34

2K 163 10
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 tengah malam.And mata aku ni memang dah mengantuk gila!
Aku pandang Rina yang sedang asyik dibuai mimpi.
Weyh!Pahal aku tak boleh tidur nih?!!
Setelah puas memujuk mataku untuk tertidur,aku membuat keputusan untuk keluar dari dalam wad.Bosan kau tau tak duduk dalam nih?

Setelah keluar dari dalam wad Rina,aku bercadang nak balik rumah.Mungkin kalau aku baring kat katil aku..aku boleh tidur.MUNGKINLAH...
Baru sahaja aku keluar dari dalam wad,bahuku ditepuk lembut dari belakang.Aku menoleh.

"Erm,ya?kenapa?"soalku.

"Nak,boleh tunjukkan pak cik jalan ke bilik air?" pinta pak cik itu.

"Boleh.."balas ku.

Aku membawa pak cik itu ke bilik air dan menunggunya di luar.Kenapa aku tunggu?Yalah...orang tua kan?mana tau dia perlukan apa2 bantuan or tak ingat jalan balik bilik dia ke..aku boleh tolong...

Setelah hampir 15 minit aku menunggu di luar toilet.Aku mula hilang sabar.
Ish!Pak cik ni buat apa kat dalam tu lama sangat?!
Dengan selamba,aku masuk ke dalam toilet itu.Yeah..aku masuk toilet lelaki..So what? bukan diorang tau pun aku ni perempuan...

Aku lihat suasana di dalam tandas itu.Sunyi,macam tak ada orang kat dalam ni..

"Pak cik?"panggilku.Sepi.

"Pak cik???"panggilku lagi.Masih sepi.Aku mula mengetuk pintu toilet dan aku dapati tiada sesiapa di dalam.
Aku mula menolak satu persatu pintu di dalam toilet dan pak cik tu tak ada.

Aik???Tak silap aku...pak cik tu memang ada masuk dalam toilet...pahal tak ada?

"Cari siapa??" Aku tersentak...suara siapa plak ni???

Aku memandang sekeliling.Memang tak ada sesiapa kat sini..Tapi,tadi tu suara siapa?

"Cari pak cik ke??" suara itu bergema di segenap ruang tandas lelaki ini.Aku masih cuba mencari dari mana datangnya suara itu.

"Pak cik kat sinilah,nak..."ujar suara itu lagi.Aku masih mencari.Aku memandang ke depan,belakang,bawah...bila aku pandang ke atas...

"Arghhhhhh!!!!!" spontan aku menjerit tatkala melihat pak cik tadi ada di atas siling sambil tersenyum ke arahku.Kau bayangkanlah ada pak cik yang melekat kat siling,betul2 atas kepala kau..Kalau kau kat tempat aku,apa kau rasa?
Mukanya ibarat orang yang baru lepas dibakar dan apabila dia membuka mulut ada titisan darah yang keluar dari dalam mulutnya.And yang paling jijik, darah tu kena tepat kat muka aku..Ya ampunnn,nak termuntah aku bau darah ni weyh!Nasib baik tak masuk dalam mulut aku!

Tanpa berlengah lagi aku pantas berlari keluar dari dalam tandas itu.Sumpah,weyh!Aku menyesal gila masuk dalam tuh!kalau aku tau pak cik tu hantu..memang aku tinggal je dia tadi!

Aku melabuhkan punggung di kerusi yang berada di koridor hospital sambil maraup wajah.Aku sandarkan badan pada kerusi dan tanpaku sedar ada kerusi roda yang berhenti betul2 di hadapanku.Apa aku rasa?Mestilah aku cuak!Koridor ni sunyi kot!Mana datang plak kerusi roda ni?!

Aku memandang  ke sekeliling kawasan koridor ini.Di satu sudut..ada yang sedang memerhati.Aku menelan air liur..

"Akak..." terus meremang bulu romaku apabila mendengar suara seorang budak perempuan..

"Jom main dengan adik nak???"sambung budak itu lagi.Dia yang tadinya berada di satu sudut,kini berada di atas kerusi roda yang berada di hadapanku.Dalam hati aku cuba membaca ayat2 al-quran yang terlintas kat kepala otak aku.

"Cepatlah kak...tolak adik...."ujarnya dengan suara yang aku lembut+seram..entah..aku pun tak tahu nak describe suara budak ni macam mana.Yang aku pasti..aku tak suka dengar suara macam nih!
"Erm...err..." sebenarnya aku nak lari tau..tapi disebabkan aku dah takut tahap gaban..jadi seluruh anggota badan aku macam tak berfungsi.

"Akak....cepatlah tolak..."Aku dah tak tahan...ini tak boleh jadi!Aku kena lari!Sepantas kilat aku berlari meninggalkan budak perempuan tadi.Kau nak main,kau main sorang2 lah!tak pun kau ajaklah pak cik yang dalam toilet tu main dengan kau!Ajak aku buat apa?!!!

Bila aku rasa aku dah cukup jauh dari budak tadi tu,aku berhenti berlari.
Aduh,boleh kurus aku kalau macam nih!Agak2 kau en,berapa berat badan aku dah turun erk?Teruk aku lari nih!

Aku berhenti dan duduk sebentar di kerusi yang kebetulan ada di situ.Penat kot!Huh!
Mataku tiba2 terpandang sesuatu.Setiap perkataan yang tertulis di pintu bilik yang berada di hadapanku itu aku baca dan secara automatik jantung aku berdegup laju.

'BILIK MAYAT'

Ya Allah!!...Apa lagi nih???!!

Aku memerhati barisan kerusi yang ada di sebelahku..Huh,nasib baik takde 'benda'..
Jantungku kembali normal.

Tiba2 telingaku menangkap satu bunyi.
Ini bunyi orang sedang menangis!  Aku memandang ke sebelah iaitu kawasan yang kosong (tak ada kerusi) Ada seorang wanita sedang duduk memeluk lutut di situ.
Dan kali ni,jantung aku rasa macam nak tercabut! Tak,yang aku pelik..Mana pergi orang2 dalam hospital ni?!I mean..mana nurse dengan doktor??Curi tulang ke apa?!!!!

"Tolong saya..."ujar wanita itu dalam tangisan.
Wait,yang kau mintak tolong kat aku kenapa?!!!Pergilah cari orang lain!

3...2.....1...

Cabuttttt!!!!!!!

Lagi sekali aku berlari terus ke lif.Aku nak balik!Aku tak kisah dah pasal Rina tuh!Aku nak balikkk!!!!!
Lambat sangat kalau tunggu lif nih!Aku membuat keputusan untuk turun ke tingkat G dengan menggunakan tangga.Dengan pantas aku turun.Sampai sahaja di tingkat 2,aku perasan seseorang yang memakai serba putih,matanya bulat dan merah memandang ke arahku.Aku buat don't know,macam dia tak ada kat situ.Aku cepatkan langkah.Rasa macam lambat plak nak sampai G ni..Aku memandang papan yang ada di dinding yang menunjukkan aku masih lagi di tingkat 2,'seseorang' itu masih di situ..Aku jadi makin cuak bila ada lagi seekor 'benda' kat sebelah dia..Ok...yang nih memang 'benda' yang PALING aku takut!!!!Badannya berbungkus tapi aku tak perasan muka dia sebab aku tak rela nak tengok!!!HAAAAAA!!!!Ibu!!! Zaf nak balikk!!!

Kelihatan dua 'benda' tu sedang mendekati aku..seorang sedang berjalan dan seorang lagi melompat.Aku menarik nafas panjang dan terus turun dengan membaca beberapa ayat al-quran.Dan syukur alhamdulillah aku berjaya sampai ke tingkat G.Cuma ada beberapa orang sahaja di kawasan hospital..Aku terus naik ke atas motor ku dan pulang ke rumah.Dalam hati aku tak putus2 membaca ayat2 suci al-quran,mengharap segala 'benda' yang aku nampak tadi tak follow aku balik rumah.

....................

Sampai sahaja di rumah aku membuka pintu dengan menggunakan kunci yang aku simpan di bawah alas kaki.Rumah aku gelap..Yalah sekarang dah pukul 3 pagi kut...memang semua dah tidurla..Apabila aku menutup semula pintu.Aku terkejut melihat Mel yang sedang berdiri di belakang pintu.

Ish!Terkejut aku!

"Weyh!Kau ni pahal tak tidur lagi?!Yang kau berdiri kat sini kenapa?!!!"

"Aku tunggu kau baliklah.."

"Ish!Dahlah!Aku nak naik tidur!"

"Zaf?"

"Apa?!"

"Kenapa macam ada darah kat muka kau tu?"

"Tak payah seboklah!" Masuk je aku dalam bilik..benda pertama aku buat ,aku bersihkan segala darah yang ada kat muka aku,aku tukar baju dan aku terus baring atas katil..

Aku dah penat gila...Ni esok memang si Naz tu kena dengan aku!Suka hati dia je suruh aku teman Rina kat hospital!

And sumpah der!Aku tak nak teman sesiapa kat hospital dah!!!!

AKU TAK NAK!!!



Hijab Si TomboyWhere stories live. Discover now