Kesakitan

252 9 0
                                    


Aisyah dibawa ke bilik ICU segera akibat pendarahan dalaman pada otaknya. Jika tidak dirawat segere, nyawa Aisyah mungkin terancam atau lebih teruk, boleh membawa maut pada diri Aisyah.

"Aisyah bertahanlah untuk saya. Bertahanlah Aisyah." Kata Thomas sambil menemani Aisyah ke bilik ICU.

"I'm sorry sir but you not allowed to go in."

"Is she gonna be okay? Will the doctor heal her?"

"The doctor will do whatever he can. You just need to be patient sir. You should call her family and you need to do something of your bleeding too sir." Kata jururawat tersebut sambil menunjukkan darah pada kepala Thomas.

"It's ok. I will call her family and I will meet the doctor later." Dengan itu Thomas pun menelefon Aiman dan datuknya tentang kemalangan dan berjumpa dengan doktor untuk merawat kepalanya yang berdarah.

"Thomas, di mana adik saya? Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Awak tak apa-apa ke?" Kata Aiman sebaik sahaja berjumpa Thomas yang sedang dirawat oleh jururawat. Jururrawat itu sedang membalut kepala Thomas. Kemudian Abdullah dan Nek Wanni pun tiba sama.

"Thomas, are you okay? What happen?" Kata Abdullah dengan risau sekali.

"Di mana Aisyah? Dia tidak apa-apakah? Tolonglah kata yang dia tidak apa-apa?" Kata Nek Wanni dengan sangat risau dan sedih.

Satu-persatu orang datang dan menanyakan soalan yang sama sahaja. Thomas pun memberitahu tentang segala-galanya dan dengan terperincinya tentang kemalangan mereka. Apa yang mereka perlu buat hanyalah berdoa pada Allah untuk dipermudahkan segala urusan dan menunggu keputusan daripada doktor.

Setelah lebih daripada enam jam, doktor pun keluar daripada wad ICU. Ahli keluarga Aisyah segera mendapatkan doktor untuk mengetahui keadaan Aisyah.

"Bagaimana keadaan cucu saya doktor? Dia tidak akan apa-apa kan?" Kata Nek Wanni.

"Alhamdulillah. Keadaan Aisyah sekarang sangat stabil tetapi masih lemah. Dia dalam keadaan koma. Jadi dia tidak akan sedar buat sementara waktu ini. Kita hanya mampu berdoa sahaja supaya dia kembali sedar."

"Terima kasih ye doktor. Terima kasih sangat. Boleh kami jumpa Aisyah sekarang?" Kata Aiman sambil bersalaman dengan doktor.

"Ya sudah tentulah boleh tetapi hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk. Saya minta diri dulu." Kata doktor lalu beredar. Mereka yang tinggal mengucapkan rasa syukur kerana Aisyah masih selamat.

"Apa kata nenek masuk dulu. Tengok Aisyah." Kata Aiman lalu Nek Wanni pun masuk ke dalam bilik di mana Aisyah terbaring dengan alat bantuan pernafasan.

Kemudian ada dua orang lelaki datang ke arah mereka. Mereka dengan berpakaian seperti pangawai polis.

"Assalammualaikum. Maaf menganggu. Saya Inspektor Qusyairi. Kami telah buat beberapa pengesahan tentang kereta yang telah melanggar mangsa."

Jadi Inspektor Qusyairi pun menjelaskan tentang kereta yang langgar Aisyah pada mereka dan menanyakan bebberapa soalan pada Thomas memandangkan Thomas juga dalam kemalangan itu juga.

"Kami juga telah mengetahui siapa suspek yang melanggar cik Aisyah dan Encik Thomas. Suspek tersebut adalah Cik Katrina Naina." Kata Inspektor Qusyairi dan menunjukkan gambar suspek tersebut pada mereka.

"What? Katrina did this to me and Aisyah? But why?" Kata Thomas dengan terkejut sekali. Dia tidak menyangka suspek yang melanggar mereka adalah Katrina. Tiba-tiba ada seseorang menghampiri mereka sambil berlari-lari.

"Apa dah jadi kat Aisyah? Apa yang dah berlaku sebenarnya ni? Dia tak apa-apa ke? Saya nak jumpa dia sekarang juga." Kata Rafiq pada Aiman. Kemudian pandangannya menghala pada Thomas.

"Kau buat apa kat sini hah? Entah-entah kemalangan ni semua salah kau kan? Engkau yang menyebabkan Aisyah kan?" Kata Rafiq dengan penuh amarah dan semakin menaikkan suaranya serta hampir-hampir sahaja mahu menumbuk muka Thomas tetapi sempat dihalang oleh Aiman dan Inspektor Qusyairy.

"Bawa bertenanglah Rafiq. Perlahankan suara, kita kat hospital lah. Lagipun ni semua bukan salah Thomas lah."

"Bukan salah Thomas kau kata. Dah sah-sah lah muka innocent macam dia ni salah dia. Dia yang penyebab Aisyah kemalangan. Betul tak? Mana Aisyah, aku nak jumpa dia sekarang juga." Kata Rafiq lagi.

"Dia tengah dalam koma. Doktor tak benar sesiapa masuk. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk." Kata Aiman.

"Ni semua salah kau. Kalau kau tak datang Malaysia, semua benda takkan pernah berlaku tau tak?" Jerit Rafiq sambil mengenggam kolar baju Thomas dan sebelah tangannya pula hampir sahaja menumbuk tetapi sempat dihalang lagi.

"Encik tolong bawa bertenang. Kalau tidak kami tidak akan teragak-agak untuk menahan encik." Kata Inspektor Qusyairy.

"Engkau siapa pula nak menahan aku." Kata Rafiq dengan tiada rasa hormat sedikit pun. Inspektor Qusyairy pun menunjukkan logo polis dan pengenalannya pada Rafiq.

"Saya Inspektor Qusyairy yang sedang menyiasat kes Cik Aisyah dan Encik Alymer. Kalau ada masalah kita boleh bawa berbincang bukan dengan cara kasar begini." Katanya sambil menahan kesabaran terhadap sikap biadap Rafiq, apatah lagi sikap yang tidak menghormati pada pengawai polis.

"Nak siasat apa lagi. Dah sah-sah mat salleh ni yang salah." Kata Rafiq.

"Bukan salah saya. Saya sudah cuba buat yang termampu untuk tolong Aisyah ketika kemalangan tempoh hari. Kemalangan ini berlaku tanpa kami duga pun." Kata Thomas setelah lama berdiam diri.

"Ahhh...!!! Blah lah kau...!!!" Kata Rafiq yang kemudian beredar dari situ kerana menyampah melihat Thomas. Setelah bayangan Rafiq menghilang, Aiman pun mengeluh dengan tingkah-laku Rafiq. Dah lah adiknya tengah koma, inikan pula nak kene layan peragai kurang ajar si Rafiq pula.

"Pysho betullah si Rafiq ni pun. Patutlah Aisyha tak pernah sukakan dia." Keluh Aiman dengan diri sendiri.

"Bersabarlah Aiman. Walau apapun jadi, kita hanya perlu bersabar menghadapinya." Kata Thomas pada Aiman. Inspektor Qusyairy dan rakannya meminta diri untuk beredar dari situ dan akan memberitahu selanjutnya tentang Katrina nanti.









Cinta Mr.GentlemenWhere stories live. Discover now