2

3.7K 116 1
                                    

"belajar elok-elok, ril." cakap pemandu bas daripada dalam. hairil cuma mengangkat tangannya tanpa memandang pemandu bas itu. 'klise' bisik hati hairil.

bila kaki dia melangkah melepasi pagar, tiba-tiba sahaja pengawas perempuan memanggilnya.

"tunggu dulu!" hairil mengeluh sebelum dia memusing menghadap pengawas itu.

"kau nak ap.." kata-kata hairil mati apabila melihat pengawas tersebut. 'juliana.' detik hatinya.

juliana. nama secantik rupa. dengan rupa yang cantik, putih, rambut kerinting halus, memang jadi pujaan budak lelaki stanum. termasuk hairil iskandar. bonus dia adalah penolong ketua pengawas.

hairil cepat2 mengawal air mukanya. "nak apa?" tanya dia.

"awak tak masukkan baju dalam seluar dan tak pakai tali leher serta tanda nama." balas juliana dengan suara yang tegas. "nama."

"hairil iskandar." juliana mengangguk dan menulis sesuatu di dalam buku. hairil pulak sibuk termenung sambil melihat gadis kesukaannya di depan mata.

"dengar tak saya cakap apa?" tegur juliana.

"ha.. ya aku dengar." balas hairil malas. "gi masuk kelas"

"WEH, pagi ni subjek apa?" tanya ainun.

"ermm.. jap. pagi ni subjek.. bm." balas marianne.

"alahhh.. bm ke. mengantuklah." rungut ainun. tangannya lambat2 menganbil pencil box dan buku bahasa melayu.

"alah kau ni. macam tak biasa je tidur dalam kelas cikgu ammar. aku pun tak taulah macam mana kau boleh tidur dalam kelas dia. cikgu tu sikit punya handsome doh. aku sanggup tahan mengantuk bhai." kata marianne penuh teruja bila terbayang wajah cikgu ammar.

"tu kau bukan aku. kau kasi aku sape artis korea tu? park.. park.. park seo jun? ha.. park seo jun tu pun, kalau cara dia mengajar tu bosan aku tidur jugak." balas ainun. "tapi kalau johnny depp ke, leonardo dicaprio ke, aku letak batang mancis kat mata aku kasi jangan tidur." sambungnya sambil tersengih-sengih.

marianne cuma menggeleng. "tak menyudah kau punya johnny depp tu." katanya.

"alah kau ni marianne. macam tak biasa je dengan perempuan ni. biarkan jelah dia hidup dalam mimpi dia ni." celah wahida. ainun cuma mencebik.

"eleh. nak marahlah tu orang kutuk johnny depp dia." kata marianne.

"alah debab ni. janganlah marah2. nanti tak comel. johnny depp tak suka nanti." sambung wahida sambil mencubit kedua belah pipi ainun dengan kuat.

"sakitlah! sakit sakit sakit!" ronta ainun. wahida melepaskannya dengan kuat. ainun menggosok-gosok pipinya yang sedikit kebas. "sakit tau." rungutnya.

"alah bab. janganlah nangis eh." kata wahida sambil menggosok pipi ainun. sikit pun ainun tak ambik hati bila wahida dengan marianne memanggilnya debab. daripada form 4 marianne dan wahida asyik panggil ainun debab. sampai satu kelas pun kadang2 panggil ainun debab.

mereka pun bergerak ke bilik seminar untuk kelas bahasa melayu.

setibanya mereka di bilik seminar, mereka lihat ada banyak kasut tersusun.

"eh pahal banyak kasut ni?" tanya ainun. "hei muaz. kau ni biar betul bilik seminar. banyak kasut ni." tanya ainun kepada muaz, ketua kelas 5 jupiter.

"betullah. cikgu ammar kata kat sini. jap eh aku tengok." balas muaz sambil menuju ke pintu yang tertutup. budak kelas 5 jupiter sudah bising di luar bilik seminar.

"masuk masuk. betul cikgu ammar dalam ni." arah muaz kepada budak kelas 5 jupiter.

sebaik sahaja ainun masuk bilik seminar, terkejut dia tengok ada pelajar form 6 duduk enam barisan daripada belakang. semuanya lelaki. ada yang tidur, ada yang berbual, dan ada juga yang mata gatal tengok budak perempuan kelas 5 jupiter atas bawah.

lagi ainun terkejut apabila dia perasan ada hairil di hujung tempat duduk sebelah dinding. ainun sedaya upaya mahukan tempat bahagian hadapan. tetapi tidak berhasil.

dia duduk juga di bahagian belakang. hujung tepi dinding di hadapan hairil iskandar. wahida dan marianne pula asyik kena kacau dengan budak lelaki belakang mereka. kadang2 rambut mereka ditarik sedikit.

"OK KELAS. sila hantar kerja yang saya bagi MINGGU LEPAS." kata cikgu ammar.

"ha? hantar?" tanya ainun terkejut. "ya ainun. hantar. saya bagi dari minggu lepas. asyik mintak tangguh je. hantar sekarang." balas cikgu ammar

"alah! tapi cikgu.. ermm. hantar hari jumaat ni boleh cikgu? alah. jumaat ada bm cikgu." kata ainun sambil tersengih. cikgu ammar memusingkan matanya sambil menghembuskan nafas berat.

"takde. sebelum balik HARI INI. muktamad sebab saya rasa kerja tu sikit je." tegas cikgu ammar.

"baik cikgu." balas ainun lemah.

"by the way kelas, malam ni ada tuisyen bm ya. pukul 8. jangan ponteng." pesanan cikgu ammar membuatkan semua pelajar 5 jupiter mengeluh.

ainun membebel sorang2. mukanya berkerut. hairil memandang sahaja ainun.

'comel jugak budak chubby ni.' bisik hati hairil.

Kupujuk HatimuWhere stories live. Discover now