2

3.2K 268 4
                                    

Naz meminta aku teman dia sampai depan rumah.Takut punya pasal.

"Thanks teman aku sampai sini."

"Ala,apa salahnya teman budak penakut ni kan?"

"Tak payahlah nak membahan aku."

"K la..gerak lu..Apa2 jangan roger aku."

"BAIK punya member!"

..........................................

Sampai sahaja aku di rumah,aku terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

Usai mandi aku merebahkan diri di atas katil.Tanpa sedar aku terlena.Tengah syok aku layan mata,tiba-tiba.............

Tok!Tok!Tok!

Kedengaran seseorang mengetuk tingkap bilik.Dan aku yakin,bukan manusia yang mengetuknya.Ini kerana,bilik aku berada di tingkat dua.Mana ada manusia yang boleh panjat.Kalau pencuri tu lainlah cerita.Aku bangun dan menuju ke tingkap.Seperti yang aku agak,tak ada sesiapa pun.Aku kembali ke katil.Aku pejamkan mata.Macam2 gaya aku buat.Selepas 5 minit percubaan aku untuk melelapkan mata..

"Arghhh!!! Benda ni memanglah!Suka sangat mengacau aku!Sekarang sukalah kau kan?!Aku dah tak boleh tidur!!!!"

Buku di atas rak jatuh dengan sendirinya.

"Aik?Buku pun kau nak main?" Aku baring dan cuba untuk tidur..

Langsir di tingkap bilik aku terbuka dan tertutup dengan sendirinya.Aku dah tak boleh tahan.Akhirnya aku bangun dan turun ke ruang tamu dan buka tv.Selalunya kalau aku tak boleh nak tidur balik,inilah yang aku buat.

Prang!!

Aku dengar macam ada pinggan yang jatuh di dapur.Malas aku nak peri tengok.Biarlah je lah.Mungkin benda tu lapar kot..Tu yang dok masuk dapur tengah2 malam buta ni..Time aku khusyuk melayan cerita Tom & Jerry ni...

Pap!

"Haa..sudahhh..Dah lah kau tak kasi aku tidur!Ni aku nak tengok tv pun kau kacau ke?!Jangan dok main ngan elektriklah woi!"

"Zaf!Kau ni kenapa tak tidur lagi?!" 

Haaa..Tu dia bapak segala setan dah maiiii..

"Dah tidur dah tadi Pak Ngah.Cuma tadi ada 'benda' kejut."

"Kau ni kan!Dah lah menumpang kat rumah aku ni! Lepas tu suka hati kau nak bukak tv sampai lewat malam!Kalau mak bapak kau yang bayar bil elektrik rumah ni tak apa la jugak!"

Nampak?Sebab tu la aku panggil dia 'Bapak segala setan'.

"Kan saya dah kata tadi?saya dah tidur.Tapi ada 'benda' kejut.Tv ni pun saya baru bukak,tiba2 mati.Saya nak tanya Pak Ngah bayar ke tak bil elektrik bulan ni?Manalah tahu elektrik kene potong sebab Pak Ngah lupa nak bayar kan?"

"Oh,kau sindir aku?Apa kau kata tadi?Ada 'benda' kejut?hmm,patutlah mak bapak kau campak kau duduk sini!Anak diorang ni dah gila rupanya!Konon-kononnya boleh nampak hantu,padahal saja buat2 cerita!"

"Ibu ngan ayah hantar saya duduk sini sebab saya gila erk?Kalau macam tu,rumah Pak ngah ni ibarat rumah sakit jiwalah ya?Erm,Pak Ngah ni apa?Katua kepada semua pesakit2 gila dalam rumah ni erk?"Ujarku lalu terus naik ke bilik.Aku masih boleh mendengar orang tua tu membebel di ruang tamu.

Hmm..aku bukan nak biadap.Dulu,aku dah cuba nak berbaik dengan Pak Ngah.Tapi dia tu....haih,aku pun tak tahu nak cakap camne.Susah.Pak ngah tak suka ngan aku sejak Mak ngah meninggal.Dia kata,aku lah punca kematian Mak ngah.Aku ingat lagi,masa tu....

...............

"Mak Ngah,dekat tepi pokok tu ada hantu!"

"Mana ada..Dah la,jangan nak merepek.Mak Ngah nak kait  buah ni."

Semasa Mak Ngah Sedang mengait buah rambutan,hantu yang aku nampak tadi sudah berada di atas pokok rambutan itu.Aku nampak dia sedang ketawa.Apa yang lawak sangat pun aku tak tahu.Dia melompat-lompat di atas pokok itu sehingga dahan pokok itu jatuh di atas kepala Mak Ngah.Mah Ngah terkejut lalu jatuh dan kepalanya terhentak pada batu.Aku meletakkan jari di hidung Mak Ngah.Tiada hembusan nafas.Aku mencari nadi Mak ngah.Juga tiada.

Aku menangis sekuat hati.Selepas kejadian itu,Pak Ngah jadi agak dingin denganku.Aku sudah menceritakan perkara yang sebenarnya terjadi.Tapi tak ada sorang pun yang percaya.

Mak Bapak aku hantar aku duduk dengan Pak ngah kerana mereka dah tak tahan nak jaga aku.Ini kerana,aku selalu beritahu mereka yang aku nampak 'sesuatu'.Mereka rasa rimas dan dalam masa yang sama mereka nak aku berbaik dengan Pak Ngah.

Kenapa diorang susah sangat nak percayakan aku?Diorang kata aku gila?Aku tak gila lah!Diorang ingat aku nak ke deria keenam ni?Tapi dah memang aku dilahirkan macam ni...Nak buat macam mana?


Hijab Si TomboyDonde viven las historias. Descúbrelo ahora