CHAPTER 16 | CITA-CITA AIDEN*

5.7K 581 9
                                    

Cahaya mentari menerjah masuk melalui jendela kayu. Aroma bunga pula memenuhi ruang pernafasan. Perlahan-lahan aku bangun sambil menguap. Keadaan sekeliling aku perhatikan seketika. Aku kini berada di dalam sebuah bilik mewah. Ukiran bunga dan serigala menghiasi dinding batu. Manakala, beranda pula menghala ke kawasan tengah Pekan Arastosa. Belakang kepala digosok perlahan.

Aku berada dalam istana Imperial Wolf. Siapa yang bawakan aku ke sini?

King Vlademir?

Tanpa membuang masa, aku melompat turun dari katil empuk. Dikala aku mahu melangkah keluar dari bilik, pandanganku tertacap pada sebilah pedang silver yang diletak di atas meja kayu. Langkahku terhenti.

Sekeping kertas yang terselit di bilah pedang tersebut, aku gapai perlahan. Isinya aku baca sepintas lalu.

'Pedang silver ni hadiah dari aku, Aiden.. Aku harap kau sukakannya.'

-Vlademir-

Aku mengukirkan senyuman. Kertas tersebut diletak kembali ke atas meja. Pedang silver tadi, aku ambil dan perhatikan seketika. Bilahnya bersinar dipanah cahaya mentari. Aku terkesima sejenak.

Pedang pemberian King Vlademir ni bukan pedang sebarangan. Rekaannya mengagumkan. Segala ukirannya dibuat dengan penuh ketelitian. Bilahnya pula dari silver, manakala pemegangnya dari gangsa. This is masterpiece. Aku rasa ini pedang gred A. Vlademir belikan untuk aku?

Seriously?

Seusai mandi dan bersiap, aku berjalan menuruni anak tangga batu. Suasana di dewan makan terasa sunyi sepi. Jaket kulit dikemaskan dengan sebelah tangan, kemudian aku melangkah masuk dengan gaya bersahaja.

Lirikan mataku tertacap pada lelaki berambut kelabu di meja makan. Dia asyik menghirup teh sambil membaca buku berkulit tebal. Aku mengambil makanan yang terhidang di atas meja, kemudian berjalan mendekati dia.

"Ah, Aiden. Kau dah bangun."

King Vlademir menegur apabila aku duduk berhadapan dengannya. Aku hanya mengangguk sebagai balasan teguran. Vlademir menuang teh panas ke dalam cawan, kemudian disuakan kepadaku.

"Kau yang bawa aku ke sini, Vlad?"

Aku menyoal lalu menghirup teh panas. King Vlademir tersenyum. Buku tebalnya diletakkan ke atas meja.

"Aku nampak kau tertidur kat bawah pokok, Aiden...Takkan aku nak biarkan kau macam tu saja?"

"Ermmm. Thanks."

"My pleasure. Makanlah, kau mesti lapar."

Aku mengangguk. Ketulan daging rebus disuap ke dalam mulut. King Vlademir menongkat dagu sambil memerhati aku makan. Sekali-sekala, aku menjeling dia.

"Errr. Kau tak makan, Vlad?"

"Aku dah makan tadi."

"Hurmm, ok."

Aku kembali makan. King Vlademir terus menerus memerhati aku dari tadi. Suasana mulai terasa janggal. Senyuman manis langsung tidak pudar dari bibirnya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu, Vlad? Ada apa-apa tak kena?"

Aku menyoal setelah tidak tahan diperhatikan sebegitu rupa. King Vlademir tersengih. Rambut coklatku, dia usap lembut.

"Wajah kau tak tumpah macam Lycans, Aiden. Tapi, bila aku perhatikan lama-lama, aku boleh nampak bayangan imej Loralyn. Hahah."

"Apa benda kau merepek, Vlad?"

"Haha, abaikan jelah. So? Macam mana? Kau sukakannya?"

"Suka apa?"

"Pedang yang aku bagi tu. Kau boleh terima?"

Aku mengangguk pantas. King Vlademir menyandar pada kerusi kayu. Riak muka berpuas hati terpapar jelas di wajahnya.

"Aku harap, kau boleh jadi sehebat Lycans, Aiden."

"Sehebat Lycans? No, i'm gonna be better!"

"I hope so."

"Darah dia milik aku, Vlad. Itu tekad aku sekarang."

King Vlademir menghela nafas lemah, kemudian tersenyum kelat. Aku kembali menyuap daging ke dalam mulut. Suasana di dalam dewan makan kembali sepi tanpa suara kami berdua.

"Macam aku cakapkan, kau persis Lycans. Cara kau berdendam juga sama, haih."

"Believe me, Vlad. Aku akan bunuh dia, dengan tangan aku sendiri."

"Yeah, i believe in you. Just train hard, alright?"

"Of course!"

MEMOIR | AIDEN & EILYA [✔️]Where stories live. Discover now