~Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya~
Jam ditangan aku kerling 10.45 pagi, bibir bawah aku gigit. Aku mengeluh berat, setengah jam sudah menunggu teksi mahupun bas namun tidak kunjung tiba."Aku dah lambat dah ni" Ujarku pasrah kembali duduk di bangku stesen bas. Skrin telefon aku elus lembut. Satu idea masuk ke dalam otak, tangan naik mengetuk kepala sendiri.
"Bodohnya kau Aira, kenapa kau tak naik grab je" Aku mengumpat diri sendiri, jari jemari mula mencari atas skrin membuka aplikasi Grab. Aku tersenyum puas saat tempahan sudah dilakukan. Moga-moga aku cepat sampai ke destinasi.
Pintu kereta Alza aku tutup perlahan dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu Grab. Bangunan Maybank menjadi pandangan, nafas dalam aku ambil sebelum melangkah penuh megah memasuki bangunan tersebut.
Pintu 7 eleven aku buka perlahan, senyum diukir buat pekerja kedai ini. Kaki mula melangkah menuju minuman, bibir bawah aku gigit buntu mahu pilih air yang mana satu.
"Hei" Aku tersentak kecil, laju memusing kepala untuk melihat siapa gerangan yang menegurku. Terkebil-kebil aku memandang sosok lelaki didepan. Dia mengukir senyum manis. Fajmin! Dia buat apa di sini?.
"A-awak buat apa dekat sini?" Dia menarik senyum senget mengambil botol mineral, wajahku ditenung lama. "Hantar rombongan meminang" Bisik Fajmin nada seksual, aku mencebik bibir mula bersilang dada. Fajmin aku pandang atas bawah, menilai.
"Awak memang macam ni eh? Suka beri kata-kata manis pada wanita?" Dia betulkan kacamata yang bertapa dihidung. Senyum tipis terukir. "Oh tadi tu kiranya ayat-ayat manislah" Dia bertanya dengan nada begitu polos. Aku mendesah berat, sudah Aira jangan layan lelaki ini. Sekarang kau perlu tahan diri dari terjatuh ke lubuk yang paling jauh.
"Tepilah saya nak bayar" Bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan. "Eh bayarlah untuk aku" Aku berhenti melangkah, bibir diketap. Kepala ditoleh memandang Fajmin yang sedang tersenyum.
"Saya tak kuasa tau nak layan awak. Bayar sendiri" Ujarku perlahan meneruskan melangkah ke kaunter. Selesai buat pembayaran, aku bergegas keluar dari 7 eleven. Stesen bas menjadi tempat destinasi. Selang beberapa langkah, pergelangan tanganku ditarik.
"Awak nak apa!" Aku berbisik keras terus memusing badan ke belakang. Fajmin ketawa kecil. "Jom aku hantar kau balik" Mataku membulat sempurna memandang Fajmin. Secara perlahan aku menepis tangan lelaki itu.
"Tak apa, saya boleh balik naik teksi, grab ke?" Aku memberi alasan. Fajmin mendesah berat mula mencengkak pinggang. "Tak payah, lagipun aku nak hantar barang Farissya sekali ni. Dah jom" Pergelangan tanganku ditarik secara kasar menuju kereta Range Rover terletak.
"Apa awak ni, tak manislah orang pandang" Ujarku mula meronta agar terlepas dari genggaman Fajmin. "Tak ada siapa yang pandang, dah jom masuk. Nak ajak tumpang pun payah" Fajmin bergumam seraya membuka kunci kereta, aku masamkan muka memerhati sosok Fajmin masuk ke dalam perut kereta, aku masamkan muka mula menuruti perintah jejaka kerek ini.
Hand brake ditarik ke atas, aku memegang kemas beg tangan bersiap untuk keluar. "Terima kasih" Pintu penumpang aku buka. Fajmin memandangku seketika.
"Kejap, jangan keluar dulu" Aku menoleh menatapnya, Fajmin mengambil sesuatu di belakang. Satu plastik kertas dihulur padaku. Lama aku memandangnya sebelum sorotan mata turun ke plastik kertas tersebut.
"Barang Farissya, ada banyak dalam tu. Kalau kau nak. Ambil lah satu" Ujar Fajmin datar, hatiku tertanya apa yang ada didalam ini. Aku melihat isi dalam ini. Alah dibalut dengan kertas hadiah pula, aku mencebik bibir. Pandangan dihadap Fajmin kembali.
YOU ARE READING
Kau Milikku
Romance[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste