+ 19

2K 254 29
                                    

Yoongi baru sahaja selesai melakukan pembedahan ke atas Jaebum. Tiga jam lebih dia bertungkus lumus dalam bilik bedah itu. Jaebum sudah ditempatkan di salah satu bilik di hospital itu. Bilik mayat XD ok kidding  ̄ε  ̄

Selesai sahaja Yoongi melihat keadaan Jaebum, terus dia ke bilik Jimin. Dia risaukan Jimin.

" jimin? ".

Pintu bilik dikuak sedikit. Kelihatan Jimin sedang tidur. Makanan yg berada di atas meja sedikit pun tidak tersentuh.

Kakinya laju menghayun ke arah kerusi di sebelah katil Jimin. Punggung dihempas sebelum satu keluhan dikeluarkan. Hampir empat jam dia tidak duduk.

" eo hyung? ".

Jimin tersedar daripada tidurnya . Wajah yoongi dipandang sebelum satu senyuman terukir. Yoongi tidak membalas senyuman jimin.

" maaf aku ada pesakit tadi. Tak dapat nak hantar makanan untuk kau ".

Ujar Yoongi. Dia rasa bersalah. Mesti Jimin rasa sedih.

" sokay la ".

Sekali lagi Jimin tersenyum . Suasana sunyi seketika. Hanya kedengaran burung² yg berkicauan di luar bangunan hospital itu. 

" kau ingat lagi kan Jb? ".

Yoongi bertanya. Dia sebenarnya tak pasti jugak nama betul jaebum. Dia dengar Jinyoung ngan Jackson yg panggil Jb hari tu. Dia tahu yg ayah jaebum pembunuh tu sebab polis yg bagitahu. Yoongi sendiri yg berjumpa polis untuk mengetahui latar belakang ayah Jaebum.

" Jb? Jb? Hurm yg buli aku tu ke? ".

Jawapan Yoongi dibalas dengan soalan juga dari Jimin. Jimin juga tak berapa pasti nama Jaebum . Yela datang² buli terus tak bagi salam nama pun tak bagitahu. Yoongi mengangguk.

" kenapa dengan dia? ".

" dia kemalangan dan aku yg rawat dia " .

Jelas Yoongi.

" serious? Mana dia sekarang? ".

" ada kat bilik sebelah " .

Jimin sudah bangun dari pembaringannya. Kakinya dan badannya masih terasa lemah.

" kau nak pergi mana? " .

Yoongi menyoal. Sempat juga dia memegang Jimin yg hampir terjatuh.

" aku nak pergi tengok dia la ".

Bahu Yoongi dipegang sebagai tempat bergantung.

" tapi kau tak sihat lagi. Nanti la kau pergi tengok dia ".

Yoongi menghalang. Tetapi Jimin masih berkeras nak pergi tengok jaebum. Pegangan di bahu Yoongi dilepaskan . Baru beberapa langkah dia berjalan, dia sudah terjatuh.

" kan aku dah cakap. Suka la suka susahkan aku ".

Badan jimin diangkat ke atas katil semula. Tergamam jimin dibuatnya sebab yoongi angkat bridal style kut pfftt.

" sorry. Nanti aku mati takde la aku susahkan hyung lagi kan?".

Yoongi terdiam mendengarkan ayat Jimin. Tak tahu kenapa dia rasa sakit. Sakit sangat dengan ucapan Jimin tu. Bukan niat dia yg sebenar mengatakan Jimin suka menyusahkan dia.

" kau makan cepat sebelum aku ketuk kepala kau ".

Topik diubah sebelum dia mencapai pinggan yg terdapat beberapa keping roti di atasnya. Dia yg suruh pak guard pergi beli tadi sebab dia tak sempat nak pergi beli  ̄ε  ̄

Sekeping roti dihulurkan kepada Jimin . Beberapa saat kemudian, jimin mengambil roti itu lalu disuap ke dalam mulutnya. Tangan Yoongi pula mencapai sekotak susu yg juga dibeli oleh pak guard itu  ̄ε  ̄

"Nah minum susu ni. Biar tinggi sikit "

" eleh kutuk akuu pendek. Ingat hyung tinggi sangat? ".

--------------



[C] Never Ever + YoonMin +Donde viven las historias. Descúbrelo ahora