rayyan special story

11.5K 124 25
                                    

5

Jam di tangan diperhatikan, detik yang berjalan dianggap terlalu perlahan. Rayyan menekup mulutnya akibat nguapannya yang keenam dalam tempoh sejam berlalu. Kemudian, dia kembali memerhatikan jam tangannya. Subjek Sejarah merupakan subjek yang paling membosankan bagi Rayyan. Dia tidak meminati subjek ini walau sedikitpun. Bukannya perang dunia kedua akan berlaku lagi sekali pun. Malaysia kan sudah merdeka. Itulah yang difikirkan oleh Rayyan semenjak dia mula memasuki zon peperiksaan dimana ia mewajibkan pelajar untuk lulus dalam subjek sejarah.

Sedikit pun yang diajar oleh Cikgu Zura tidak dihiraukan oleh Rayyan sebaliknya dia hanya memikirkan tentang apa yang sedang menunggunya di rumah. Dia tidak sabar untuk balik dan tidur di atas katilnya yang lembut lagikan empuk itu. Maklumlah, dia tidak cukup tidur malam tadi kerana terlalu sibuk bekerja.

Sebaik sahaja tamat waktu pembelajaran. Rayyan terus mengemas buku bukunya yang bersepah lalu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Tanpa memberi salam kepada guru, dia terus keluar dari kelas. Cikgu Zura berasa kesal dengan sikap Rayyan yang tidak pernah menghormatinya sebagai seorang guru. Mungkin disebabkan usianya yang terlalu muda membuatkan Rayyan merasakan bahawa Cikgu Zura hanyalah rakan yang tidak penting baginya.

Rayyan bukan sahaja tidak menghormati guru, malah dia suka melakukan perkara yang tidak bermoral seperti membuli pelajar lain, ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah atau istilah lain, vandalisme.

Kadang kala, Cikgu Zura tertanya tanya tentang status keluarga Rayyan. Mengapa mereka tidak mengambil berat tentang anak mereka? Sikap Rayyan itu bukannya tidak pernah ditegur, malah ia pernah diceritakan secara langsung dihadapan ibu Rayyan ketika majlis perjumpaan ibu bapa dan guru. Surat amaran dan surat merit juga turut diberikan kepada Rayyan untuk ditunjukkan kepada ibu bapanya tetapi ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Rayyan membonceng motosikalnya hingga ke rumah. Dia bertekad untuk tidak melencong ke mana mana memandangkan dia terlalu ngantuk untuk itu. Setibanya di rumah, Rayyan mencampakkan beg sekolahnya di atas sofa lalu dia terus masuk ke dalam biliknya. Ibunya atau nama yang sering digelar oleh masyarakat iaitu Puan Mariam hanya memerhatikan pergerakannya. Tanpa menukar pakaian sekolahnnya, Rayyan terus melompat ke atas katil dan menutup matanya.

Tiba tiba Puan Mariam masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan pakaian Rayyan yang sudah siap dilipat ke dalam almari. Bunyi bising yang dibuat oleh Puan Mariam ketika dia membuka almari baju itu menganggu Rayyan. Dia mengerutkan keningnya dan menunggu ibunya selesai mengemas baju baju di almarinya yang sentiasa bersepah. Setelah ibunya selesai mengemas, ibunya menyuruh Rayyan menukar baju sekolahnya.

"Rayyan, tukar la baju sekolah tu dahulu sebelum tidur. Senang ibu boleh basuh terus" 

"Hmm. Ye.." Hanya itu sahaja yang dibalas oleh Rayyan, lalu dia menyambung tidurnya tanpa melakukan apa yang disuruh oleh ibunya. Puan Mariam hanya mengeluh dengan sikap Rayyan. Memang setiap hari itulah yang dibalas oleh Rayyan tetapi dia tidak pernah akur dengan perintah ibunya. Setiap kali pulang dari sekolah, dia akan tidur sehingga tamat waktu maghrib. Seruan Allah yang menyuruhnya solat juga tidak dihiraukan. Rayyan hanya mementingkan kesenangan hidupnya di dunia berbanding di akhirat. Ibunya juga tidak hairan dengan rutin harian Rayyan memandangkan dia tahu bahawa Rayyan pulang ke rumah lewat pada setiap malam. Dia hanya akan pulang selepas sahaja jam tiga pagi. Tetapi ibunya tidak pernah tahu tentang aktiviti Rayyan setiap malam. Apabila ditanya, Rayyan hanya akan memekakkan telinganya seolah olah ibunya tidak pernah bertanya tentangnya.

Azan isyak suyup suyup masuk ke corong telinga Rayyan. Itu menandakan bahawa sudah masuk enam jam dia tidak menyedarkan diri dari tidurnya yang lena itu. Rayyan bangun dan mencapai tualanya. Baju sekolah yang masih dipakai dibuka lalu dicampakkan ke dalam raga baju yang dikhaskan untuk dibasuh kemudian. Badannya kini dibalut dengan tuala berwarna biru yang dibelikan oleh ibunya tahun lepas. Dia berjalan keluar dari bilik dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Air kolah tidak berani disentuh. Sejuk katanya. Dia mencapai berus gigi lalu meletakkan ubat gigi di atasnya kemudian dia menggosok giginya.Setelah selesai dia melakukan aktiviti yang sememangnya dilakukan oleh semua orang sebelum mandi itu, dia membuka air pancuran. Walaupun sejuk namun dia hanya menahan kesejukkan itu. Sekurang kurangnya masih tidak sesejuk air kolah. Bagi Rayyan, mandi menggunakan air kolah ibarat menyapukan ais keseluruh badan.

CINTA TERLARANGWhere stories live. Discover now