+ 08

2.5K 301 39
                                    

" tolong bawak aku jumpa appa. Aku rindu dia ".

Jelas Jimin. Sebenarnya dia takut kalau² yoongi tak bagi. Mata yoongi yang sepet itu terbuntang luas mendengarkan permintaan jimin.

" kau pasti? ".

Soal Yoongi.

" ya. Dah seminggu aku tak tengok muka appa ".

" lepas sarapan ni kita pergi. Aku pun malas nak pergi kerja harini ".

Yoongi bersetuju. Dia tahu dia salah sebab dah pisahkan seorang anak dengan ayah kandungnya tapi tak salahkan kalau selamatkan nyawa seseorang? 

" Terima kasih hyung! Btw hyung kerja apa? ".

Soal Jimin tertanya tanya. Walaupun sudah seminggu dia tinggal sebumbung dengan yoongi, dia tidak tahu apa pekerjaan sebenar yoongi. Yoongi pula bukan selalu ada kat rumah.

" aku doktor. Mesti kau tak caye kan? ".

Yoongi mengagak. Yela muka dia tak sesuai langsung untuk jadi doktor.

" serious ?! Bukan ke hyung terlalu muda untuk jadi doktor? ".

Seperti yang sudah dijangkakan. Jimin tidak mempercayainya.

" park jimin. Nothing impossible in this world ".

----------

" appa.. ".

Gumam Jimin perlahan. Matanya tidak lari dari memandang sekujur tubuh yang terbaring di atas lantai. Di sekelilingnya pula dipenuhi dengan botol arak dan serpihan kaca yang pecah.

Kehidupan ayahnya semakin tidak terurus selepas jimin dibawa pergi oleh Yoongi. Rumahya pula tidak ubah seperti sarang syaitan dan iblis. Selalunya, jimin yang akan membersihkan rumah itu.

" jimin.. Jom pergi sebelum ayah kau sedar ".

Yoongi mengajak jimin pergi. Namun matanya masih lagi setia mengintai ayahnya melalui tingkap rumah itu. Dia terlalu rindukan ayah dia. Walaupun ayah dia sentiasa memukul dan memaki hamunnya.

" jimin... "

----------

" jimin ".

Panggil yoongi sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Jimin memandang ke arah Yoongi.

" apa? ".

Sejak tadi lagi Jimin senyap sahaja. Risau pula Yoongi dibuatnya. Tapi mungkin Yoongi tahu nak buat Jimin gembira balik.

" kau nak pergi sekolah? ".

"Nak! ".

Jimin menjawab riang. Matanya bersinar sinar. Bibirnya mengukirkan senyuman. Gembira sangat.

" nanti aku uruskan pasal sekolah kau. Mungkin minggu depan kau dah boleh masuk sekolah . Aku tahu kau bosan duduk kat rumah sorang² an?".

" terima kasih hyung! ".

Belum sempat Yoongi membalas terima kasih Jimin, satu bala datang menimpanya.

" wei geli la! ".

Badan Jimin yang memeluknya ditolak sedikit untuk menjauhinya. Jimin hanya tersengih sengih menampakkan eye smilenya.

-----------

Seminggu sudah berlalu dan hubungan Jimin dengan Yoongi makin rapat. Dah macam adik beradik betul. Walau kadang² yoongi tu dingin dengan Jimin.

Dan hari ni juga hari pertama Jimin akan ke sekolah barunya. Daegu High School *reka sajamaaaaa* . Last Jimin menjejakkan kakinya ke bangunan yang dipanggil sekolah mungkin 10 tahun yang lalu. Dan sejak itu, dia tidak pernah bersekolah.

" woi cepatlah! " .

Jerit Yoongi kepada Jimin yang masih lagi sedang memakai kasut sekolahnya. Sekeping roti masih lagi berada di dalam mulutnya. Digigit kemas supaya tidak terjatuh.

Tali leher dibetulkan sebelum dia bangun bergegas ke arah kereta Porsche milik Yoongi . Pintu kereta dibuka dan terus punggung dihempaskan di sebelah tempat duduk pemandu.

Pedal minyak segera ditekan oleh Yoongi . Laju keretanya menuju ke sekolah baru Jimin.

" tula bangun lambat sangat! Kan dah lewat ".

Omel Yoongi kepada Jimin yang sedang mengunyah rotinya.

" huuu hyung la tak kejutkan jimin huh ".

Memang selalu si Yoongi yang kejutkan jimin tapi harini dia tak kejutkan sebab pagi tadi dia ada cherry Berry.

"Petang ni aku ambik. Jangan merayau kat lain pulak ".

Pesan Yoongi sambil tangannya ligat memusing stereng kereta itu untuk membelok ke kanan.

" tapi jimin boleh balik sendiri la ".

Bantah Jimin. Dia tak mahu susahkan Yoongi lagi.

" aku kata aku nak ambik kau tunggu je la kat situ. Dah sampai ".

Brek ditekan secara mengejut menyebabkan badan Jimin sedikit terdorong ke depan.

" yelaaaa ye!! ".

Jimin mendengus kasar . Pintu kereta dibuka dan terus dia keluar dari kereta itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam pintu pagar sekolah.  Sedikit pun dia tak berpaling ke arah yoongi.

" woi! ".

Panggil Yoongi. Kepalanya dikeluarkan sedikit melalui tingkap kereta itu.

" apa?! ".

Terpaksa Jimin berpaling juga .

" salam la dulu! Eii kuangjoo kauu ".

----------

[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now