Bab 26

162 22 0
                                    

"Apa pandang-pandang?! Cucuk mata tu karang! Baru tahu.."

Sana masih terkejut apa yang dia lihat di hadapan matanya itu. Dia cuba memberanikan dirinya untuk menyebut nama kedua-dua lelaki itu.

"Jung.. Jungkook? Jung.. Jungmin?"

"Ye lah! Kenapa?! Macam setahun je kita ni tak jumpa." ujar lelaki yang merupai Jungmin itu.

Betul ke? Mereka ni kembar yang aku kenal? Atau ini hanya satu prank sahaja?

"Jungkook.." panggil Sana lagi.

Jungkook menggarukan kepala yang tidak gatal dengan pensil. Dia kelihatan masih comel walaupun memasamkan wajahnya.

"Sana." tegur gurunya dengan lembut.

Sana yang terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja jadi blur apabila melihat dua pelanduk serupa dengan kembar itu.

"Aa.. Aaa.. Hmm.. Saya.." tergagap dia tiba-tiba.

"Minatozaki Sana!" jawab lelaki yang merupai wajah Jungkook itu.

"Meh sini! Duduk sebelah saya ni! Meh, meh!" pelawa lelaki itu.

Lelaki yang merupai wajah Jungmin itu menolak kepala lelaki yang di sebelahnya itu.

"Yash! Jangan nak jadi pabo boleh tak?! Kau nak campak Hyung ke mana kalau Sana duduk sini?!"

"Suka hatilah! Hyung duduklah dekat lantai tu. Biar Sana duduk sebelah Kookie."

"Ah! Tak payah nak mengada! Aku tahu kau cuba nak goda Sana lagi kan?!"

"Kalau ye pun kenapa?! Nak gaduh?! Meh lah masuk! Ha, masuk!"

Tidak berkelip mata Sana melihat gelagat kedua lelaki itu. Tidak ini bukan mimpi. Ini memamg realiti yang berlaku di hadapannya. Memang dua-dua kembar itu betul ada di hadapannya sekarang. Tapi, tak mungkin orang dah mati hidup balik.

"Eh! Kamu berdua jangan nak bergaduh! Letih lah seonseongnim asyik nak layan karenah kamu berdua ni. Macam budak-budak."

"Hmm.. Sana kamu boleh duduk di sebelah kanan Jungkook itu." ujar gurunya itu.

Jungkook? Gurunya baru sahaja menyebut lelaki itu dengan nama Jungkook. Dengan tidak membantah Sana terus berjalan ke arah tempatnya sekarang.

"Yeah! Sana duduk sebelah Jungkook! Sana! Sana! Kita duduk berjiran! Tegur-tegurlah saya ya?" tegur Jungkook.

Sana tidak mengendahkan lelaki itu. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya itu. Jungmin terus menolak kepala Jungkook. Bangang betul ada adik yang terencat akal ni. Jungkook berpusing dan mula hendak menumbuk abangnya itu.

"Sudah! Sudah! Ish! Kamu berdua ni!"

"Ok! Baiklah. Sila keluarkan buku dan buka muka surat 312."

Semua mengikut arahan gurunya itu kecuali Sana. Dia lupa hendak membawa buku teks kerana baru pagi tadi dia dapat jadual kelas. Jungkook yang perasaan yang Sana tidak mempunyai buku. Dia terus mengangkat kerusinya dengan perlahan dan duduk di sebelah meja Sana. Sana terkejut dengan kehadiran Jungkook di sebelahya itu.

"Shh!! Saya tahu awak tak bawa buku. Hari ni kita kongsi buku ye."

Sana tidak banyak bercakap dan memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya mengajar. Jungkook melentokkam kepalanya di atas meja Sana dan bermain dengan pensil. Subjek yang paling dia bosan adalah subjek sejarah. Kalau hari subjek sejarah mahu tertidur dia di dalam kelas.

Jungkook memandang tangan Sana yang di letakkan di atas meja. Perlahan-lahan dia menarik tangan Sana itu. Sana terkejut lalu memandang ke arah Jungkook. Jungkook mula merapatkan tangan Sana pada bibirnya. Hembusan nafas pada tangan Sana dapat di rasainya. Jungkook memejamkan matanya buat seketika. Dia menggengam erat tangan Sana itu.

"Mianhae." hanya sepatah sahaja keluar dari bibirnya.

Tapi perkataan itu jugak membuatkan Sana sebak di dadanya. Jungkook seperti dapat merasai yang dia terkesan dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba. Jungkook membuka matanya melihat ke arah Sana.

"Nanti saya ceritakan. Mesti awak tertanya-tanya kenapa saya masih hidup kan?!" teka Jungkook.

Tahu sahaja persoalan itu bermain di minda Sana. Jungkook mengucup tangan Sana perlahan. Rindu dia hendak menyentuh tangan Sana yang lembut itu. Satu balingan yang tepat terkena pada kepala Jungkook.

"Akk?! Aduh~" Jungkook mengadu kesakitan.

Dia mengosok kepalanya yang teras sakit. Sana hairan denganya itu. Wajah Jungkook yang comel itu terus bertukar menjadi hulk.

"Tak guna lah dia ni?!" marah Jungkook pada Jungmin.

Jungkook terus melepaskan genggamannya dan berjalan ke arah Jungmin. Jungmin yang tersengih sinis ke arahnya.

"Apa?!"

"Kookie tahu lah hyung cemburu?! Kan?! Kan?!"

"Ah! Bila masa aku nak cemburu dengan kau?!"

"Tadi.. Tadi.. Nampak sangat Hyung cemburu. Kalau boleh Kookie nak cium dia sampai puas!"

"Mwo?!"

Jungmin terus menumbuk muka Jungkook. Jungkook pun pula membalas tumbukan pada muka Jungmin. Keadaan menjadi huru-hara dan hingga mereka berdua di denda kena berdiri di luar kelas. Dah kena berdiri lepas tu kena pegang dua baldi yang berisi air. Kalau sekejap tak apa dia boleh bertahan, ni nak hampir dua jam dia harus berdiri di luar. Siapa suruh bergaduh? Padan muka!

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryDonde viven las historias. Descúbrelo ahora