~ Selamanya Kau Milik Aku Aira Lissya ~
Pantulan diri sendiri menjadi tatapan. Hoodie berwarna biru cair dan skrit labuh sama warna aku usik lembut, gincu di dalam tas tangan aku keluarkan lalu dicalit lembut ke bibir lalu dikemam bagi meratakan warnanya, siap.Pintu bilik air aku tatap melalui cermin bilik ini. Nafas aku ambil, entah kenapa dadaku berdebar-debar. Tangan naik memegang dada, mata dipejam rapat. Jujur aku rasa sangat bahagia apabila lelaki itu mengajak untuk bersiar-siar sekitar Genting Highland. Tidak tergambar rasa bahagia itu.
"Kau dah siap belum" Suara Fajmin menegur dari luar mencantas lamunanku. "Dah kejap" Sahutku mula mengemas barang make up. Aku mengambil nafas lalu dihembus lembut, bawa bersabar Aira.
Badan dipusing dan mengatur langkah ke pintu bilik air, tombol pintu aku pulas perlahan dan melangkah keluar. Fajmin yang membelakangiku menjadi tatapan.
"Saya dah siap" Aku berbisik sangat-sangat perlahan. Dia memusingkan badan menghadapku, hatiku berdesir hebat saat baju lelaki itu kenakan sama warna dengan bajuku. Renungan Fajmin yang tidak bergerak sama sekali buatkan aku meringis malu.
"A-awak, saya nampak tak okay ke?" Seakan tersedar, Fajmin berdehem kuat dan melarikan pandangan ke arah lain.
"T-tak kau nampak okay, kau nampak comel" Pipiku tersemu merah mendengar pujian spontan dari Fajmin. Dia mengemaskan jaket biru tua dan mendekatiku. Nafas aku tahan sehingga dia betul-betul berdiri di depanku. Fajmin mengukir senyum tipis, pipiku ditampar halus.
"Bernafas Aira nanti kau pengsan pula. Dah jom" Mataku membulat merenungnya, di-dia tahu aku tahan nafas. Semakin kuat aku mengenggam erat tali beg tangan, setapak demi setapak aku membontoti belakang Fajmin.
Setiba di Genting Strawberry Leisure Farm, aku mengerling Fajmin di sebelah. Aku mengukir senyum tipis, tahu-tahu saja aku suka buah strawberri. Hati mulai dipatuk rasa malu saat kami bertentangan mata, perlahan-lahan aku melarikan pandangan ke arah lain.
"Jom lah masuk" Bisik Fajmin mula melangkah keluar dari kereta. Tanpa buang masa, aku turun dari kereta. Bibir dicebik mula berlari anak mengejar langkah lelaki itu. Aku berdecit kesal.
"Ish dia ni tak nak tunggu aku pun" Bisikku kesal mengikut belakang lelaki itu, langkah kakiku terhenti memerhati beberapa orang awam membanjiri ladang strawberri ini. Fajmin sedang beratur untuk membayar untuk masuk ke dalam ladang menjadi tatapan, laju aku mendekatinya.
"Kenapa awak tinggalkan saya" Aku berbisik keras berdiri disebelahnya. Kepala mendongak memandang Fajmin, dia tunduk merenungku sebelum senyum tipis terukir di sudut dibibirnya.
"Sekarang aku depan kau kan. Dah kira bersyukur aku bayar untuk kau sekali" Ujarnya perlahan melangkah masuk ke dalam ladang strawberri terlebih dahulu. Bibir diketap geram, tak romantik langsung!. Bibir dikemam apabila pelupuk mataku mulai menghangat. Laju aku seka air mata. Ish kenapa aku menangis ni, sensitif.
Sepanjang berjalan diladang strawberri, kami berpecah arah. Rasa sakit hati pada lelaki itu masih berbekas, entah kenapa tiba-tiba rasa mahu merajuk. Aku tak mahu ambil tahu hal Fajmin Kalau merajuk bukan dia pujuk pun!.
Rasa sakit hati lenyap sekelip mata saat masuk ke Taman bunga lavender, nafas ditarik menghidu bau harum bunga ini, segar dan cantik. Sejuk mata ini memandang. Senyum semakin mekar dibibir menyusuri taman ini sehingga ke taman bunga yang lainnya.
"Hai" Aku berbalik apabila seseorang menegurku. Terkejut melihat seorang lelaki asing sedang mengukir senyuman lebar. "I-iya" Aku bersuara perlahan memandangnya sedikit cuak. Lelaki ni nak apa?.
YOU ARE READING
Kau Milikku
Romance[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 May 2021 Hakmilik sepenuhnya Mina_matshah Dilarang sama sekali plagiat or copy paste