서름여덟

662 106 62
                                        

Mode: not found

Ketiga-tiga namja yang menjadi tempat melepaskan kemarahan Jun itu diam tidak bercakap. Ketiga-tiga mereka berjalan dibarisan belakang manakala lapan yang lain berada di barisan depan.

Ketiga mereka yang masih tidak berpuas hati mengumpat-ngumpat dibelakang. Sesekali mereka membaling batu kecil ke arah Jun. Apabila Jun berpaling mereka beetiga akan memandang ke bawah. Buat-buat tak tahu lah katakan.

"Nanti siap lah Dino.. Dia sorang lagi tak kena" Vernon yang tidak berpuas hati itu berkata perlahan. Hanya mereka bertiga sahaja yang mendengarnya. Yang lain didepan sibuk berbual tanpa diketahui topiknya.

"Kalau Dino datang nanti.. Kita cekik-cekik dia" seungkwan berkata sambil membuat demo dengan mencekik Dk ditepinya.

" cekik ke nak patah kan tulang aku ni?  Kau ingat aku apa?  Ayam kfc? "  Dk menampar muka Seungkwan perlahan kemudian tersengih dan menggosok perutnya yang tiba-tiba berbunyi.

"wehh diam lah!! " Jun yang berada betul-betul dihadapan mereia berkata. Serentak mereka bertiga berpaling. Yang lain sudah terdiam hanya mereka bertiga yang bercakap.

"Ermm kenapa ni hyung? " walaupun masih tidak puas hati Dk bertanya.

Wonwoo yang berada disebelah The8 menunjukkan jalan didepan. Mereka bertiga pun memerhati jalan didepan yang tadi terlindung oleh badan member Svt.

Jalan tersebut memang jalan ke gerbang bercahaya. Mereka semua sudah tahu tentang gerbang tersebut kerana Jun sudah bercerita panjang lebar tadi. Tapi itu bukan lah masalahnya.

Masalahnya sekarang. Jalan sempit yang berpokok-pokok serta semak-samun dibirai-birai jalan itu nampak lebih seram. Apatah lagi terdapat kain-kain putih yang diikat didahan pokok berterbangan mengikut angin dingin malam. Hanya pencahayaan oleh Bulan tetapi mereka mampu melihat dengan jelas keadaan sekeliling yang dipenuhi kain putih.

"Ok apa pulak ni? " S.coups berkata. Kelihatan satu objek panjang berwarna putih tergolek-golek ngeri diatas jalan.

Mereka menghela nafas dahulu sebelum melangkah kedepan. Tangan mereka semua dipegang erat walaupun tidak cukup dua orang. Bayang-bayang milik Woozi dan Dino tidak sesekali pun kelihatan.

"Pelik masa aku lalu tadi tak ada pulak semua benda ni" Jun berbisik kepada The8.

"Firast aku buruk lah weh" The8 membalas bisikan Jun itu.

Baru separuh jalan tiba-tiba langkah mereka semua terhenti. Dua susuk yang terbaring lemah ditambah dengan darah-darah yang mengalir berjaya menghentikan degupan jantung mereka.

"D-dino? " Jeonghan yang sudah terlebih terkejut berjalan mendekati

"Woo-woozi? "  Jeonghan terduduk disamping badan Woozi yang tidak bergerak. Air matanya hampir sahaja mengalir namun satu tangan tiba-tiba memegang tangannya.

"Jeonghan hy-hyung?" Jeonghan memandang empunya tangan tadi dengan tatapan sedih. Senyuman si maknae yang nampak ceria tidak dapat mengembirakan hatinya.

Yang lain mula mendekat dan terduduk disamping mereka berdua. Woozi sudah ditidurkan kepalanya diatas riba Hoshi manakala Dino diatas S.coups.

[C]Diary: The Kid [Season 4]Where stories live. Discover now