11 - I really miss you

272 39 0
                                    

"Apa maksud nuna dengan berbincang?" tanya Soonyoung. Dia sudah hilang sabar. Dia terus meluru ke arah Seokmin.

Dia memandang ke arah gadis itu. Gadis itu kelihatan terkejut dengan kehadiran Soonyoung di situ.

"Oh. Soonyoung hyung. Olenmanida (lama tak jumpa) " kata Seokmin.

Memang sudah lama mereka tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa ialah ketika di sekolah tinggi.

Soonyoung memandang ke arah Seokmin dengan pandangan yang tajam. Ia membuatkan Seokmin menelan liur. Seram melihat pandangan Soonyoung.

Soonyoung memandang ke arah gadis itu. Sudah berbulan-bulan dia mencari gadis itu. Dia sangat merindukan gadis itu.

"Kenapa awak buat macam ni pada saya?" tanya Soonyoung. Dia memandang ke dalam mata gadis itu. "Saya cari awak merata-rata,"

"Soonyoung-ah. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni," kata Jiyeon.

"Diam! Saya ada hal dengan yeoja ni," kata Soonyoung.

Jiyeon terkaku. Dia dah tak tahu macam mana nak buat dah.

Soonyoung memandang ke arah gadis itu.

Aku sangat merindui kau

Soonyoung mahu memeluk gadis itu tetapi separuh dari dirinya mahu bertanya tentang banyak perkara kepada gadis itu.

Tiba-tiba, gadis itu tersenyum.

"Awak salah orang ni," kata gadis itu. Suara itu. Bertapa Soonyoung merindukan suara itu. "Saya bukan Choi Yuju,"

Don't Wanna Cry [svt hoshi malay fanfic]Where stories live. Discover now