BAB 7

10.7K 367 1
                                    

FIRYAL terpaksa mengenakan topeng muka pada keesokan paginya untuk menutup wajahnya dari sinaran mentari dan pandangan pelik orang-orang terhadap wajah beruam merahnya. Dia juga turut memakai topi di kepala.

Wajahnya kosong tidak dikenakan sebarang mekap ataupun solekan nipis untuk mengelakan jangkitan pada kulitnya. Sebijik payung berwarna hitam juga turut menjadi peneman pada hari itu.

"Nasib kaulah Firyal, siapa suruh cuai sangat?" bebelnya pada diri sendiri.

"Fir?" Datin Zulaikha yang sedang bersiap untuk keluar berkerja itu menegur kelibat anaknya yang sedang menuruni tangga.

"Hai ma, hari ni Fir nak tumpang pergi kedai boleh," ujar Firyal seraya menghampiri mamanya.

"Whats wrong with you face kali ni?" soal Datin Zulaikha sambil menilik wajah ankanya.

"Biasalah, tak boleh cuai sikit..." jawab Firyal.

"Jangan careless sangat..." risau bunyi mamanya.

"And where is Lemon?" sampai mamanya turun memanggil Citreon papa dengan nama Lemon. Ini semua Wardah punya pasal lah ni.

"Semalam, dah lewat sangat sebab jumpa Doktor Mun dulu. So Fir suruh Wawa bawak balik Lemon," terang bibir yang merah menyala itu. Turut terkesan dengan alahan.

"Okay, Fir tak nak sarapan dulu?"

"Tak apalah, Fir makan dekat kedai. Takut mama lewat pula..." ujarnya.

"No, you pergi makan sikit. Mama tunggu dalam kereta..." Datin Zulaikha mencapai beg bimbitnya, blazer hitam dan beg kerjanya kemudian berlalu ke pintu.

Firyal pula menurut ke ruang makan untuk mengalas perut.

LANGKAH Firyal sudah seperti seorang artis saja lagaknya. Berpayung. Bertopi. Berkaca mata hitam, topeng muka bagai. Dia juga mengenakan blaus labuh berwana putih seperti biasa separa lutut dan tanpa potongan badan.

"Ni retis mai dari ceruk mana pulak ni?" sakat Wardah yang baru sahaja keluar stor belakang.

"Ciss!" Firyal menjeling.

The Han's library and bookstore hari ini kelihatan lenggang mungkin disebabkan faktor hari bersekolah dan juga bekerja agaknya.

"Muka kau dah okay ke?" Wardah merenung dahi Firyal yang masih terang berbintik merah.

"Lagi teruk." Cebik bibir.

"Sabarlah... ujian untuk kau tu. Sakit ke?" rasa mahu picit saja tompok-tompok merah didahi Firyal.

"Sakit gak. Gatal-gatal..." Firyal tolak ke bawah topeng mukanya untuk menunjukkan pipinya yang memerah seperti terlebih pemerah pipi itu.

"Kau patut rehat tak payah datang kerja wehh, teruk sangat ni..." bebelan terus diberi.

Firyal menggeleng. "Kalau duk rumah, lagilah aku tak senang duduk. Ashik rasa nak sental aje muka ni dekat berus periuk, tahu?"

"Kau ni melawak pulak," terus meletus ketawa Wardah.

"Tapikan aku serius ni, kau patutnya rehat..." Wardah sambung semula topik rehat.

Firyal buat tak dengar. Buku-buku yang tidak beberapa kemas susunannya itu dikemaskan.

"Kau dengar tak Fir?" marah Wardah.

"Dengar..."

Sunyi. Wardah pandang saja Firyal yang sibuk mengemas buku.

Tertulis Di Tangan TakdirWhere stories live. Discover now