Prolog

28.5K 533 7
                                    

FIRYAL HANINAA...

DIA bahagia dengan kehidupannya. Tiada ruang dalam sekeping hatinya perlu di isi kerana semuanya dipenuhi dengan urusan sehariannya. Tapi Tuhan itu Maha Mengetahui tentang segala apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Permintaan Datin Zulaikha menjadi titik tolak permulaan kisah biasa-biasa seperti Firyal Haninaa Fariduddin menjadi luar biasa. Kisahnya menjadi garapan kehidupan yang tidak pernah dia impikan selama ini.

'Alam perkahwinan...'

"Macam mana aku nak kahwin Wa? Aku lebih senang hidup dengan dunia aku sendiri," Firyal Haninaa.

"Sedangkan Allah Taala tahu takdir yang bagaimana dia tuliskan untuk kau Fir..." Yuhaira Wardah.

Lamunan Firyal berkecai. Tiada juga Firyal yang tiada angan-angan. Firyal yang kini adalah penuh dengan angan-angan wanita biasa. Ingin berumah tangga yang subur dengan kebahagiaan yang sakinah dan mawardah.

'Inilah perjalanan hidupku, Allah yang letakkan aku di sini. Semua perancangan Allah. Aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya. Dan aku terima Qada dan Qadar diriku. Sesunggunya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya. Terima kasih Allah kerana mengasihku,"

"Aku sumpah tak tahu yang depan aku ni Firyal ke tidak! Sumpah lawa weii!" suara Wardah begitu bergema dalam biliknya yang sudah dihiasi dengan tema berwarna putih baldu.

Firyal langsung tak terusik dengan usikan kawanya. Dia runsing memikirkan sesuatu. Sesuatu yang bakal merubah statusnya kepada isteri seorang bakal pewaris utama Tenku Group.

Tidak sanggup!

"Kau jangan nak fikir terjun tingkap ke apa Fir! Aku ikat kaki tangan kau sat lagi kang!" bebel Wardah saat melihat Firyal hanya terdiam dengan usikannya.

Firyal senyum sekilas. "Taklah..." ujarnya menggeleng kecil.

'Wahai Tengku Fahd Idlan, suamiku, pelindungku, rujukanku, jiwa dan ragaku. Kau pimpinlah aku ke jannah..."

etTU�TX!�-l

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now