Coretan hati

18 7 0
                                    

Ku meniti langit yang biru,
Ku renungi butir bintang yang jauh,
Dapat ku tenangkan sekeping hati ini,
Yang terlalu sarat merintih...

Tapi,
Mungkin inilah suratan takdir,
Berjumpa lalu berpisah,
Tak mengenali kemahuan kita,
Kerna ia mengikuti keperluan kita,
Itulah lumrah kehidupan,
Takkan ada satu kudrat pun yang dapat menghalang...

Oh hujan,
Hanyutkanlah air mata ini,
Kerna ku tak ingin mereka mengetahui,
Hati ini begitu perit,
Melihat tempat memori tercipta,
Terkubur dengan sadisnya,
Ku tak mampu lagi bersuara,
Hanya air mata yang luahkan segalanya...

Rindu,rindu,rindu,
Sudah tentu ku akan merindu,
Meskipun ku baru sahaja berada di situ,
Namun jiwaku sudah terpahat dari dahulu,
Tiada daya dan upayaku,
Selain memohon kepada tuhan,
Agar sekolah tercinta ini sentiasa meniti di bibir sang pencinta ilmu,
Meskipun ianya hilang di mata,
Namun namanya terpahat di jiwa.....

Setia,kasih sayang dan cintaku,
Untuk sekolahku,
Yang sentiasa di qalbu,
Dan takkan pernah pupus di telan waktu...

********
Smk kabota tercinta,
Sentiasa berdiri megah,
Harum namamu di merata,
Menjadi kebanggaan semua..

YenYuan2,tinaansar,cikpeeja,jasminkasmin_n,@nurnbyla

Cerita kitaWhere stories live. Discover now