♡ 3 ♡

513 26 0
                                    

Selepas cikgu Nora berlalu, tinggal cikgu handsome dengan segala daya pikat nya berdiri didepan para pelajar yang dah menunjukkan wajah teruja mereka.

"Assalamualaikum, perkenalkan nama saya Zaharil Hakimi. Umur 26 tahun, panggil je cikgu Zill agar senang kan? Anything you can ask me!"

Wajah teruja sakan si Leeya. "Subject apa ye cikgu?"

"Oh ya, lupa. Saya mengajar subject bahasa Inggeris sama dengan cikgu Nora. Anything else?"

Segak lagi bergaya. Cool gitu.

"Dah kahwin ke?" Tanya Sita. Nura dan Maya menjeling nya tapi di endahkan saja.

"Belum, still single lagi"

Hampir semua pelajar perempuan mengelus dada kelegaan, disebabkan cikgu Zill belum berpunya. Boleh lah diaorang ni nak tackle. Ahaks.

"Kau kenapa tanya macam tu?" Bisik Nura pelan. "Saja tanya, senang lah nak kacau nanti" selamba nya jawapan Sita.

"Disebabkan hari ini adalah hari pertama saya, jadi kita kenal-kenal lah dulu ye. Tak payah belajar"

Semua mengangguk setuju.

"....hm ada satu orang yang tak masuk kelas ye hari ini? Namanya Noor Zara Anasha, tadi cikgu dapat amanah bagitahu kat korang"

"Kalau lah dia tahu si Noor Zara Anasha tu si budak sengal, tak nak dia sebut nama tu hihi" budak kenid terkikik kecil.

"Noor Zara Anasha, cantik nama. Mesti budak nya cun juga kan?"

"Cun cikgu, tapi dia ni gangster kelas ni" jawab Haziq. Budak ni pecah lubang pulak.

"Oh waw, betul ke?" Cikgu Zill terkejut mendengarnya. Gangster? Seram tu.

"Dah banyak cikgu menangis disebabkan dia, tapi dia tu pengawas cikgu. Kami pun tak faham kenapa cikgu pilih dia" Leeya ni mulut longkang juga. Wajah budak kenid dah merah padam.

"Eeei kau ni Leeya, cikgu pilih dia sebab dia mampu jadi pengawas!!" Sita berdiri dan menatap tajam wajah Leeya.

"Stop stop, dah ye jangan nak gaduh. Seems like very interesting lah Noor Zara Anasha ni"

"Memang dia baik cikgu, very low profile tapi itulah panas baran" Hazieq sang leader mula bersuara.

Cikgu Zill terkikik kecil "okaylah, tak sabar nak jumpa Noor Zara Anasha. Semoga dia cepat sembuh, amin"

                                ~~~
Zara pov

"Assalamualaikum" suara budak kenid dah terdengar dah, aku pun membuka pintu. "Waalaikumsallam, hi korang!!" Aku menyilakan mereka masuk dan duduk di gazebo belakang rumah tak jauh dari kolam renang.

"Jemput minum, jemput makan" Mak Yah pembantu rumah kami membawa dulang berisi ais oren dan kek batik buatan mama.

"Waaw Terima Kasih Mak Yah" aku tersenyum simpul ke arahnya. Dia lah yang selalu ada masa papa dan mama busy. Papa adalah seorang CEO di sebuah syarikat ekspor dan import. Mama adalah seorang pensyarah di sebuah universiti di Kuala Lumpur tercinta ini.

"Sama-sama" senyum Mak Yah tak kalah manis nya.

"Aunty Dahlia dengan uncle Zulfi mana?" Tanya Nura. Nura ni kawan ku dah dari tadika siap berjiran juga masa dulu-dulu, kalau Sita dan Nura baru berkenalan masa sekolah menengah form 1 dimulai.

"Biasa lah, papa busy kat pejabat mama kat kampus"

Budak kenid mengangguk saja.

"Jadi kau ni kes senggugut lah ye?" Aku mengangguk laju, perut dah tak sakit sangat dah.

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now