Chap 3

6.9K 144 1
                                    

“Kau?!!” Vell menjerit kuat sambil matanya bulat besar melihat kearah Austin.

“Wait! Kau kenal si cantik ni?” Jack melihat Austin.

“Dia ni la yang aku cakap sama kau tu..” Austin

“Ms Robinhood?!” Jack. Austin anggukkan kepalanya

“Well..well..well..kecil juga tempat ni ar...” Jack geleng kepala.

“Hrmm..kamu tinggal sini?” Austin serius tengok Vell dan Vera.

“Ya..kami tinggal sini. Kau kah Tuan tanah yang mau halau kami? Patut pun muka penjahat! Muka orang tidak ada perikemanusiaan!!” Vell terus melemparkan marahnya.

“Oppps! Nanti dulu! Bukan dia...” Jack

“Argg! Inilah tuah tanah tu kan! Berhati busuk! Kalau saya tau saya kasih biar tu anjing hutan makan kau tu hari! Biar kau mati! Tidak menyusahkan orang!! tengok muka kau pun saya mau muntah!! buek! Buek! Buek!” Vell terus menghampur kata-kata kesatnya.

Austin diam. Dia menatap wajah Vell dengan serius. Gadis itu menundukkan kepalanya rasa segan di perhatikan oleh Austin.

“Kami tiada tempat tinggal lain lagi selain sini..kalau kami kena halau mana kami mau tinggal?” Vera sebak.

“Tolong jangan nangis mak cik! Kami bukan orang jahat..kami cuma sampaikan pesan saja ni..” Jack bingung. Austin masih bertenang.

“Bro! Say something!” Jack menyiku lengan Austin yang asyik mendiamkan diri dari tadi.

“Bila kami perlu kosongkan tempat ni?” Vell memandang Austin.

“Hari ini!” Austin.

“Baiklah..” Vell.

“Vell..mana kita mau pigi?” Vera.

“Mana-mana saja mami..kita tidak boleh ambil tempat orang jahat macam dia ni!..lambat laun kita memang kena pergi juga dari sini. ” Vell mengusap lembut tangan Vera.

Austin merenung wajah Vell. Gadis itu membuang mukanya. Dia tidak selesa direnung oleh Austin.

“Baiklah,kalau tiada apa-apa kami pergi dulu...” Austin terus memakai kaca matanya dan pergi meninggalkan kawasan itu. Jack mengekori langkah Austin. Rasa kasihan melihat dua beranak itu.

Austin terus memecut kenderaan 4x4  menuruni bukit meninggalkan kawasan. Vell dan Vera saling berpelukkan.

“Vell,mana kita mau pigi ni?” Vera.

“Mana-mana saja mami. Dont worry ok.. bukan kita saja,semua penduduk di sini.pun kena halau jugakan. Kita pun sudah terlalu lama di sini. Dari dulu juga kita tau ni tempat bukan tanah kita. Saya sudah agak hal macam ni akan jadi...” Vell.

Vera memandang Vell.

“Jadi kau ada plan ka ni?” Vera. Vell geleng.

“Belum. Tapi mami jangan risaulah..saya tahu juga apa mau buat..sekarang ni mami uruskan dulu pakaian-pakaian kita. Saya keluar sekejap..” Vell.

“Kau mau pigi mana?” Vera.

“Suatu tempat..” Vell.

“Bah..jangan lama-lama...petang sudah ni..” Vera.

“Ya..” Vell.

Vell terus berjalan meninggalkan Vera. Vera cepat-cepat naik keatas sulap. Dia mula mencari beg lama untuk masukkan pakaian mereka dua beranak. Vera mengesat air matanya yang jatuh perlahan. Rasa sedih dan sebak memikirkan nasib mereka.

Vera melihat gambar mendiang suaminya yang sentiasa bersamanya. Rasa sedih yang teramat sangat memikirkan kehidupan mereka.

Dear Petrus..sejak kau tiada hidup kami bertambah susah..bolehkah saya cakap sama Tuhan yang saya tidak bersedia kehilangan kau? Anak gadis kita Vallentina hidup tidak seperti gadis lain..ya..dia tidak cakap apa yang ada dalam hati dia..tapi saya sebagai ibu,saya tahu dia sedih..syukur pada Tuhan dia tidak perna mengeluh kerana kemiskitan kita malah dia sentiasa bersyukur..kami perlu pergi dari tempat ni..saya kesiankan Vallentina..dia tidak patut dapat hidup yang macam ni...

Vera bercakap sendirian.

*****
Vell berjalan di tepi sungai. Dia memarhatikan kawasan sungai yang sunyi dan mendamaikan itu. Dia akan kesana setiap kali dia sedih atau berada didalam tekanan yang tidak tertahankan lagi. Berita yang baru sahaja dia dapat tadi benar-benar baut dia rasa bingung. Tetapi dia tidak boleh menunjukkan di depan ibunya,Vera. Dia tidak mahu Vera bertambah susah hati sehingga menjejaskan kesihatannya.

Apa perlu saya buat sekarang ni? Mana saya mau bawa mami? Sedangkan mami pun tidak sihat. Kami tiada tempat berteduh lagi...Tuhan..apa perlu saya buat sekarang ni? Tolonglah Tuhan...

Tanpa sedar air matanya jatuh membasahi pipinya. Sejak kematian bapanya,dia sudah mengagak hal ini akan berlaku. Cuma dia tidak sangka hari itu datang dengan pantas. Vell duduk di tepi sungai sambil termenung.

Apa yang dia fikirkan sekarang ini hanyalah keadaan Vera. Kalau sahaja Vera sihat,sudah pasti dia akan pergi lebih awal membawa Vera meninggalkan sulap atas bukit itu. Dia bercadang mahu ke bandar mencari kerja. Tetapi sekarang dia langsung tidak mempunyai modal. Semua simpanannya habis digunakan untuk membeli ubat Vera.

Tuhan..kenapa kami dipilih untuk ujian ini? Kami tidak kuat.... Vell mengesat air matanya.

“Kenapa kau nangis di sini?”

Vell terus berpaling melihat lelaki yang menegurnya.

“Jack?!” Vell berdiri dengan cepat. Jack senyum.

“Relax! Jangan takut..saya nda makan orang..” Jack. Vell terus mengelap mukanya dengan tapak tangan.

“Kau nangis?” Jack.

“Ndala..” Vell.

“Janganlah tipu..aku tau kau sedih sebab kena halau kan..” Jack.

“Nampak sangat kah saya sedih?” Vell.

“Ya. Ketara sangat-sangat..!” Jack.

“Mesti mami saya perasan saya sedih..” Vell mengeluh.

“Mana bapa kau?” Jack.

“Lama sudah meninggal. Tinggal kami dua beranak saja..” Vell duduk kembali. Jack turut serta duduk di sebelah Vell.

“Kesian kamu...” Jack.

“Kami sudah biasa..” Vell.

“Kau mau aku tolong?” Jack. Vell memandang Jack.

“Tolong?” Vell.

******
Austin memandang Jack dengan muka yang serius. Permintaan Jack kali ini benar-benar dia tidak sangka.

“Kenapa aku perlu tolong Ms Robinhood yang sombong dan bongkak tu?” Austin.

“Sebab kau kan baik hati..suka tolong orang..” Jack.

“Aku tolong orang yang baik. Bukan perempuan sombong macam dia tu!” Austin.

“Dia bukan sombong. Dia jadi garang macam tu sebab dia tidak mahu orang buli dia..” Jack.

“Termasuk perangkap aku di hutan? Dia kena buli atau aku yang kena buli?” Austin.

“Pasal hal di hutan tu dia cakap perangkap tu untuk pemburu...” Jack.

“Nda kisahlah apa alasan dia. Tiada sebab aku mau tolong orang sombong macam tu!” Austin.

“Bro..kau saja boleh tolong dia ni..tiada orang lain..” Jack.

“I said no!” Austin meninggikan suaranya. Jack terpaksa akur. Dia berlalu keluar dari banglo Austin dengan wajah sedih. Dia sudah berjanji dengan Vell untuk membantu dua beranak itu.

Tetapi dia gagal meminta bantuan Austin. Ketika itu hanya Austin yang dapat membantu mereka. Kerana Austin sahaja yang boleh berunding dengan Tuan Harold.

Red RomanceWhere stories live. Discover now