+ 17

2.2K 295 55
                                    

" appa bunuh orang lagi ke? ".

Im Jamban tersentak.

" tak. Bukan appa yang bunuh. Lelaki sial tu yang bunuh ".

Jaebum baru tahu yang ayahnya perangai sebegitu. Im jamban ditangkap oleh polis beberapa hari yang lepas kerana disyaki membunuh ayah Jimin. Namun tidak pula dia dipenjarakan kerana pengaruh dia amat kuat. Dia hanya menerima sebatan sahaja dan kes ditutup.

Kejam. Dunia ni memang kejam. Bila orang berpengaruh yang buat kesalahan, bukan nak hukum. Kalau orang miskin, orang biasa yang buat salah huh kemain persoalkan. Kemain hukum berat². Dunia tak adil huh.

" appa . Stop la buat kerja bodoh macam ni. Jb taknak appa jadi seorang pembunuh ".

Ujar Jaebum sambil tertunduk. Jelas dia taknak ayah dia jadi macam tu. Dia cuma mahukan ayah yang biasa. Ayah yang normal macam orang lain. Walaupun ayahnya berperangai seperti setan, tidak pernah pula Jaebum dipukul oleh ayahnya.

" appa tak boleh ".

-------------

" hyung.. ".

Jimin memanggil manggil yoongi. Matanya masih terpejam rapat. Sudah 8 jam dia terbaring lemah di situ. Yoongi pula sudah tertidur di tepi katil Jimin dengan masih berbaju kot putih doktor.

Jimin meracau membuatkan yoongi terjaga dari tidurnya. Badan Jimin sudah berpeluh peluh. Mulutnya masih setia memanggil yoongi.

" jimin? ".

Tangan Jimin diusap perlahan oleh yoongi. Kemudian, dia mengusap rambut jimin.

" hyung ".

Matanya dibuka. Memandang ke arah Yoongi yg berada di sebelahnya. Wajahnya pucat. Tiba² satu cecair jernih membasahi pipinya. Tangannya pula menggenggam erat tangan yoongi.

" kau kenapa? ".

Soal Yoongi. Tangannya turut menggenggam tangan kecil Jimin.

" a-aku mimpi hyung meninggal ".

Jelas Jimin dalam keadaannya yg masih menangis.

" shh. Mimpi je tu. See aku ada kat sini".

Yoongi memujuk. Tangan kirinya pula berusaha mengelap air mata Jimin yg tidak berhenti mengalir.

" sape buat kau macam ni? ".

Soal Yoongi apabila Jimin sudah kelihatan sedikit tenang.

" a-aku tak tahu ".

Jawab Jimin jujur. Sememangnya dia tidak mengenali dua lelaki yg tiba² sahaja datang ke rumah yoongi dan membuatnya sebegitu. Lebih² lagi, mereka memakai topeng. Memang tak nampaklah wajah mereka.

" kau ada nak makan apa² ? Aku pergi beli? ".

Tanya Yoongi ingin mengubah topik apabila melihatkan Jimin seperti trauma apabila dia menanyakan hal tadi .

" hurm ".

Hanya itu yg keluar dari mulut Jimin.

" mesti kau lapar an ? Kejap aku pergi beli makanan. Kau rehat la dulu".

Yoongi bingkas bangun. Kot doktornya dipecat sebelum meninggalkannya di atas kerusi itu. Dia terus mengorak langkah untuk membeli sesuatu kepada jimin.

------------

Jam di tangan dikerling sepintas lalu. Jarum jam menunjukkan pukul 4.34 pagi. Mana ada kedai yang buka lagi pagi² macam ni.

Yoongi memeluk tubuh apabila angin pagi yang sejuk datang menyapa tubuhnya sebaik sahaja di keluar dari keretanya. Matanya melilau mencari kedai yg menjual makanan.

Matanya tertancap pada label kedai 24 jam yg diterangi dengan lampu warna warni.

" thanks God ".

Laju sahaja dia berlari ke arah kedai itu sebelum

GEDEBOOMM!!!  *S/E FAILED AHHAHAH*

Yoongi dilanggarr.

---------

Jangan jadi silent readers please 😭 aii nak tau jugak sape yg baca ff mengarut ni 😭 .

[C] Never Ever + YoonMin +Where stories live. Discover now