Aku sakit hati. Lelaki yang aku selalu berangan untuk hidup bersama selama-lamanya, hanya pandang aku sebagai kawan.

Hanya kawan.

Aku kena biasakan diri untuk tak bergantung pada orang lain lagi.

Tiba-tiba Baekhyun genggam baju bahagian bahu aku, tarik aku dekat dengannya. Nafasnya dihela, lalu dia sandarkan kepala aku di dadanya. Tangannya menahan kepala aku, sementara sebelah lagi tangannya di dalam poket seluar. Dia tak peluk aku sepenuhnya pun, tapi aku tak rasa dia akan benarkan kalau aku leraikan pelukan.

[WARNING] Don't Fall In Love With HimWhere stories live. Discover now