(Mohon tengok vid kat atas dan komen tentang rambut dia. Jujur, aku teringin sangat nak tahu pendapat orang lain hahahahaha)
[Baekhyun POV]
7 : 00 PM
Ah, lambat.
"Nampak muka itu, nak salahkan sayalah itu." Getus Sookyung perlahan dari tempat duduk sebelah pemandu. Aku yang sedang memandu langsung tidak melihatnya, mata aku tertumpu kepada jalanraya di hadapan.
"Aku tak salahkan kau. Tapi ini fakta, Shin. Kau lambat."
"Nah, siapa yang tiba-tiba terjah masuk ke dalam bilik dan cium saya? Bukan itu awak, Baekhyun-sshi? Disebabkan awak, solekan saya hancur."
"Aku datang awal, kan? Tapi kau ambil masa berjam-jam untuk bersolek. Lagipun aku dah ingatkan kau awal-awal, jangan pakai gincu. Kau sahaja yang tak menurut."
"Untuk apa? Untuk awak cium saya seperti lelaki mabuk-"
"Hey," Aku menegurnya dengan segan. "Kau buat aku kedengaran seperti lelaki gatal."
"Bukan ke awak memang begitu?"
"Dengan kau sahaja. Tapi aku bukannya gatal. Aku beralasan."
"Apa alasan awak?"
"Uhm.. Kita dah lama tak berjumpa jadi-eh takkan kau tak rindukan aku sedikitpun?" Mata aku melirik ke arahnya sedikit. Dia tidak menjawab jadi aku mengajukan soalan yang lain pula kepadanya. "Siapa belikan kau pakaian itu?"
"Kawan-kawan saya." Rambutnya dialihkan ke belakang bahu lalu dia menghadap sedikit ke arah aku. "Cantik?"
"Seksi."
"Mana ada.. Okay sahaja?" Dia melihat-lihat gaunnya itu. Aku menoleh kepadanya sesaat lalu mata aku tertumpu kepada jalanraya semula.
"Bahu kau terdedah, gaun atas lutut, ketat, dan aku rasa aku tak silap nampak ada bahagian belakang kau yang terdedah, kan?"
"Sikit sahaja. Gaun ini bawah lutut cuma apabila saya duduk dia ternaik ke atas."
"Tetap, seksi. Dada kau-"
"Berapa lama awak perhatikan saya, Baekhyun?" Soalnya sambil tangannya disilangkan di bawah dadanya. "Jujur dengan saya, bahagian mana yang awak lihat?"
"Aku ter-"
"Itu alasan skema lelaki."
"Perempuan memang begini, ya? Pakai terdedah sana sini tetapi salahkan lelaki kalau kami lihat."
"Janganlah lihat kalau begitu."
"Kalau begitu janganlah pakai pakaian yang terdedah."
Dia membisu selepas itu sementara matanya meliar-liar ke luar tingkap kereta. Wah, barangkali ini adalah petanda bahawa dia sedang merajuk. Aku menggaru-garu kening aku, kepala aku runsing memikirkan cara untuk memujuknya semula. Setelah beberapa minit, aku berdeham.
"Shin."
"Hmm."
"Aku tahu aku pernah cakap seperti ini banyak kali, tapi kau cantik."
"Hmm."
Padan muka kau, Byun.
"Aku serius."
"Thanks." Jawabnya acuh tidak acuh. Dia masih tidak memandang aku jadi kegelisahan aku bertambah.
Tangan kanan aku memegang stereng kereta dengan kemas lalu aku menggenggam tangan di ribanya dengan menggunakan sebelah lagi tangan aku. Tangannya keras, langsung tidak membalas genggaman tangan aku tetapi aku tetap memaksa jari aku untuk menyelinap masuk di celah-celah jarinya lalu aku mengaitkan tangan kami bersama-sama.
YOU ARE READING
[WARNING] Don't Fall In Love With Him
FanfictionAvailable in ebook version! ※ A gayboy and an emotional girl ※ Genre : Romance | Comedy | Coming-Of-Age ••••• To lure the gayboy is a big challenge for Shin Sookyung, especially when she is the kind of boyish type. STATUS: completed