5=다섯-Assignment

146 10 0
                                    

Jari Seokjin laju menaip sesuatu.

To Hana Bana🍌:

Ye.Baru sekarang kau nak sedar.Dulu sibuk mengutuk aku 24 jam.

Seokjin terus meletakkan kembali smartphone miliknya di sebelah bantal.Belum sempat dia melelapkan dirinya,bunyi 'ting' muncul.

Hana Bana🍌:

Itu pun nak emotional dengan aku.Hati tisu betul.

Socksjean🔨:

Biarlah.Dah pukul 12.Kau tak mengantuk ke?

Hana Bana🍌:

Aku dah nak tidur lah ni.Kau itu?Tak mengantuk ke?Mata aku rasa macam nak tercabut pun ada juga.

Socksjean🔨:

Aku pun sama macam kau.

Hana Bana🍌:

Wah.Tak sangka kita sehati sejiwa.😂😂😂

"Memang pun."Seokjin tersenyum lebar sendirian di dalam bilik tidurnya.

Socksjean🔨:

Aku rasa tak.🔪🔪🔪
Pergi tidur sana.Esok sekolah lah makcik.

Hana Bana🍌:

Yelah.Night Kim Seokjin🌚.

Socksjean🔨:

Kau pun Yoon Hana.
🔫🔫🔫

Seokjin yang terlampau mengantuk mula memejamkan mata.

"Mimpi yang indah,Yoon Hana sayang."

********************************


"Yoon Hana."

"Kim Seokjin."

Cikgu Roowon membuat simbol 'together-together'.

Kerja kursus lah semua.Apa lagi mahu dikatakan.

Seokjin pandang Hana dengan perasaan tak puas hati.Mereka tidak berani merenung wajah antara satu sama lain pada tempoh yang lama.

Suasana bertukar janggal secara tiba-tiba.Masing-masing kelu untuk memulakan perbualan.

"Seokjin."Suara berdehem sebagai balasan.

"Balik sekolah aku pergi rumah kau."Seokjin hanya mengangguk perlahan.Dia terus kembali duduk di atas kerusi serta merta.Hana hanya mengeluh perlahan.

Wajah Siyeon tampak ceria.Mana tidaknya,pasangan untuk kerja kursus nanti adalah teman lelakinya sendiri,Choi Byungchan.Katanya takdir menyebelahi mereka.

Siyeon bahagia,Hana kecewa.

********************************

"Masuklah.Mummy aku..."Belum sempat Seokjin menyambung percakapannya,Hana sudah merempuh masuk rumahnya.

"Menantu kesayangan mummy.Hana sihat?Dah makan?Lama tak jumpa."

Puan Kim sememangnya sudah mengganggap Hana seperti anaknya sendiri.Maklumlah dia sendiri tidak mempunyai anak perempuan.

"Ehehe.Ada-ada sahaja mummy ni.Hana pun rindu pada mummy."Puan Kim terus mengucup berulang kali wajah Hana dengan penuh kasih.Rasa sayang seakan dirinya ibu kandung Hana.

Seokjin hanya tersenyum nipis di belakang ibunya malah hatinya kini berbunga di dalam.Gembira ketika memandang Hana tersenyum.

"Bisnes mama Hana macam mana?Mesti bertambah maju kan?"

"Biasa saja.Tempahan yang ada sekarang pun tak menang tangan mama dibuatnya.Restoran mummy pun apa kurangnya."Terang Hana panjang sehingga dia sempat memuji Puan Kim.

Puan Yoon buat masa ini sibuk menyiapkan tempahan kuih serta kek daripada pelanggannya.

Yoon Doojoon,abang sulung kepada Hana pula sibuk bekerja sebagai juru ukur di Evergreen Cooperation milik bapanya.

Seokjin terus menarik tangan Hana tanpa ragu-ragu.

"Kau datang sini untuk siapkan kerja kurus bukan untuk meminang orang,Hana."Bisik Seokjin perlahan.

"Aku pun tak teringin nak ada 'tunang' macam kau ni.Sempit otak aku dibuatnya."Penumbuk dikepalkan di hadapan Seokjin.

Hana terus mengatur langkahnya ke arah meja yang berada di ruang tamu.Dia terus duduk bersila di atas karpet.

Beg sekolah diselongkar dan Hana terus mengeluarkan sehelai kertas yang lebar sesuai untuk pembentangan nanti.

"Mummy buatkan kamu berdua air dulu ya."

Puan Kim meminta izin untuk ke dapur.

"Baik mummy."Serentak balasan daripada Seokjin dan Hana.Mereka hanya merenung tajam tanda tidak puas hati.

Hana pula hampir mencucuk mata Seokjin dengan mata pensel mekanikal yang dipegang tangan kirinya.

Puan Kim yang berada di dapur tersenyum apabila melihat gelagat anaknya bersama Hana daripada tadi.

"Alangkah baiknya kalau Hana betul-betul jadi anak mummy."

********************************

Pantas tangan Hana menulis sesuatu di atas kertas.Seokjin sempat mencuri pandang wajah Hana.

"Kenapa susah sangat aku nak luahkan perasaan aku pada kau?"Bisik hati Seokjin dengan perasaan sedikit kecewa.

"Kau kenapa?Tenung orang macam nak telan.Aku tahu aku cantik.Tak payah pandang sampai nak tembus kepala aku dibuatnya."

"Mana ada!Kau tak cantik pun.Aku baru tahu kau kidal selama ini."

"Haha.Lambat.Tak maju langsung pemikiran kau."Penumbuk diacukan di depan Hana dengan perasaan geram.

Gadis itu hanya tergelak perlahan dihadapannya.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ

Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now