BAB 14

12.4K 407 6
                                    

ORANG kata, mana ada sesuatu itu berlaku tanpa bersebab. Kesakitan, buat kita kuat. Pengalaman, buat kita hebat. Ujian, buat kita tabah dan, Kesedihan, buat kita lebih gagah. Firyal pejam mata dan berkata dalam hati.

'Inilah perjalanan hidupku, Allah yang letakkan aku di sini. Semua perancangan Allah. Aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya. Dan aku terima Qada dan Qadar diriku. Sesunggunya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya. Terima kasih Allah kerana mengasihku,"

"Aku sumpah tak tahu yang depan aku ni Firyal ke tidak! Sumpah lawa weii!" suara Wardah begitu bergema dalam biliknya yang sudah dihiasi dengan tema berwarna putih baldu.

Firyal langsung tak terusik dengan usikan kawanya. Dia runsing memikirkan sesuatu. Sesuatu yang bakal merubah statusnya kepada isteri seorang bakal pewaris utama Tengku Group.

Tidak sanggup!

"Kau jangan nak fikir terjun tingkap ke apa Fir! Aku ikat kaki tangan kau sat lagi kang!" bebel Wardah saat melihat Firyal hanya terdiam dengan usikannya.

Firyal senyum sekilas. "Taklah..." ujarnya menggeleng kecil.

"Puan Firyal Haninaa. Tinggal lagi tak berapa minit kau nak jadi bini orang wehh. Aduhai, aku jelah bujang terlajak tak ada orang nak..." gurau Wardah dengan sengaja suara yang dibuat sedih.

Firyal ketawa. Wardah betul-betul menceriakan hatinya.

"Kau mana boleh kahwin. Kau kan partner in crime aku. Kawan nombor satu aku. " ujar Firyal.

"Halahh, sampai ke tualah aku yang putih mata tengok kau beranak cucu! Dulu bukan main lagi nak jodohkan anak aku dengan anak kau!" membebel terus mulut becok itu.

Firyal ketawa geli hati. Entahlah siapalah yang berkenan dengan mulut becok kawannya ini.

"Mai lekas. Pengantin lelaki dah ada dekat bawah tu." sampuk Mak Andam dari muka pintu.

Firyal toleh ke arah Wardah meminta kekuatan.

"Jom. Kau boleh hadapinya Fir. Ini dah masanya..." ujar Wardah sambil memimpin tangan Firyal.

FIRYAL begitu cantik dengan baju kurung melayu yang sarat dengan manik dan labuci yang berkiluan, berselendang chiffon di atas kepalanya. Tapi hatinya tidak begitu cantik untuk menerimanya sepenuh hati.

Tangan Wardah digengam erat sebelum kakinya mula melangkah menuruni tangga. Wardah senyum memberi kekuatan.

Saat itu semua mata terpandangkn bakal pengantin yang persis bidadari turun ke bumi itu. Tengku Fahd juga sebenarnanya ikut terpana. Dia akui Firyal begitu cantik orangnya apatah lagi bertudung menyerlahkan lagi kecantikan yang dianugerahkan kepadanya

Firyal duduk bersimpuh di singgahsana khas untuknya manakala Tengku Fahd sudah pun bersedia untuk berjabat tangan dengan Tok Kadi berwalikan adik Firyal, Iyad Hadif yang baru sahaja sampai semalam dari Australia.

Tok kadi memulakan majlis akad dengan membaca khutbah nikah. Tengku Fahd kusyuk mendengar, tapi Firyal tidak. Langsung terus melayang fikirannya entah ke benua mana.

Firyal sedar saja bila upacara akad nikah dimulakan. "Aku terima nikahnya Firyal Haninaa binti Fariddudin dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai..."

Dengan sekali lafaz taklik, akhirnya berlalulah zaman bujang Firyal yang bertukar status isteri kepada Tengku Fahd Idlan bin Tengku Al-Bashir. Selesai semuanya, Tengku Fahd bangkit mahu bersolat sunat selepas nikah.

Bahagian paling mendebarkan hati Firyal adalah penyerahan mas kahwin dan pembatalan air sembayang. Sebutir cincin yang bertahtakan dengan berlian berukuran 5.77mm-o.75 ct dan diapit dengan puluhan berlian kecil di kiri dan kanannya disarungkan ke jari manis Firyal.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now