*41

1.6K 47 8
                                    


Aisyah dan Adi terdiam. Keadaan di sekeliling terasa sunyi. Bagai masa terhenti. Mereka hanya berbalas renungan.

Aisyah tertunduk. Adi cuba menghampiri Aisyah namun segera Aisyah mengambil setapak ke belakang.

Adi berikan pandangan sayu. Sungguh sedih hatinya bila teringatkan detik mereka putus. Retak hatinya bila mendengar Aisyah meminta mereka berpisah.

Aisyah menahan sebak di hati. Tiba tiba perasaan sebak bertukar marah. Dendam. Benci.

Matanya tajam menikam mata bulat Adi.

"I. Hate. You" Aisyah terus berpaling pergi.

Adi tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Biarlah apa yg ingin orang katakan. Tapi perasaan sedih tidak dapat ditahan lagi.

•••

Aisyah memboloskan diri ke dalam kereta. Pintunya keretanya dihempas. Di tumbuk stereng kereta dgn kuat.

Semakin kuat tumbukan... Semakin deras air matanya mengalir. Semakin lama... Tumbukannya makin lemah. Hanya bunyi tangisan dan seduan milik Aisyah.

"Adi... Aku benci ko! " air matanya makin lebat.

Sekuat manapun perempuan tu... Sekental manapun perempuan tu...

Akan ada satu hari air matanya akan mengalir akibat lelaki.

•••

"Ok... Semua dah beres. Tinggal tunggu esok je. " Aleya tersenyum tawar bila memandang begnya yg sudah siap berkemas.

Dia kluar dari bilik kemudian dia pergi ke arah maknya di dapur yg sedang memasak.

Dipeluknya pinggang ramping Puan Zurina. Puan Zurina terkejut.

"Makk... " suara sengaja di manjakan oleh Aleya.

"Apa? " soal Puan Zurina mendatar. Tangannya lincah memasukkan bahan yg telahpun di potong tadi ke dalam periuk.

"Besokk... Leya balik KL tauu... " pergerakan Puan Zurina terhenti. Api di perlahankan. Dia memandang ke arah anak daranya.

"Leya nak balik esok? Cepatnya... 😢😢. "

"Mak... Jgnlah nangis. Leya lemah lah klu macam ni. Nanti terus tak jadi Leya nak balik lah macam ni"

"Baguslah tu. Tak yah pergi KL balik. Tinggal je sini dgn mak. Jadi je doktor kat sini. " Aleya tersenyum bila mendengar arahan maknya.

"Apalah mak nii... Sampai ke situ fikirnya. Mana boleh. Kesian dgn Fina ngan Haris" Puan Zurina mencebik kecil.

"Bukan dorang je yg keje kat situ. Ramai lagi yg keje kat situ"

"Taulahh.. Tapi si author tak bagi namanya. Tak leh lah sebut. Sorry ye Mak... Leya klu mmg nak tinggal. Tapi masa tak mengizinkan. " Puan Zurina mengangguk.

"Boleh Leya nak... Peluk mak kejap? " Puan Zurina terus menarik Aleya ke dalan dakapan.
Di belai kepala Aleya lembut.

"Nak peluk lama pun tak apa... " Aleya tersenyum. Mutiara jernih mula menitik. Begitu juga Puan Zurina.

•••

Keesokannya...

"Hati-hati tau Leya kat sana nanti. Mak risau je ni... " Aleya mengangkat begnya yg besar keluar dari rumah Puan Zurina.

"Iyelah mak. Leya tauu... " dikucup lembut tangan maknya. Puan Zurina mencium lembut dahi Aleya.

Aleya berpaling. Mencari kelibat kereta teksi yg baru di telefon malam tadi. Tapi tiada. Takkan lah dia nak minta si Wafiy tu?! Menempah maut namanya!!!

Bolehkah Aku Mencuri Hatimu?√ [E]Where stories live. Discover now