Bab 21

165 20 2
                                    

Sudah dua minggu berlalu. Jungkook masih tidak sedar dari komanya. Somin memegang tangan Jungkook. Rindunya dia dengan abangnya yang kerek itu. Selalu ada geng hendak bergaduh.

"Oppa~ haaa~ Somin rindu oppa~"

Air matanya mula mengalir deras di pipinya. Perit. Memang perit yang dia rasa sekarang. Walaupun Jungkook itu hanya abang tirinya. Dia juga tempat Somin bergurau senda. Somin menyeka air matanya yang mengalir di pipinya itu.

"Pabo Oppa! Neo pabo!"

Marah Somin pada abangnya itu. Dia jarang sekali hendak memanggil Jungkook itu abangnya itu. Mungkin di sebabkan perangai Jungkook yang macam kebudak-budakan dan kaki menyakat, itu yang Somin tidak memanggilnya Oppa. Somin tersenyum kelat apabila teringat kenangannya bersama abang poyonya itu.










*****************









Sana memandang kosong ke arah papan hitam. Fikirannya masih memikirkan keadaan Jungkook yang berada di hospital. Gurunya yang mengajar di hadapan di biarkan bercakap sendirian.

"Ok! Jadi semua faham?" soal gurunya.

"NAAAEEE!" jawab semua pelajar yang ada di dalam kelas itu.

"Ok Baiklah! Saya nak kamu semua buat latihan pada muka surat 270 hingga 300."

Semua mengeluarkan buku latihan dan mula membuat latihan kecuali Sana. Dia masih duduk termenung jauh. Sana memandang tempat dua orang kembar itu. Kedua tempat duduk kembar itu kosong tiada penghuni. Rindu dia akan Jungkook. Baru dia teringatkan sesuatu. Mana Jungmin ye? Dia pergi mana pada waktu kelas begini?

"Sana!"

Panggilan itu mematikan lamunannya. Sana langsung berpaling memandang ke hadapan. Kelihatan semua orang sedang memandang ke arahnya termasuk gurunya itu.

"Buat latihan."

"Aa.. Nae."

Sana mengeluarkan buku latihannya dan mula menulis. Tapi tidak ada satu pun soalan dia dapat menjawabnya. Fikirannya masih kosong tanpa sebarang jawapan. Dia masih terfikirkan Jungkook. Adakah dia sudah sedar dari komanya?











***************









Sana menyepak batu yang berada di jalan itu. Sebaik sahaja loceng sekolahnya berbunyi, dia cepat-cepat keluar dari sekolah itu. Dia harus segera pergi ke hospital sekarang untuk memastikan keadaan Jungkook sekarang. Fikirannya melayang memikirkan Jungkook.

Tiba-tiba ada satu tangan menjalar ke pinggangnya. Sana memandang ke arah pinggangnya itu. Hairan pula dia melihat tangan itu. Dia memandang pula ke arah sebelah kanannya untuk melihat orang itu.

"Jungmin?"

Jungmin menurunkan tangannya dari pinggang Sana dan menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya. Matanya masih memandang ke hadapan. Semakin hairan Sana dengan Jungmin yang tidak mengendahkan panggilannya itu.

"Jungmin!" semakin kuat nada Sana memanggilnya.

"Nak jalan tu, kena betul-betul. Bukannya mengelamun."

Lega sedikit hatinya dengan respon Jungmin itu. Dia tak mahu Jungmin mendiamkan dirinya sahaja kerana sedih memikirkan adiknya yang sakit. Tapi apa penyakit Jungkook sebenarnya? Kenapa dia tidak sedarkan diri lagi?

"Kenapa buat muka macam tu? Risau lah tu, orang tak nak cakap dengan dia."

"Mana ada."

Malu Sana di buatnya. Tahu-tahu sahaja isi hati orang. Jungmin mengikut langkah Sana hingga ke tiang lampu isyarat. Sana menekan butang isyarat pejalan kaki. Jungmin tersenyum. Dia mula mendapat idea nakal hendak menyakat Sana.

"Malu lah tu." ujar Jungmin lalu mengusik pipi Sana.

Sana menolak jari Jungmin itu.

"Ish! Mana ada. Sibuk lah dia ni!" marah Sana tetapi mukanya sudah kemerahan menahan malu.

Jungmin tersenyum lebar. Dia berjaya menyakat Sana. Bolehlah dia jadi seperti Jungkook. Ha~ Rindu pula dengan Jungkook.

"Awak tu?! Kenapa tak datang hakkyo? Ponteng ya~"

"Buat apa nak ponteng."

"Alah! Macam saya tak kenal awak. Awak ni boleh di katakan gangster dekat hakkyo."

Jungmin tersenyum sinis. Rasa kelakar pun ada dengan cerita Sana ini.

"Kalau macam tu.. Awak ni.." ujar Jungmin sambil itu tangannya meraih dagu Sana.

"Penggoda saya."

Jungmin langsung mengucup lembut pada bibir Sana. Terkejut Sana dengan kelakuan Jungmin itu. Dia terus menolak tubuh Jungmin daripada menciumnya. Dia melihat orang di sekelilingnya yang memandang ke arah mereka berdua. Jadi malu Sana dibuatnya.

"Ish! Yash! Jinjja~" marah Sana.

Dia terus berjalan terus ke hadapan. Malunya sudah tebal dek usikan nakal Jungmin itu.

"Sana!" panggil Jungmin.

Sana tidak mengendahkan panggilannya. Ini yang paling dia risau. Sana berjalan terus ke hadapan tetapi lampu isyarat masih lagi merah. Sebuah kereta meluncur laju pada jalan raya itu. Jungmin semakin risau.

"SANA!! HATI-HATII!!!" jerit Jungmin.

Jungmin yang terdengar suara Jungmin menjerit terus berpaling memandang ke arah kereta yang sedang pandu laju ke arahnya. Dia tidak tahu kenapa. Kakinya kaku, seperti ada sesuatu yang mengunci kakinya daripada berjalan. Adakah ini nyawa terakhirku?

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryDonde viven las historias. Descúbrelo ahora