"Kalau Fakhri pergi dulu, Mia masih setia dengan Fakhri ke?" soalan itu diungkap cermat oleh Irfan sambil menyandarkan tubuh pada bangku yang berhadapan tasik.
Damia memandang Irfan hairan. Tudung sekolahnya yang sedikit senget tidak diperbetulkan.
"Kenapa Fakhri cakap macam tu? Fakhri tak suka Mia, ke? Fakhri nak tinggalkan Mia ke?" bertalu-talu soalan itu bertutur pada bibir kecil Damia.
Irfan tersenyum. Dia mencuit hidung Damia.
"Mia kan cinta hati Fakhri, masakan pula Fakhri mahu tinggalkan Mia seorang diri."
Kata-kata Irfan itu membuatkan Damia tersenyum manis. Dia memaut lengan Irfan.
"Habis tu. Kenapa tanya soalan macam tu? Mia tak suka." kepala Damia didongak menghadap Irfan. Irfan mengusap kepala Damia yang berlapik tudung sekolah itu.
Mereka sebenarnya baru sahaja tamat menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia.
"Fakhri cuma tanya. Kita tak tahu jodoh, pertemuan dan ajal yang ditetapkan Tuhan." suara Irfan mengendur.
Damia mula terpinga-pinga.
"Fakhri."
"Ye, sayang."
"Kalau Tuhan sudah tetapkan jodoh kita berdua dengan orang lain, macam mana?" soal Damia sambil meleraikan pelukan itu.
Dia merenung mata bundar Irfan.
"Kita kena terima."
"But I can't. I love you, Irfan Fakhri."
"Ayu Damia. Kalau Allah sudah tetapkan jodoh kita dengan orang lain, kita kena terima. Itu adalah qada' dan qadar Allah. And kita wajib percaya. Sebab itukan salah satu daripada rukun iman." jawab Irfan lancar.
Damia menunduk. Dia sedikit segan dengan Irfan. Irfan mahir dengan agama. Tetapi dia?
Di sekolah sahaja bertudung, di luar sekolah, seutas benang pun tidak berada di kepalanya.
"Kenapa ni, Mia?" Irfan mencuit bahu Damia.
"Fakhri memang layak untuk Tuhan tetapkan jodoh yang lebih baik daripada Mia." Damia sudah memintal-mintal hujung bajunya.
Dia menekur memandang tanah.
Irfan menyembunyikan senyumnya. Dia mengangkat dagu Damia lembut menggunakan ibu jari.
"Look at me, Mia." arahnya.
Damia hanya turuti. Mata mereka bertentang.
"Memang Allah sudah tetapkan jodoh, tetapi andai kita suka pada seseorang itu, kita perlukan usaha dan doa agar Allah pertemukan jodoh kita dengan dia." Irfan berkata lembut.
"Fakhri sayangkan Mia. Fakhri harap, Mia tak akan tipu perasaan Fakhri selama ni. Fakhri percayakan Mia hundred percen." kata-kata Irfan membuatkan Damia tersenyum.
YOU ARE READING
Satu Jam Untuk Cinta
Short Story[Hanya edit chapter satu sebab aku pemalas gila nokharom] Highest Ranking #5 in short story PEMENANG WATTYS 2017(PENULIS DEBUT) Masjid yang Dibina mereka Ditakdirkan Tuhan Selama satu jam "...Kenapa awak mesti menyakitkan hati dan perasaan awak sed...