Embun Sejuk

290 7 0
                                    




Setelah tibanya bulan Disember, kini cuaca telah bertukar menjadi putih dan dingin. Bangunan-bangunan do Kota London kini diselaputi dengan sedikit salji dan ais. Lantai bumi dan dahan-dahan pokok kini diselaputi oleh embun sejuk setiap pagi.

Sejak kejadian antara Aisyah dengan Katrina, Aisyah dan Thomas tidak bersua muka hampir sebulan. Aisyah pun tidak mengetahui apa hang dilakukan oleh Thomas pada Katrina selepas itu. Tetapi mereka berdua masih berkuasa melalui telefon sahaja.

Menurut Thomas dia terpaksa pergi ke Paris kemudian pergi Switzerland bagi menyelesaikan urusan perniagaan di sana. Manakala Aisyah pula menyibukkan diri dengan assignments dan sebagainya.


Memandang sekarang ni bulan Disember itu bermakna cuti kerana ada sambung Christmas tapi sambung tu lamanya lagi. Tiba-tiba telefon Aisyah berdering.






********







Aisyah kini berada di Hyde Park. Taman yang paling besar di tengah-tengah Kota London yang sibuk. Aisyah duduk di bangku kerusi yang menghadap tasik. Sambil melihat-lihat karenah itik-itik dan angsa berenang-renang dalam tasik.


Aisyah ada nampak orang bagi makanan pada itik dan angsa yang berada dia sini. Mereka semua berkumpul di mana makanan diberikan. Semuanya berebut-rebut untuk dapatkan makanan.


Melihat itik dan angsa itu mengingatkan Aisyah bersama Lara berjalan-jalan di Hyde Park dulu. Mereka berdua ingin berseluar dengan angsa tapi angsa itu tiba-tiba menguak dengan kuat sekali.


Kami berdua terkejut sangat dan sangkakan angsa itu ingin mengejar kami kerana angsa itu tiba-tiba sahaja keluar dari tasik sambil mengepak-ngepakkan sayapnya yang putih.


Lara dan Aisyah sangat terkejut sehingga menjerit Dan mat saleh di sebelah pula memandang kami dengan pelik sekali.


Apalah mereka berdua tu. Gila ke apa? Mesti mat saleh berfikir begitu tentang mereka berdua. Memang kelakar juga apabila dikenali semula memori yang lepas. Tiba-tiba Thomas pun sudah tiba yang kemudian duduk di sebelah Aisyah.


"Hai." Sapa Thomas.


"Hai Thomas." Aisyah pun membalas sambil memberikan sedikit senyuman pada Thomas.


Bila melihat wajah Thomas membuatkan Aisyah semakin rindu pula dengan senyumannya. Wajah yang putih dan pucat tapi masih cantik mata memandang. Rambutnya pula masih warna blonde putih dan serabai akibat angin.


Sungguh kacak sekali lelaki di sebelah Aisyah. Masih tinggi dan sasa orangnya. Walaupun cuaca sangat sejuk tetapi lelaki ini sangat hot and spicy bila memandang.


Astagfirullah alazim. Jangan fikir yang bukan-bukan Aisyah. Berdosa. Aisyah cepat-cepat beristigfar apabila sedar apa yang difikirkannya.


"Awak apa khabar?" Thomas pun bersuara untuk memulakan bicara.


"Saya sihat alhamdulillah. Awak bagaimana pula?"


"Saya pun okay. Tentang kejadian dulu tu..."


"Thomas kejadian tu dah lepas hampir sebulan dah. Saya pun dah lupakannya. Tak perlulah ingatkan perkara yang lepas."

Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now