Fang,kau pun sama

1.2K 88 9
                                    

Hari itu semua pecahan gempa masih lagi di hospital. Di kedai Tok aba, fang yang baru sampai ke situ dan di sapa mesra oleh Tok aba.

Tok aba: Awal kami sampai fang. Selalunya Gopal yang sampai dulu ni kamu. Kamu nak order apa?

Fang: Oh...... Saya nak order special ice chocolate satu tok aba. Dan mana boboiboy bukan patut dia dah sampai ke semalam.

Tok aba: Hai........ ni ceritanya. Ni apa yang dicakap taufan lah. Masa diaorang dalam perjalanan ke sini dengan keretapi. Keretapi itu Jadi tak terkawal dan menyebabkan perlanggaran berlaku. Gempa tercampak keluar dari tingkap keretapi sebab di tarik angin dan menyebabkan dia kena duduk kat hospital. Satu lagi taufan cakap yang gempa hilang separuh daripada ingatan dia.

Fang: Hilang separuh dari ingatan dia. Nah Tok aba duit bye.

Tok aba: Oi..... Kamu nak pergi mana.

Fang: Pergi hospital jumpa gempa!

Jawab fang dari jauh. Dia pun menggunakan kuasa sampai di bandar. Lampu isyarat untuk pejalan kaki menjadi merah. Jadi dia pun berhenti. Bila lampu itu hijau fang pun jalan dengan biasa. Dia tak boleh gunakan kuasanya sebab jalan tu sesak dengan orang Jadi dia tak nak melanggar sesiapa. Dalam perjalanan ke seberang jalan ada sebuah lori yang hilang kawalan menuju ke arah semua orang-orang yang sedang ke seberang jalan termasuk fang. Fang dapat melindungi semua orang yang belum sempat seberang jalan tetapi tidak dirinya. Fang di langgar separuh badan dengan Lori itu. Walaupun separuh badan tetapi dia masih lagi tercampak jauh. Lori tu pergi macam tu sahaja selepas melanggar fang. Semua orang berlari ke arah fang. Ada seorang lelaki menelefon ambulance. Ambulance itu sampai dan dengan cepat membawa fang ke hospital yang sama dengan gempa. Sampai sahaja di sana, fang dimasukkan ke wad kecemasan selepas itu dia terus dipindahkan ke wad biasa pula dan wad itu di sebelah wad gempa. Hali, taufan, blaze dan ice keluar untuk beli makan di kantin hospital dan meninggal kan thron dan solar untuk menjaga gempa. Mereka pun lalu dihadapan bilik fang. Tiba-tiba bilik itu keluar suara orang menjerit. Orang tu ialah fang.

Fang: Lepaskan aku lah. Aku nak abang aku! Abang tolong adik!

Doktor: Nurse, ambil ubat suntikan.

Nurse: Baik.

Nurse tu pun membuka pintu untuk keluar dari bilik itu. Bila dia keluar dia nampak hali dan yang lain di depan pintu tu.

Nurse: Adik, adik nak apa?

Hali: Siapa nama orang yang dalam bilik tu?

Nurse: Oh..... nama dia fang. Kenapa.

Taufan: Boleh kami tengok dia tak. Atau mungkin kami boleh tolong tenangkan dia.

Nurse: Sila lah.

Mereka berempat pun masuk ke dalam bilik itu. Doktor itu pun menegur mereka.

Doktor: Kamu semua ni kawan dia ke?

Blaze: Ha ah. Kami kawan dia.

Doktor: Boleh tolong tenangkan dia tak?

Ice: Boleh.

Hali: Ice, blaze Korang pegang kaki dia. Taufan pegang tangan dia. Biar aku cuba tenangkan dia.

Mereka pun buat apa yang hali suruh dan fang pun makin kuat menjerit apabila badan dia dipegang mereka bertiga.

Fang: Lepaskan aku lah tak guna. Aku nak abang aku je. Siapa korang hah!

Mereka berempat terkejut mendengar apa yang fang kata. Mereka tak sangka yang fang pun hilang ingatan macam gempa.

Hali: K-kitaorang ni kawan kau. Kau Jangan risau. Tak ada sesiapa yang akan sakitkan kau. Aku dah call abang kau. Nanti dia datang bawak sekali donat lobak merah kau.

Fang: Janji.

Hali: Aku janji.

Fang pun sudah mula tenang semula. Doktor itu berterima Kasih kepada hali dan yang lain kerana tolong mereka. Mungkin Ini kali pertama doktor itu tidak dapat mengawal pesakitnya. Hali taufan blaze dan ice pun keluar dari bilik itu selepas fang sudah di tidurkan. Selepas keluar, hali terus menelefon kaizo untuk memberitahu tentang keadaan fang.

Hali: Hello abang kaizo.

Kaizo: Ya. Kau nak apa?

Hali: Boleh abang kaizo datang sini tak?

Kaizo: Kenapa pulak.

Hali: Fang. Dia masuk hospital. Dia hilang ingatan. Dia hanya ingat abang seorang je. Abang tolonglah datang.

Kaizo: Macam mana dia boleh masuk hospital!

Hali: Mana kitaorang tahu dan abang tolonglah jangan jerit abang datang je sendiri. Dan jangan lupa bawak donat lobak merah sekali. Dia nak.

Hali terus letak telefon dia. Geram pulak rasanya bila cakap dengan kaizo. Kenapa hanya gempa je yang boleh cakap elok-elok dengan kaizo pun dia tak tahu macam mana.

Selepas mereka membeli makanan di kantin hospital mereka terus ke bilik gempa. Sampai sahaja mereka lihat yang gempa, thron solar sedang gelak ketawa entah apa yang lawak pun mereka tak tahu.

Hali: Apa yang lawak sangat ni?

Gempa: Tak ada apa-apa lah.

Taufan: Korang nak tahu tak siapa yang ada dalam bilik sebelah?

G,T,S: Siapa?

Hali: Fang.

Gempa: Fang? H- hali....... saya nak jumpa dia.

Hali: Mana boleh. Kau kena rehat lagi.

Gempa: Bolehlah.......................

Hali: Hai...... Yelah-yelah.

Hali dan thron pun menolong gempa bangun dari katil. Mereka semua pun pergi ke bilik sebelah itu berjumpa fang. Hali pun membuka pintu bilik fang dan mereka lihat yang fang dan pun bangun dari tidurnya.

Hali: Kitaorang masuk ya.

Fang: Masuklah.

Thron: Kau ada ingat apa-apa tak.

Fang: Ada.

Ice: Apa dia.

Fang: Sebelum aku ke sini, aku pergi kedai Tok aba lepastu dia kata ada orang kat hospital Jadi aku pun pergi sini tapi aku kena langgar dengan Lori.

Hali: Kau ingat tak nama orang yang kau nak jumpa tu?

Fang: G-gempa.

Gempa: Ya saya.

Gempa terus memandang fang yang duduk di atas katil di sebelahnya. Fang pun memandang semula ke arah gempa. Fang pun tersenyum lalu menarik gempa dan memeluknya. Gempa terkejut tapi dia tak pun menolak dari dipeluk fang. Tidak pula dengan pecahan gempa. Pelbagai reaksik seperti hali dan ice ternganga mulut , taufan dan blaze menahan ketawa dan solar dan thron pula menahan geram kerana melihat gempa dipeluk oleh alien yang pakai cermin mata. Fang masih lagi memeluk gempa.

Fang: Baguslah kau tak cedera teruk.

Fang melepaskan pelukannya dengan gempa.

Gempa: Kalau awak ingat siapa saya maksudnya awak ingat jugak mereka lah kan?

Fang: Entahlah. Tapi siapa hali?

Hali: *angkat tangan*

Fang: Tu je aku ingat.

Taufan: Kau cuba lagi ingat. Tapi yang penting kau ingat abang kau.

Fang: Cakap pasal abang mana abang aku?

Tiba-tiba pintu diketuk. Dia pun masuk ke dalam bilik itu dan semua memandang nya langsung terdiam. Selepas itu mereka pun berkata.

Semua kcl G: Itu, Itu.................

Tamat jugak chapter ini. Tolong tunggu chapter seterusnya disambung. TOLONG VOTE AND COMMENTS. GEMPA-CHAN CHAOI.

Who are youWhere stories live. Discover now