15=열 다섯-Obses

100 4 0
                                    

"Terima kasih sebab hantarkan saya sampai depan rumah.Saya tak tahu nak balas dengan apa."Pintu kereta ditutup kembali setelah Hana sudah sampai di hadapan rumahnya.

Setelah mereka puas bersiar-siar di sekitar bandar Seoul,Namjoon sudah bercadang untuk menghantar Hana pulang ke rumah kerana risau tentang keselamatan gadis itu.

"Balas dengan cinta pun boleh.Hehe."Namjoon yang berdiri di depan matanya sambil memegang bagasi kepunyaannya mula tersenyum lebar.Lelaki itu turut tertawa halus.

"Haha.Mengada-ngadalah awak ni.Saya masuk dulu.Bye."

Lambaian tangan mula dibalas.Namjoon masuk semula ke dalam perut kereta lalu menekan hon sebagai ucapan selamat tinggal.

"Tidur nanti,jangan lupa mimpikan saya ya!"Sempat lelaki itu menurunkan tingkap keretanya lalu menjerit kuat pada Hana yang masih berdiri di depan pintu rumah.

Seokjin yang baru pulang dari kedai serbaneka sudah melihat semua gerak-geri Hana dan Namjoon daripada tadi secara senyap.Dia mula berjalan keluar dari rumah semula.

********************************

"Kurang ajar!"

Krekk!

Tin minuman dicengkamnya sehingga berubah kemik.Mana tidaknya,hatinya mula terluka setelah terlihat Namjoon menghantar Hana ke pintu depan hostel.

"Berani dia cari pasal dengan aku??Patah tulang belakang dia aku kerjakan nanti!"Dari jarak jauh,tin yang sudah berubah bentuk terus dilempar tepat ke dalam tong sampah.Bengang apabila memikirkan kembali Hana yang seperti bermain kayu tiga dengannya.

"Kau cuba cakap dekat aku.Apa yang kau dapat kalau gaduh dengan dia??Kena buang universiti nanti.Kau nak??"Hoseok menyampuk sambil meneguk perlahan air kopi yang dibelinya tadi.Seokjin mula merenung tajam rakannya.

"Siapa yang nak?Aku tak kata aku nak gaduh dengan dia."

"Aku cakap pun sebab aku takut kalau kau ada terfikir nak buat benda macam tu."Risau jika Seokjin betul-betul ingin bertindak di luar batasan sehingga boleh mengundang padah.

"Yoongi..kau nak tolong aku?"Lelaki yang sedang duduk sambil menongkat dagu hanya mengangkat keningnya.

"Tolong apa?Aku banyak kerjalah.Assignment minggu ni je dah setinggi Gunung Fuji."

"Tipu!Aku yang duduk sebilik dengan dia pun tahu apa dia buat tiap-tiap hari."Hoseok selaku rakan sebiliknya mula menidakkan kenyataan yang diberikan oleh Yoongi yang duduk menghadapnya.

"T.i.d.u.r."Hoseok sekadar berbisik perlahan.Bahu kirinya mula dipukul dengan geram.

Ppak!

"Fitnah aku je lebih.Diri sendiri kuat berzumba tak perasan!"Sukar untuk dinafikan bahawa Hoseok merupakan seorang yang periang serta mempunyai sifat hyperactive dari zaman sekolah lagi.

"Kau ni,nasib kita dekat kafe tau.Kalau tak,balik nanti tempat tidur kau dekat hospital."

********************************

Baru sahaja Hana masuk ke dalam rumah.Dia boleh terlupa bahawa dia masih belum mengunci pintu utama rumah.Seokjin yang sudah lama memerhati dari rumah sebelah pantas menceroboh masuk dengan licik.

Klak!

"Seronok keluar.Dengan siapa??Huh?"Lelaki mula menapak perlahan mendekati Hana yang tersandar di sofa.Seokjin sudah tertawa sinis sambil membuka jaketnya lalu dicampakkan terus ke arah lain.

"Kau kenapa??Gila ke masuk rumah aku sesuka hati??Hoi!Keluar!"

Peluh sejuk di dahi segera dikesat kasar oleh Hana.Belum sempat dia melarikan diri,lelaki itu sudah mengunci pergerakannya.Dia mula sesak nafas dengan dirinya dikepung.

"Kau tak jawab soalan aku.Kau keluar dengan siapa tadi??"Lelaki itu mula mendekatkan wajahnya dengan Hana sehingga dahi mereka bersentuhan.

"Kawan."

"Namjoon kan??Kau boleh tak lupakan dia??"

"Kau tahukan..yang aku.."Jari telunjuk Seokjin mula bergerak perlahan mengelilingi wajah Hana dengan perlahan.Hana terasa dirinya seakan mahu diapa-apakan oleh lelaki itu.

"..sayang kau sorang??"Lelaki itu mula berhenti dari mengerakkan jarinya seperti tadi.Hana cuba untuk tidak berbicara apa-apa.

Di dalam hati,dia tidak putus-putus menyebut nama ibu bapanya yang masih di New Zealand.Ibu bapa Seokjin pula bercuti panjang di Busan melawat saudara-maranya di sana.

"Kau tahu tak?Aku cemburu nak mampus bila kau..keluar dengan dia tadi?"Sungguh dia tidak sangka bahawa lelaki itu memandangnya ketika dia pulang menaiki kereta milik Namjoon.

"Aku..aku,tak ada apa-apa dengan dia.Kan aku kata,aku takkan pernah pandang lelaki lain sebab aku tahu aku ni tunang kau.Dia lupa ingatanlah,Jin!Kau tak ingat ke??"

"Buat apa nak ingat pasal dia?!"Menggelegak darah dibuatnya bila nama lelaki yang dianggapnya musuh tradisi mula disebut-sebut.Hana seperti ingin menangis di depan lelaki itu.

"Dia kawan kita!Kau tak ingat ke??"Jerit Hana dengan agak kuat.

"Kawan kau,musuh aku.Faham??"

"Tak!"

"Kau ni..memang kena ajar sikit mana nak setia dengan aku!"Seokjin mula merasakan dirinya sudah terbakar dengan api kemarahan.Bahu Hana mula dipegang kuat olehnya.

"Gila!Lepaslah,bodoh!"Bersungguh-sungguh gadis itu meronta-ronta ingin melepaskan dirinya.

"Lepas semua ni berakhir!"Obses.Itu yang dapat digambarkan tentang perasaannya pada Hana sekarang.

Walaupun lagi beberapa minggu lagi mereka akan menghadiri majlis konvokesyen,lelaki itu bertambah cemburu dengan Hana yang berkawan rapat dengan Namjoon.

Ppak!

"Argh!"Belum sempat lelaki itu berbuat sesuatu pada dirinya,Hana sudah mengetuk kepala Seokjin menggunakan pasu seramik bersaiz kecil di atas meja kopi.Seokjin serta-merta pengsan di bahu kiri Hana.

"Aku tak sangka..kau sanggup buat macam ni pada aku,Jin."

Seokjin mula ditarik keluar dari rumahnya lalu di bawa ke pintu utama lelaki itu.Kad untuk interkom diambil dari poket baju kemeja lelaki itu lalu diluncur.Setelah pintu terbuka,Hana terus membaringkan lelaki itu di atas karpet di ruang tamu.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ


Vote

&

Comment

감사합니다!😊

[ⓒ]Tsundere •BTS Namjin•Where stories live. Discover now