3 | lee daehwi

968 133 3
                                    

"Eo? Miss crybaby?"

Haeun memandang suara itu. Tak percaya telinganya ketika tiba-tiba dipanggil miss crybaby. Rerkejut Haeun melihat Jinyoung disebelahnya. "Heol.. Sunbae pun datang lewat?" Katanya begitu terkejut.

"Hehe.. saya tidur lambat semalam." Jinyoung menggaru tengkuknya. "Tapi Haeun-ssi pun lambat kenapa?" Sambung lelaki itu lagi. "Unnie tak kejutkan saya pagi tadi." Terang Haeun berserta dengan cebikkan manjanya. Tiba-tiba Jinyoung tertawa.

"Wae? Saya takde buat lawak pun?" Haeun menoleh kiri dan kanan mencari lawak apa yang Jinyoung tertawakan. "Tak.. awak ni comellah. Semalam nangis, hari ni cebik. Macam budak kecil, tahu?" Pujian Jinyoung menyebabkan pipi Haeun merona merah.

"Amboi, amboi.. sweetnya dua celaka ni. Cepat masuk dan terima hukuman." Seorang pengawas menegur mereka berdua. "Lek lah. Lambat mana pun, kitorang masuk kelas jugak." Jawab Jinyoung selamba. "Eh, jangan nak macam-macam. Sini masuk!" Pengawas itu mula menengking.

"Bisinglah!" Kata Haeun lalu sengaja melanggar bahu ketika ingin memasuki sekolah. Haeun duduk melutut bersama pelajar-pelajar yang lain yang juga datang lambat. Tangannya diangkat keatas.

"Siapa yang dah lebih dua kali datang lambat?" guru bertugas bertanya dengan rotan sebagai 'teman'nya. Semua pelajar kekal mengangkat tangan kerana itulah hukuman mereka. "APA NI?! Semua dah lebih dua kali?!" guru itu menjerti kemarahan.

"Gila, dah semua terima hukuman, semua angkat tanganlah." Haeun mengumam sendiri, memaki guru itu di bawah nafasnya. "Siapa yang cakap tu?" tak sangka pula guru itu terdengar makiannya. Cikgu itu mendekati Haeun. "Awak ke?" Haeun menahan nafas, tidak mampu untuk meluahkan kata-kata.

"Saya! Saya yang maki cikgu!" seseorang menutup kesalahan Haeun dan mengaku bahawa dia yang telah berbuat salah. Semua pelajar yang berada di situ memandang pelajar itu. "Daehwi?" Haeun terkejut melihat Daehwi yang telah mengaku kesalahannya. Daehwi yang dia kenal, terlalu penakut sehinggakan tidak pernah melangkah masuk ke dalam rumah hantu. Tetapi hari ni boleh dia mengaku kesalahan yang bukan dia buat? Sudahlah guru disiplin yang paling garang sedang bertugas.

"Oh, jadi awak tinggal sini! Yang lain boleh bersurai." Begitu sahaja Haeun dan yang lain-lain dilepaskan. Hanya tinggal sahaja bersama cikgu tadi. "Haish, aku harap kau hidup lagilah."

+-+-+

"Yah, kenapa kau buat macam tu?" Terus Haeun berjumpa dengan Daehwi setelah dia memasuki kelas. "Untuk kawan, apa salahnya kan?" Daehwi mengekalkan senyumannya yang dari tadi tidak menghilang. "Apa cikgu tu buat kat kau? Sakit tak?" tanya Haeun kerisauan. Dia bukan tak kenal dengan Lee Daehwi tu. Sekali dicubit manja pun menangis. Apatah lagi dirotan atau disuruh membuat tekan tubi sebanyak 50 kali.

"Tak ada pape pun. Dia bagi ceramah je." Daehwi menjawab ringkas. "Aigoo~ bagusnya dapat kawan macam kau ni." Haeun mengusap lembut belakang Daehwi.

Meanwhile...

"Lee Daehwi? Siapa tu? Apa hubungan dia dengan Haeun?"

I'm sorry but, last update before hiatus :(

[🌹] haunted house °jinyoungDonde viven las historias. Descúbrelo ahora