USAI sahaja mereka menikmati makan malam, Danny dan Ezmir terus bergerak masuk ke ruang tamu bersama Tiara dan Luna. Mereka membiarkan Lisa membersihkan meja makan seorang diri dan dibantu oleh Mak Teja juga Mak Senah.
Ezmir melabuhkan punggungnya di sofa kulit berangkai dua berwarna kelabu sambil menarik Luna yang baru berusia setahun dua bulan duduk dipangkuannya. Sementara Tiara pula sudah melabuhkan punggungnya disisi Ezmir.
Danny tergelak kecil melihat anak-anak perempuannya suka bertempek di badan pakcik mereka.
“They must miss you that much, Ezmir.” kata Danny lalu duduk di atas sofa bertentangan dengan Ezmir. Kedudukan mereka hanya terpisah dengan meja kopi yang berada di antara mereka.
Ezmir senyum lalu memandang Tiara di sebelahnya. “Rindu uncle tak?” tanyanya sambil memeluk bahu kecil milik Tiara.
Tiara yang innocent menganggukkan kepalanya laju. “Rindu. Ara dan Luna rindu uncle banyakkkkk...” jawab Tiara petah. Walaupun Tiara baru berusia 4 tahun namun kanak-kanak comel itu sudah petah berbicara.
Ezmir tersenyum gembira mendengar jawapan dari mulut comel Tiara. Dia pun sebenarnya rindukan anak saudaranya ini cuma dia tidak dapat berbuat demikian memandangkan jadual kerjanya agak ketat.
“How are you?” tanya Danny kepada Ezmir.
Ezmir mengalihkan pandangannya dari Tiara kepada Danny. Wajah pure Spanish milik Danny ditatapnya dalam. Sebenarnya, ketika Lisa membawa Danny bertemu dengannya sepuluh tahun lepas Ezmir langsung tidak yakin Danny akan membahagiakan kakaknya seperti sekarang ini.
Banyak benda yang bermain difikirannya bila dia dapat tahu bakal suami kakaknya pure foreign. Lain agama dan berbeza budaya pula tu. Tapi Ezmir tak mampu kata apa memandangkan arwah papa dan mama mereka sudah merestui hubungan mereka ketika itu.
Melihat kesungguhan Danny dalam mempelajari ilmu agama Islam, hati Ezmir mula terbuka untuk menerima Danny sebagai abang iparnya. Beberapa tahun selepas itu barulah Lisa dan Danny diijabkabulkan dengan berwalikan dia. Hasil perkahwinan mereka selama enam tahun ini, mereka telah dikurniakan dua orang putri yang comel iaitu Tiara dan Luna.
“I'm fine.”
“Macam mana dengan ES Empire? Doing well?”
“Very well. Lusa I akan terbang ke Seattle untuk melawat projek dekat sana. Selepas itu, mungkin I akan ke Australia pula.” ujar Ezmir.
“Nak terbang lagi?” lantang Lisa bersuara dari arah belakang Ezmir. Dia mendekati keluarga kecilnya di ruang tamu dengan tangannya mengangkat dulang berisi teko dan beberapa cawan kecil lalu diletakkannya di atas meja kopi sebelum mengambil tempat disisi Danny.
“Yalah. You lupa ke adik you ni busy man.”
“Mengalahkan pilot. Pilot pun ada juga cuti. You ni asyik kerja aje. Tak penat ke Ezmir Syah?”
“Pilot makan gaji, I tak. I, kalau tak sibukkan diri tak adalah income masuk. Betul tak, Danny?”
Danny mengangguk pantas. “Betul. Kerja macam kita orang ni tak sama macam kerja you tau, sayang. Kerja you, pelanggan yang cari you. Kerja kita orang ni, kita oranglah yang terpaksa ke hulur ke hilir nak propose projek tau.”
Lisa mengecilkan matanya memandang Danny di sebelahnya. “Amboi! Kalau dah abang dan adik ipar ni berjumpa, macam nilah jadinya.” kata Lisa lalu memandang Ezmir di hadapannya.
“I bukan apa Ezmir Syah. You tu dah 32 tahun, dah tua. Bila you nak bagi I adik ipar ni? I nak juga ada orang backup I kalau korang buli I.” ujar Lisa mencetuskan gelak tawa Ezmir dan Danny. Luna dan Tiara yang masih tidak mengerti topik perbualan mereka hanya memandang hairan.
“Oh, jadi you nak suruh I kahwin sebab you nak ada orang backup you la!? Baik tak payah.” kata Ezmir dengan nada tawa yang masih bersisa.
“Dia muda lagi la, sayang. Baru 32 tahun. Aik, tak masuk 32 tahun lagi pun, kan.” ujar Danny sambil mengangkat keningnya pada Ezmir.
“Baru 32 tahun? Tak masuk 32 tahun lagi? Sayang, you kahwin dengan I dulu pun umur you baru 30 tahun. Ezmir ni dah terlajak. Nanti kang dah kerepot, baru terhegeh-hegeh nak cari isteri.”
“Jangan risaulah, Lisa. Kalau I jumpa gadis yang I berkenan, I terus bawa dia jumpa you. Okey?”
Lisa menjeling. Hanya itu sajalah yang Ezmir katakan setiap kali dia nak menghentikan perbualan tentang calon isterinya. Janji kosong.
“You kena kahwin before you turn thirty three. Do you understand?”
“I understand tapi I tak janji. So, I must say insyaAllah. Bak kata Danny, I 32 tahun pun tak sampai lagi.” ujar Ezmir menambahkan lagi ketidakpuashatian di dalam hati kakaknya.
Ezmir hanya tersenyum melihat kedutan di dahi Lisa. Dia tahu Lisa tidak suka dengan jawapannya. Tapi dia tidak peduli. Soal kahwin mana boleh dibuat main, Lisa oii!
♡•♡•♡
LAWATAN selama dua hari Ezmir ke Seattle untuk melawat tapak projek sekaligus melihat perkembangan projek yang dikendalikan oleh syarikat mereka ternyata tidak sia-sia. Projek kendalikan syarikat ES Empire itu sudah siap hampir enam puluh peratus.
Ezmir berasa puas hati dengan perkembangan projek itu walaupun dia jarang turun padang untuk memastikan projek itu berjalan dengan lancar. Dia tidak menyesal melantik Firman sebagai ketua projek tersebut. Lelaki itu melakukan tugasnya dengan baik walaupun tanpa pengawasan Ezmir.
Selepas tugasnya selesai di Seattle, dia terus terbang ke Australia. Ezmir agak kelam kabut menguruskan jadualnya sendiri memandangkan Rania tidak dapat ikut bersamanya. Dia dapat tahu ibu setiausahanya itu sakit dan memerlukan anaknya disisi, jadi Ezmir mengambil keputusan untuk ke Seattle dan Australia seorang diri.
Setiba di bilik hotelnya, Ezmir terus menghempaskan tubuhnya di atas katil empuk itu. Sakit segala sendinya akibat terlalu lama duduk di dalam pesawat. Dia perlukan tenaga untuk bertemu dengan klien pada keesokan harinya. Dia hendak pejamkan matanya namun badannya yang melekit melarang dia berbuat demikian.
Walaupun penat dan mengantuk, Ezmir gagahkan juga diri bangun dari katil. Dia mencapai beg pakaian yang di lemparkannya di atas sofa tadi sebelum dia mengeluarkan tuala. Tidak sampai lima minit, dia terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya.
Di dalam bilik air, dia hanya membersihkan tubuhnya ala kadar. Selepas sepuluh minit, dia keluar dengan hanya tuala melilit di pinggangnya. Dia menuju ke arah katil, hendak bersiap-siap untuk menemui mimpi indahnya. Dia membaringkan tubuhnya di atas tilam dan tidur dengan tuala masih berlilit di pinggangnya.
______
Hit the star if you think this chapter deserve the votes from you . Please comments something motivate me or something positive . Don't forget to follow me 😉😉 .
* THANK YOU 🙏🙏 *

YOU ARE READING
Bukan Untuk Dicintai ( NEW VERSION )
Romance☆ Jika benar cinta,.. Kenapa harus ada dusta ? ★ START : 10 JUN 2017