Pintu ward di buka dari luar. Muncul Haidir. Wanda mengalihkan posisi tubuhnya ke kanan. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Haidir. Dia malu pada Haidir.
Fina keluar dari wad. Memberi peluang untuk Haidir berbual bersama Wanda.
Haidir melabuhkan punggung dikerusi yang terletak bersebelahan katil Wanda.
"Wan sihat?"tanya Haidir prihatin. Wanda hanya mendiamkan diri. Malu pada Haidir.
"Wan dah makan?"tanya Haidir lagi. Wanda seperti tadi hanya mendiamkan diri.
"Wan tak sudi nak berbual dengan abang ke? Abang menggangu ke? Kalau macam tu abang balik. Wan tak sudi nak berbual dengan abang."
Haidir bangun. Dia mengatur langkah untuk keluar dari wad."Abang.."panggil Wanda perlahan. Haidir memusingkan tubuhnya. Wanda tersenyum hambar. Haidir membalas senyuman itu.
"Mama dan papa tak datang ke? Wan rindukan mama."kata Wanda perlahan.
"Uncle dan auntie sibuk. Maybe petang datang lawat Wanda.."balas Haidir lagi."Wan dah banyak menyusahkan orang. Terutama mama, papa. Wan susahkan hati mama, papa."
Wanda menekup muka. Menangis. Haidir duduk di birai katil Wanda."Wan dah malukan mama dan papa. Wan lari pada hari sepatutnya Wan menikah. Wan juga telah..."
"Wan, sudahlah jangan dikenang lagi perkara yang lepas. Abang yakin uncle dan auntie akan memaafkan apa jua kesalahan Wan."pujuk Haidir. Wanda masih menangis.
"Abang, maafkan Wan."kata Wanda memohon maaf.
Haidir hanya senyum.
"Abang dah lama maafkan Wan."balas Haidir lagi.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tiga tahun kemudian....Suasana dewan penuh dengan umat manusia. Hari ini hari konvo Syamila. Syamila membetulkan jubah Nonni. Nonni pula membetulkan topi empat segi Syamila.
"Say cheese! " jerit Fikry sambil tangannya menekan punat pada kamera digital. Syamila dan Nonni berposing sakan.
"Sayang.."panggil seseorang. Syamila dan Nonni menoleh. Syamil yang sedang mendukung Ariz yang berusia 3 tahun meredah puluhan manusia di dewan, melangkah deras ke arah Syamila, Nonni dan Fikry.
Nonni mengambil Ariz dari dukungan Syamil. Syamila menyalami tangan Syamil tanpa segan silu, Syamil mencium ubun-ubun Syamila.
Nonni bermain dengan Ariz. Begitu juga dengan Fikry. Ariz berasa seronok bermain dengan uncle Fikry dan auntie Nonni.
Nonni dan Fikry suka memanjakan Ariz. Kata Fikry ambil berkat. Biar Nonni cepat mengandung. Nonni dan Fikry akhirnya mereka berkahwin dan mereka benar-benar secocok.
"Kenapa abang lambat datang?"tanya Syamila manja.
"Sorry, sayang. Flight abang lambat. Dari airport abang lepak rumah kawan abang. Ariz meragam tadi. Tu yang abang lambat.."cerita Syamil. Syamila sauk lengan Syamil.
"Lambat pun tak apa. Janji abang datang.."
"Mila, jom kita masuk dewan.." ajak Nonni. Nonni menyerahkan kembali Ariz pada Syamil. Mereka terus ke dewan.Tamat konvo, mereka bergambar bersama-sama. Kemudian Syamil dan Syamila pulang ke apartment mereka.
"Dah kemas baju?"tanya Syamil. Syamila menoleh seraya mengangguk. Syamil duduk bersila di sebelah Syamil.
"Ariz dah tidur?"
"Dah. Sayang tak tidur lagi. Esok kita nak balik.."
Syamila mengeluh.
"Kenapa mengeluh?"
"Sedih. Esok nak tinggalkan London."ujar Syamila. Syamil meraih tangan Syamila."Abang.."
"Ye sayang.."
Syamila bersandar di bahu Syamil.
"Semalam kak Wanda call"
"Dia nak apa? Kalau Wanda call jangan layan."Syamil mendengus marah. Dia bosan bila Wanda masih merayu padanya walaupun sudah 3 tahun mereka membatalkan pernikahan mereka."Abang ni janganlah marah-marah. Dia jemput kita ke wedding dia pada bulan depan. Alhamdullilah,akhirnya kak Wanda sudah bertemu jodoh."ulas Syamila.
"Haah. Dia dah sedar
yang abang bukan jodoh dia. Abang harap perkahwinannya bahagia hingga ke syurga.."doa Syamil.
"Aamiin..""Sayang.."
"Erm.."sahut Syamila malas.
"Bila lagi nak hadiahkan baby pada abang?"tanya Syamil manja. Terkebil-kebil mata Syamila memandang wajah Syamil."Abang ni, Ariz kan ada.."
"Ariz dah besar. Kan Bagus kalau Ariz ada kawan."
"Mila nak tengok wedding kak Wanda. Kita pergi ye.."cepat-cepat Syamila potong kata-kata Syamil.
"Mila tak jealous ke?"
"Nak buat apa jealous atau abang masih ada hati dengan kak Wanda."Syamil cubit pipi Syamila.
"Nakal ye. Isteri siapa ni?"
"Isteri siapa lagi. Isteri encik Mohd Syamil bin Saifullah."Cup!!!
Pipi Syamila dicium."Hish! abang ni suka ambil kesempatan.."sungut Syamila.
"Sayang ni comellah. Tu yang buat abang sayang pada sayang.." kata Syamil memeluk erat bahu Syamila.Ya Allah aku bersyukur padamu atas rahmat ini. Aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang. Aku amat mencintainya. Ku berdoa agar rumahtangga kami bahagia. Amiin.
~~~~~~~~~~~tammat~~~~~~~~~~

YOU ARE READING
SEDETIK CINTA
RandomSyamil dan Syamila merupakan adik beradik angkat. Syamila di paksa kahwin dengan Syamil kerana tunangnya lari ke perancis. Saat Syamila mula jatuh cinta pada Syamil, si cik bekas tunang muncul mahu mengambil haknya kembali. Syamila keliru samada m...