Doktor Humairah memandang tepat anak mata Nadya.
Hatinya sedikit terusik melihat Nadya.
Kenapalah hati.
Nadya pula cepat-cepat melarikan anak matanya kerana takut dia merindukan arwah adiknya.
"Cik Nadya. How are you today? Ada rasa sakit kepala lagi?" Doktor Humairah tersenyum manis.
Nadya mengangguk.
Dia sudah dapat menerima takdirnya. Menerima sakit yang hadir secara tiba-tiba.
Tetapi, itu adalah takdir.
Siapa kita mahu mempersoalkan takdir daripada yang maha Esa?
"Sakit kepala saya datang setiap hari tetapi, lepas saya makan ubat, dia hilang." terang Nadya
Doktor Humairah terangguk-angguk.
"Eemm, Doktor."
"Ye?" jawab Doktor Humairah sambil menulis sesuatu pada kertas di mejanya.
"Boleh saya tahu nama panjang Doktor?"
Soalan Nadya membuatkan Doktor Humairah memberhentikan kerjanya.
Dia memadang Nadya.
"Boleh. Nama saya Naeisya Humairah binti Ahmad–"
Belum sempat Doktor itu berkata lagi, Nadya sudah memeluk doktor itu dari arah hadapan.
"Adik."
Terkedu. Adik?
Doktor Humairah meleraikan pelukan secara perlahan. Dilihatnya Nadya sedang menangis.
"Cik Nadya?"
"Kak Nad. Panggil Kak Nad, Naeisya." kata Nadya sambil mengesat air mata.
Difikirnya Naeisya sudah meninggal 10 tahun lepas akibat kemalangan di gaung dan pihak polis tidak dapat menjumpai mayat Naeisya.
Disebabkan masa pencariannya terlampau panjang, tiada jawapan yang dapat diberikan, pihak polis memutuskan bahawa Naeisya sudah meninggal dunia
Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga dia temui adik kandungnya semula.
Terima kasih Allah.
"Saya rasa Cik Nadya salah orang. Saya tiada kakak. Saya dibesarkan dengan keluarga angkat. Lagi pula, 10 tahun lepas saya terlibat dalam kenangan dan tidak dapat mengingati semua perkara sekali gus." ucap doktor itu sopan.
Dia tidak mahu Nadya terasa.
Nadya menggelengkan kepala.
"Tak apa. Yang penting akak dapat jumpa adik sebelum nyawa akak ditarik Tuhan. Terima kasih Ya Allah!" Nadya tersenyum sambil menangis.
Naeisya turut tersenyum.
Dia mengamati wajah Nadya betul-betul.
Terus terasa seperti suatu lintas langsung mengenai seorang wanita berlari di ingatannya.
Wajah wanita itu seperti gadis di hadapannya.
Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.
Nadya memegang lengan doktor itu lembut dengan riak wajah yang risau.
"Adik okay?"
"Kak Nad."
Mereka berpelukan melepaskan rindu.
~~~
Ayu Damia memegang sekeping gambar seorang lelaki yang segak memakai kot dan disisinya pula adalah dirinya.
YOU ARE READING
Satu Jam Untuk Cinta
Short Story[Hanya edit chapter satu sebab aku pemalas gila nokharom] Highest Ranking #5 in short story PEMENANG WATTYS 2017(PENULIS DEBUT) Masjid yang Dibina mereka Ditakdirkan Tuhan Selama satu jam "...Kenapa awak mesti menyakitkan hati dan perasaan awak sed...