💟 SEBELAS 💟

4.8K 321 48
                                    

"You can call it 'simbiosis mutualisme'! Well.. I think, pernikahan kita ni akan menguntungkan kita. For both side!" Kata Ishq yakin.

"Menguntungkan.. For both side?! Maksudnya..?!" Melina mengerut kening.

"Hmm, macam ni.. Kau jugak yang cakap hari tu kan, umur macam kita ni dah cukup.. Err.. Tua.. Untuk menikah! Well, not that old actually.. Kira dewasa dan layaklah untuk menikah. Sementara papa dan mama kau and now parent aku pun dah berjangkit sama.. I mean, mereka macam dah kemaruk sangat nak suruh kita nikah.." Ishq teguk liur.

Melina pula nampak begitu fokus mendengar kata-kata Ishq.

"So, dari kau kena jodoh-jodoh entah dengan siapa.. Dan aku pulak kena cari orang lain, ada baiknya kalau kita nikah berdua aje! Kalau dengan orang lain, belum lagi dengan nak kenal-kenal, nak bercinta, risik-risik and bla bla bla.. For sure, semua proses tu tak cukup sebulan, dua. Silap-silap nanti, umur dah nak expired baru kita dapat nikah! Betul tak?!"

Melina mencerna kata-kata Ishq satu persatu. Ada logiknya juga teori-teori yang diutarakan lelaki itu. Melina sendiri juga tidak ingin sebarangan menikah dengan mana-mana lelaki, bimbang kalau tersalah pilih dan mendapat lelaki penipu.

At least, jika dengan Ishq, dia tahu lelaki itu dan keluarganya orang baik-baik dan boleh dipercayai.

"Lagipun, kita dan family masing-masing dah kenal lama, kan? Dah tahu plus and minor-nya. Dan yang paling-paling penting, KITA! You and me! Kita memang dah saling menyayangi sebagai sahabat sejati, kan?" Sambung Ishq lagi.

Sebenarnya Ishq sendiri sudah cukup lama memikirkan dan menimbang-nimbang untung dan rugi yang bakal mereka peroleh dari ikatan pernikahan ini. Dan ternyata, lebih banyak untungnya. Dan ruginya pula, langsung tidak dapat dia kesan!

Melina akhirnya mengangguk, mengiyakan teori dan hujah Ishq. "Tapi Ishq, ni bukan nikah kontrak, kan? Bukan kau sewa aku, aku sewa kau, kan? I mean, untuk tempoh-tempoh tertentu..?! Kalau yang macam tu, aku tak nak. Haram, berdosa besar!" Melina mempamerkan riak wajah cuak.

"Hey, of course not! Macamlah aku tak tahu dosa pahala, halal haram! Kau ingat nikah ni macam rumah dan kereta ke? Boleh pakai sewa-sewa?" Ishq menjawab pantas.

Melina tersengih, mengangguk perlahan.

"Lagipun, niat kita ni baik. Nak sempurnakan separuh dari agama. Selain tu, kata Syafik, ia juga untuk tenteramkan jiwa seseorang. At least, setakat ni kita dah memang serasi dan happy bersama, kan? Yes, of course! Kita tetap sahabat sejati, cuma status kita aje dah up ke level yang paling afdhal. Halalan toyyiban!" Kata Ishq berkobar-kobar, menambahkan keyakinan.

Melina angguk lagi. "Okey, okey! Dah, dah.. Tak payah panjang-panjangkan ceritalah! Yes, I agreed! Totally agreed! So, kita nak bercinta dulu ke macamana ni?!" Dia menggaru kepala.

"Ahh.. Nak bercinta buat apa lagi? Buang masa dan menambah dosa ajelah!" Ishq mengerut kening.

"Yelah, yelah, Ishq! Alimnya kau sekarang, ya?! Berjangkit dengan 'ustaz' Syafik, ehh?!" Melina ketawa lucu.

"Balik ni, kita bagitahu parent masing-masing yang kita nak nikah terus. Nak tak?!"

"Nak!!" Sahut Melina, agak teruja.

"Nanti lagi dua, tiga hari aku ke rumah kau dengan mommy dan daddy, bincang-bincang apa yang patut. Okey?!"

"Okey, beres! Hmm... Ishq, aku nak order satu lagi mihun sup, boleh?!" Melina mempamerkan senyum manis, membuat Ishq menjulingkan mata ke atas.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now