Sudah dua hari Nadya tidak menghubungi Irfan atau pun membalas mesej dan mengangkat panggilan telefonnya.
Irfan buntu.
Ke mana tunangnya pergi?
Kenapa menghilangkan diri?
Sudah puas dia tanya pekerja-pekerja di cafe milik Nadya dan kawan-kawan Nadya, tetapi mereka menjawab tidak tahu.
Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Ada juga dia bertanya kepada Aina tentang Nadya, tetapi jawapan Aina turut sama.
Tak tahu.
Irfan bersandar pada kerusi empuknya. Matanya dikatup rapat cuba membayangkan wajah Nadya.
Dia rindu.
Huh! Keluhan yang entah ke berapa kalinya dilepaskan
Irfan membetulkan kedudukannya. Dia memandang skrin iphone nya semula.
Wallpaper handphonenya adalah gambar mereka berdua.
"Mana awak, Nadya?" kata Irfan bersama keluhan.
Dia menoleh ke arah bingkai gambar yang berada di mejanya.
Dia sudah menukar bingkai itu dengan bingkai yang baru kerana dipecahkan oleh Ayu Damia hari tu dan gambar tetap sama.
Gambar mereka berdua.
'Saya rindu awak, Nadya. Mana hilangnya awak? Awak tak rindu saya ke? Kenapa awak buat saya macam ni?' monolog Irfan di dalam hati.
Trit! Bunyi mesej whatsapp masuk menyentakkan lamunan Irfan.
Aina: Encik Irfan, tolong balik kampung Nadya sekarang. Urgent.
Mesej daripada Aina itu membuatkan Irfan berasa sedikit marah.
Hari tu kata tak tahu Nadya kat mana.
Sekarang suruh dia balik sana pula.
Irfan mengawal emosi.
Dia membalas 'okay'.
Irfan mengangkat punggung lalu beredar dari pejabatnya itu dan keretanya laju meluncur di jalan raya.
***
Nadya mengesat air matanya dengan hujung jari. Mahu atau pun tidak, dia terpaksa.
Dia tidak mahu Irfan sakit.
Sakit hati kerana mempermainkannya.
Niat dia untuk membuatkan Irfan pergi dan mencari wanita yang lebih baik darinya.
Dia sedar. Dia wanita yang lemah. Tidak mahu jujur!
"Nad. Irfan dah otw." kata Aina.
Nadya memandang wajah Aina dengan anggukan lemah.
Matanya sudah sembap akibat menangis.
Dia sudah fikir masak-masak hal ini.
"Kau okay?" soalan yang sama diulang hari-hari tanpa rasa jemu.
Sudah tentulah jawapannya tidak.
Nadya menghela nafas berat.
YOU ARE READING
Satu Jam Untuk Cinta
Short Story[Hanya edit chapter satu sebab aku pemalas gila nokharom] Highest Ranking #5 in short story PEMENANG WATTYS 2017(PENULIS DEBUT) Masjid yang Dibina mereka Ditakdirkan Tuhan Selama satu jam "...Kenapa awak mesti menyakitkan hati dan perasaan awak sed...