Bab 24

164 25 3
                                    

Sana melihat awan yang mendung seperti hatinya sekarang. Dia tak mahu menangis lagi di hadapan makam mendiang. Dia harus kuat untuk teruskan kehidupan. Sojung mengusap lembut belakang tersedarkan Sana dari lamunan. Sana hanya senyum kelat. Sana dan Sojung meletakkan bunga ros di atas makam mendiang kembar itu dan mereka berdua mula membaca doa.

Bunyi tangisan dan melalak yang kuat mengganggu mereka berdua. Kedua-dua mereka saling berpandangan sebelum melihat ke belakang. Seorang perempuan sedang menangis sambil itu berjalan masuk ke makam mendiang.

"WAE OPPA?! WAE?! KENAPA OPPA TINGGAL MINMIN SORANG-SORANG?! OPPA TAK SAYANGKAN MINMIN KE?!" bagai di kena histeria si gadis itu.

"Somin. Jangan buat malu dekat sini. Tak elok orang tengok." seorang wanita yang berusia 30an itu cuba memujuk hati gadis.

Wanita itu membantu gadis itu untuk bangun dan berjalan ke hadapan makam mendiang kembar. Somin? Sana tertanya-tanya di dalam hati. Pernah dia lihat wajah itu. Tetapi dia sendiri tidak tahu dekat mana.

Tuan Sungwoo yang datang mendekati mereka berdua. Semua rakan kelasnya menunduk hormat padanya. Tuan Sungwoo meletakkan sejambang bunga ros di atas makam kembar itu. Wajahnya kelihatan kesal dengan kehilangan kembar itu.

"Wey.. Apa Pengetua dengan keluarga dia buat dekat sini?" bisik Youngjae pada Wooseok.

Wooseok hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Sana memandang ke arah keluarga itu. Kelihatan mereka macam kenal dengan mendiang kembar itu.

"Eh! Entah-entah.. Pengetua ayah kembar kut. Nama keluarga diorangkan sama." teka Jinho dalam keadaan berbisik.

"Mungkin.." jawab Minhyung.

"Ouh! Jinjja?!" terkejut Chungha.

"Shhh!!"

Mereka menyuruh Chungha memperlahankan suaranya. Chungha mengerakkan bibir berkata mianhae. Mereka semua saling berpandangan lalu memandang ke arah pengetua dan keluarganya. Tak sangka Sana mereka adalah keluarga kembar. Mereka berdua nampak macam biasa-biasa sahaja. Tak nampak hidup mewah macam Somin.









*****************









Sudah sebulan mendiang kembar pergi. Tapi dalam sebulan itu juga Somin membuat perangai. Dia mahu memberentok sama seperti abang kembarnya. Kerana dengan cara itu sahaja dapat mengubati hatinya yang lara. Satu sekolah sudah mengetahui tentang kembar itu adalah anak pengetua. Patutlah pengetua tak pernah buat tindakan apa-apa terhadap kembar itu.

Tuan Sungwoo mengambil tindakan atas kematian anaknya itu. Kumpulan pelajar yang membelasah Jungkook itu telah di buang sekolah manakala pemandu yang tidak berhemah yang melanggar Jungmin itu di tempatkan ke dalam penjara. Dan dia takkan sesekali memaafkan sesiapa yang pernah mengumpat anaknya sebelum ini.

"Woi! Bangang punya jantan! Kau apa hal langgar aku!" sergah Somin yang sudah mula mengamuk dengan lelaki itu.

"Mi-mian.. Mianhae.. Mianhae.."

Terketar lutut lelaki itu dengan sergahan Somin itu. Dia memang tidak sengaja hendak melanggar bahu Somin. Lelaki itu takut dengan Somin kerana dia pernah membelasah lima orang lelaki dalam satu masa. Somin yang panas hati terus melayangkan penumbuk pada muka lelaki itu. Tersembur darah dari mulut lelaki itu. Memang sungguh kuat tumbuk perempuan itu walaupun tubuhnya kecil.

"Woo.. Tumbuk dia Somin! Tumbuk dia!" Youngjae yang menjadi penyorak setia untuk adik-beradik itu.

Bukan hendak leraikan. Makin kuat menyorak adalah. Sojung hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Youngjae itu. Bab pergaduhan tak pernah berubah. Somin yang baru sahaja hendak memberikan tumbukan terakhir terus keadaan menjadi kelam-kabut. Hairan dia dengan melihat semua orang yang terpusu-pusu masuk ke dalam kelas masing-masing. Ah! Peduli apa?! Dia terus mengangkat penumbuknya.

"Somin!" panggil seorang mematikan tindakannya.

"Apa lagi?! Tak puas hati ke?!" tanya Somin dengan kasar.

Dia terus memandnag ke arah kirinya. Wajah Tuan Sungwoo kelihatan tenang memandang ke arah Somin. Memang dia nampak kurang ajar dengan ayah dia. Tapi, apa dia peduli!

"Pergi ke bilik saya sekarang." ujar Tuan Sungwoo dengan tenang.

"Cit! Perlu ke?!"

Semua yang berada di situ memandang ke arah Somin dengan terkejut. Tak sangka mereka Somin dah pandai melawan sebiji macam Jungmin yang baran tak bertempat.

"Sekarang." tegas Tuan Sungwoo.

Dan terus berlalu pergi ke biliknya. Somin mengeluh berat. Bosan dia hendak menghadap muka ayahnya itu. Nak tak nak, terpaksa dia ikut ormg tua itu ke biliknya.





*************





Somin menolak pintu bilik pengetua dengan ganasnya dan tanpa menutupnya semula. Dia terus duduk tanpa di suruh dan mengangkat kakinya di letakkan di atas. Walaupun dia pakai skirt pendek tetapi dia jugak memakai seluar panjang.

"Kau nak apa?! Cakap cepat sikit! Aku tak ada masa ni!" ujar Somin dengan kasar.

Tuan Sungwoo mengeluh kecil. Dia berpusingkan badannya dan memandang ke arah Somin. Dia bergeleng kecil dengan peranai anaknya itu.

"Somin.. Appa minta sangat. Tolong la ubah perangai kamu ni." ujar Tuan Sungwoo dengan lembut.

"Asal pulak?! Aku dah bahagia apa macam ni!"

"Appa tahu.. Somin masih sedih dengan pemergian abang kamu.. Tapi tolong lah.. Jangan sesekali kamu ubah perangai kamu.. Bukan cara ini yang dapat ubati hati kamu tu."

Somin diamkan seketika. Air matanya mula bergenang. Dia mengetap bibirnya supaya air mata itu tidak mengalir.

"Somin kena belajar untuk lupakan abang kamu. Nanti dia terseksa di sana."

Air matanya sudah mula mengalir di pipi apabila mendengar kata ayahnya itu.

"Somin rindu oppa.. Somin tak nak sesekali lupakan Oppa."

Semakin kuat Somin menangis. Dia tak boleh hendak lupakan abang-abangnya. Dia memang tak akan sesekali lupakan abangnya itu. Abangnya yang sentiasa di sisinya. Jungmin adalah tempat dia mengadu masalah. Manakala Jungkook adalah peneman gaduhnya.

Tuan Sungwoo mendekati tubuh anaknya itu dan mengusap lembut belakang anaknya itu. Memang masa tidak boleh di putar semula. Kalau lah dia ada kuasa, dia mahu masa di ulang semula. Dia mahu menyelamatkan kedua-dua anak kembarnya itu.

[C] Kembar Ku + Jungmin's StoryWhere stories live. Discover now