Dari airport Syamila terus ke hospital. Dia tidak sabar untuk menemui Syamil.
Sebaik tiba di hospital, Syamila meluru ke puan Sarimah dan encik Saifullah.
"Ummi, abah macam mana dengan abang? "
tanya Syamila cemas."Abah tak tahu Mila. Doktor yang rawat Syamil tak keluar lagi.. "
kata encik Saifullah."Mila takut ummi. Takut tak berkesempatan nak jumpa abang."
"Berdoa pada Allah, agar semuanya selamat."
Puan Sarimah memujuk Syamila.
Seorang doktor keluar dari bilik pembedahan. Mereka semua menerpa ke arah doktor itu."Doktor, macam mana dengan anak saya?"
"Anak encik selamat di bedah tetapi... "
"Tetapi apa? "
"Dia mengalami temporary amnesia Jadi keluarga encik kena membantu encik Syamil untuk mengembalikan ingatannya. "
Kata doktor itu."Terima kasih, doktor. "
Doktor itu beredar dari situ.
"Mila nak tengok abang. "
"Kita balik dulu. Esok kita datang lagi. Mila tentu dah penat.. "
cadang encik Saifullah. Syamila hanya menurut.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syamila ke hospital untuk melawat Syamil. Syamil sudah di pindahkan ke ward biasa.
Syamila menggenggam jari jemari Syamil. Tangan Syamil bergerak-gerak. Perlahan-lahan kelopak matanya di buka. Syamil mengorak senyum pada Syamila.
"Abang. "
"Mana ummi dan abah? "
"Petang nanti ummi dan abah datang. "
beritahu Syamila."Dah lama abang tak jumpa Mila. Abang rindu nak cubit pipi adik abang yang cute.. "
Syamil mencubit pipi Syamila. Syamila hanya sengih."Mila kan study kat London. Abang tak ingat?"
tanya Syamila lagi. Study kat London? Syamil bergumam."Abang nak makan? "
Syamil menggeleng.
"Abang nak minum. "
Angguk Syamil.Syamila menuangkan air di dalam gelas. Di hulurkan pada Syamil. Dia meneguk perlahan.
"Terima kasih. "
"Sama-sama. Mila, Wanda tak datang ke? Abang rindu kan dia."
Syamila tersentap."Dia.."
Pintu ward di buka. Tersenyum lebar melihat Wanda datang. Syamila tersentap. Wanda muncul kembali dalam hidup Syamil. Macam mana Wanda tahu Syamil accident. Syamila rasa pelik."Sayang, sorry I tak datang melawat you. I busy sikit. You macam mana? "
"I okay sikit. "
Wanda berpaling. Wajahnya cemberut.
"Mila, tak perasaan akak. Bila Mila balik Malaysia? "
"Dah seminggu. "Syamila rasa cemburu bila melihat Wanda melayan mesra Syamil.
Takkan Syamil langsung tak ingat dirinya.Aku ni isterinya. Hatinya merintih.
"Mila balik dulu, bang. "
Syamila bangun. Dia meninggalkan Syamil bersama Wanda. Sakit hatinya melihat kemesraan mereka."Mila.. Mila.."panggil Wanda. Syamila memusingkan tubuhnya.
"Ada apa kak Wanda? "
Wanda senyum sinis."Akak nak berbincang dengan Mila.. "
"Pasal apa? "
"Hal Syamil. Kat sini tak sesuai. Apa kata kita ke kantin.. "
Syamila setuju.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Akak nak tanya Mila. Dan akak nak Mila jujur dengan akak. Mila sayangkan Syamil?"
Soalan yang bikin Syamila panas. "Kenapa nak tahu? "
"Sebab akak nak Syamil bahagia."Syamila menarik nafas.
"Mila sayangkan abang. Bukan setakat sayang. Malah Mila cintakan abang. "Wanda pandang muka Syamila.
"Kita cintakan orang yang sama Mila."
"So.. "
"Mila rasa Syamil bahagia tak dengan Mila. "
"Why? "
"Akak nak Syamil bahagia.."
kata-kata Wanda mati disitu."What if Syamil tak bahagia dengan Mila, boleh tak Mila lepaskan Syamil? Biar akak yang bahagiakan Syamil. "
Syamila hanya diam. Dia tak dapat nak kata apa-apa. Dia jadi lemah. Adakah dia sanggup lepaskan Syamil untuk bersama Wanda. Dia pantas bangun.
"Mila nak balik."
Baru Syamila melangkah, namanya di panggil.
"Lepaskan dia. Biar dia bahagia bersama akak.."
Syamila terus mengorak langkah.

YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...