KATA-KATA Tan Sri Ahmad siang tadi membuatkan bibir Fahmi tidak henti dari terus tersenyum. Dia gembira Tan Sri Ahmad merestui cintanya untuk Naina. Tiba-tiba senyuman yang tadi terukir dibibirnya, hilang. Jika Naina tahu pasal hal ini pasti dia tidak akan bersetuju dengan ayahnya.
Fahmi kenal Naina siapa. Naina, sekali dia cakap kawan, kawanlah untuk selamanya. Nampaknya, Fahmi tidak akan berjaya menawan hati Naina walaupun Tan Sri Ahmad telah memberi izin untuk dia menawan hati Naina.
Fahmi bangun dari pembaringannya. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja lampu disisi katil, dicapai. Dia membuka skrin kunci telefonnya lalu dia menekan-nekan nombor telefon Naina sebelum nombor itu didail.
“Hello.” sapa suara itu tidak bermaya.
“Hello. Are you okay?” tanya Fahmi risau.
“Okey. Cuma sakit kepala nak cari ilham yang fresh untuk lakaran yang akan dibentangkan nanti. How's my dad? Is he okay?”
Fahmi tidak menjawab terus pertanyaan Naina. Selalunya bila Naina bertanyakan khabar ayahnya, cepat saja Fahmi menjawab. Namun, hari ini Fahmi tidak pasti sama ada keadaan paru-paru Tan Sri Ahmad masih dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.
Sejak Tan Sri Ahmad disahkan menghidap kanser paru-paru tiga tahun lepas, dia melarang Fahmi sama sekali untuk memberitahu Naina pasal berita ini. Kanser yang dihidapi oleh Tan Sri Ahmad, menjadi rahsia di antara dia, Tan Sri Ahmad sendiri dan juga Dr. Riduan. Dia tidak mahu Naina risau, itu alasan Tan Sri Ahmad bila Fahmi memaksa dia untuk membuka mulut pada Naina. Tapi Naina perlu tahu keadaan ayah memandangkan dia waris tunggal lelaki itu.
“He's...fine, alhamdulillah.”
“And you?”
“Sama. Aku okey. Cuma aku rindukan kau lebih banyak hari ni.” ujar Fahmi separuh berseloroh dan separuh serius.
Naina gelak kuat dihujung talian. “Merepek.” katanya.
“Normal apa kalau kita rindukan sahabat kita. Kenapa? Kau tak rindukan aku ke?”
“Tak. Aku ada banyak benda nak buat sampai lupa cara nak rindu orang, except my dad.” ketawa Naina berdekek-dekek.
“Yalah. Siapalah aku, kan.” kata Fahmi berjauh hati.
“Kau kan Fahmi. Kau lupa nama kau sendiri ke?” ujar Naina berseloroh.
Fahmi hanya tersenyum tawar dihujung talian.
“Naina, you know what. Siang tadi, ayah kau ada panggil aku masuk ke dalam pejabat dia. You know he said what?” Fahmi saja nak Naina suspen dengan apa yang bakal dia katakan nanti.
“What?” tanya Naina serius.
“Dia cakap dekat aku, dia bagi kebenaran untuk aku tawan hati kau. Dia cakap lagi, aku dapat restu dia.”
“Huh!? Merepeklah ayah tu. Fahmi, you know me right. Aku dengan kau tak akan bertukar status. Kau dan aku akan bersahabat selamanya. Plus, aku dah anggap kau macam abang aku. Tak lebih. Kau pun sama kan?”
“No. Kau tahu aku ada perasaan pada kau, Naina. Kau saja buat-buat tak tahu.”
“Fahmi, I really don't like this topic.” keluh Naina. Topik ini boleh membuatkan hubungan persahabatan mereka jadi goyah. Naina tak mahu itu terjadi.
Memang dia sayangkan Fahmi. Tapi sayang dia pada Fahmi hanya seperti seorang sahabat kepada sahabatnya dan juga seperti sayang seorang adik kepada abangnya. Sayang dia terhadap Fahmi bukan sayang untuk seorang kekasih.
“Apa yang aku tak elok pada mata kau, Naina?”
“Fahmi, look. I love you, okay. Aku sayangkan kau cuma bukan sayang sebagai seorang kekasih. Dahlah, Mie. Aku chaw dululah. Please take care of my dad for me.” pesan Naina sebelum dia menamatkan panggilan telefon.
Fahmi membawa telefon bimbitnya jauh dari telinganya. Dia sudah jelas akan hakikat itu tetapi dia masih juga inginkan kepastian. Naina masih tetap dengan pendiriannya. Dia masih enggan menerima Fahmi lebih dari seorang sahabat.
‘Tapi kau tak boleh paksa aku untuk lupakan perasaan aku terhadap kau Naina. Aku akan tetap sayang kau walaupun pengakhiran kita takkan berubah.’ desis hati kecil Fahmi.
♡•♡•♡
EZMIR memarkirkan kereta Maserati miliknya di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk dirinya di dalam kawasan Villa Cassandra. Enjin kereta sudah dimatikan tetapi dia masih belum turun dari kereta. Jam tangan Rolex yang dipakai dipergelangan tangan kirinya dipandang sekilas. Baru pukul 5.30 petang.
Dia membuka tiga butang teratas kemeja hitam yang dipakainya. Kedua lengan panjang kemeja itu dilipat hingga ke paras siku. Dia mengambil jaket suit berwarna maroon dibangku penumpang sebelah sebelum dia menolak pintu kereta di sebelahnya.
Ezmir mengorak langkah ke arah pintu utama Villa Cassandra. Bunyi lonceng ditekan beberapa kali sebelum wajah cantik Lisa tersembul di depan matanya.
Lisa senyum lebar. Dia memeluk tubuh tinggi lampai milik Ezmir seketika.
“I miss you, lil bro.” ucap Lisa ketika dia melepaskan Ezmir dari pelukannya.
Ezmir menjegilkan matanya. “Yalah tu.”
“I serius la.” ujar Lisa tak mahu beralah. Memang betul apa dia rindukan adiknya itu.
“Mana Ara dan Luna?” tanya Ezmir bila dia tidak melihat sesiapa di ruang tamu besar Villa Cassandra. Ruang itu kosong.
“Danny bawa dorang ke supermarket kejap. Ara nak makan aiskrim tapi stok aiskrim dah habis.” beritahu Lisa.
Ezmir mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Pergilah naik rehat ke mandi ke. Nanti dinner dah siap I panggil you turun,” arah Lisa lembut.
Ezmir berlalu tanpa sebarang kata. Meninggalkan Lisa sendirian di ambang pintu utama sebelum kakinya memanjat anak-anak tangga naik ke biliknya. Lisa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Adiknya itu walaupun sentiasa tampil kemas pada mata masyarakat tapi pada mata Lisa dia boleh nampak kekusutan adiknya itu.
Bukan senang dia nak panggil Ezmir pulang ke Villa Cassandra. Lebih-lebih lagi bila Ezmir telah membeli sebuah kondominium di The Pearl berdekatan dengan pusat membeli belah Pavillion Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas. Susah untuk dia meluangkan masa bersama Ezmir sekarang. Adiknya itu terlalu sibuk menguruskan perniagaan yang arwah papa mereka tinggalkan.
Ezmir terlalu berkerja keras untuk memajukan ES Empire sampai dia langsung tiada masa untuk mencari suri hatinya sendiri. Lisa bukan apa, dia tak nak Ezmir igaukan isteri orang. Vanessa sudah bergelar isteri kepada Steve hampir sembilan tahun tapi adiknya itu masih perlukan masa untuk melupakan Vanessa sepenuhnya memandangkan Vanessa adalah cinta pertama Ezmir.
Lisa mendengus pelahan. Dia sudah terlalu lama berdiri di ambang pintu. Kelibat Ezmir juga sudah tidak kelihatan di tangga grand itu. Lisa menutup pintu utama sebelum melangkah masuk ke dalam dapur.
Hari ini Lisa akan membantu Mak Teja dan Mak Senah untuk memasak. Sambil-sambil itu bolehlah dia belajar sekali. Bukan senang tau, pereka fesyen seperti dia masuk ke dalam dapur. Ini pun dah kira bernasib baik dah ni. Dalam hati, Lisa tergelak besar.
_______
Beza tak the new version dengan the old version ? The new ver. lebih details berbanding dengan yang old . The new ver saya buat Ezmir jatuh cinta pada Naina siap-siap .
Tapi macam mana Ezmir jatuh cinta kena tunggu la kan 😄😄 ? Stay tuned and keep reading .
Vote . Comments . Follow me .
* Thank You 🙏🙏 *

YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )
Romance☆ Jika benar cinta,.. Kenapa harus ada dusta ? ★ START : 10 JUN 2017