Chap 17

3.7K 102 2
                                    

Vell buka matanya. Austin masih lagi tidur. Vell senyum lagi,dia tidak tahu bagaimana untuk gambarkan perasannnya ketika itu. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Sepertinya baru kemarin dia bertemu dengan Austin.

Hari ini dia terjaga dengan Austin di tepinya sebagai suami.  Jemarinya bermain di atas dada Austin yang bidang.  Kulit tubuh mereka bersentuhan tanpa lapis. Vell teringatkan kisah romantis malam pertama mereka.

Kali pertama dia kehilangan dara dengan seorang lelaki yang pada awalnay sangat dia benci. Lelaki yang sangat bijak membuat dia marah dan benci. Kini lelaki itulah yang menjadi pelindung hatinya.

“Apa yang kau tenung tu?” Austin.

“Ah! Kau sudah bangun?” Vell.

“Urmm..tadi lagi aku bangun..” Austin.

Austin tarik lebih ketat lagi. Dia memeluk erat wanita itu. ya..wanita. Vell bukan lagi gadis. Dia sudah jadi wanita dan isteri kepada Austin.

“Baby..get ready lah..kita punyai flight jam10 lebih tu..” Austin.

“Ok...” Vell.

“Ok what?” Austin.

“Ok..oklah...” Vell.

“Urmm..!!” Austin

“Ok Honey..” Vell.

“Ingat pun...” Austin kiss dahi Vell.

Vell bangun dan terus masuk ke dalam bathroom. Dia perlu lekas bersiap.

******
Tuan Herold tiba di banglo Austin kira-kira jam 1 tengahari. Dia sudah merancang segalanya. Dia tahu Austin sudah pun pergi ke Beijing. Kali ini,tidak ada sesiapa pun boleh menghalang dia untuk mendapatkan Vell.

“Maaf Tuan..Puan Jaaziel sudah pun ikut Tuan Jaaziel pergi Beijing..” Winnie.

“Puan Jaaziel?” Tuan Herold angkat kening.

“Ya..maaf saya lupa maklumkan pada Tuan. Kemarin mereka sudah pun mendaftar perkawinan. Dan majlis mereka pula akan di buat pada 12 June akan datang. Jadi Cik Vell dengan rasminya sudah menjadi Puan Jaaziel..” Winnie.

“Apa?! Daftar kawin?! Kenapa Austin tidak cakap dengan aku kemarin?!!!' Tuan Herold.

“Maafkan saya Tuan. Saya tidak tahu..” Winnie sengih. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia bencikan lelaki tua itu.

Tanpa berkata apa Tuan Herold terus berlalu meninggalkan banglo Austin. Winnie dan maid lain saling berpandangan. Mereka tahu niat Tuan Herold.

Jack sudah pun membawa Vera ke tempat adiknya. Keadaan kesihatan Vera tidak mengizinkan dia untuk menyertai anak dan menantunya.

“Mel,please take care or Madam Vera..” Jack.

“Oh please! Just Vera..” Vera. Mel dan Jack ketawa.

“Al right Vera..from now on you safe here..” Mellisa.

“Thank you my dear...and you too Jack..” Vera.

“Pasal Vell, aunt jangan risau. Austin ada sama dia. Lagipun ada Eddie dan Abby. Jadi kawalan ketat..nda perlu risau..” Jack.

“Saya harap semuanya akan baik-baik saja Jack. Bila saya tengok muka Tuan Herold tu betul-betullah buat saya geram dan sakit hati! Mudah-mudahan Tuhan balas perbuatan jahat dia!” Vera.

“Ya aunt. Jangan risau. Sebenarnya kami semua memang ada plan mau jatuhkan Tuan Herold dari dulu lagi. Kami cuma nantikan arahan dari Austin.” Jack.

“Kenapa Austin tidak bertindak?” Vera.

“Austin masih hormatkan Tuan Herold. Sebab dia banyak berhutang budi dengan Tuan Herold. Selama ni yang menghalang usaha kami adalah Austin. Kami tidak boleh bertindak sendiri tanpa arahan Austin Saya harap Vell dapat ubah fikiran Austin..” Jack.

“Kita berdoa saja..percayakan Austin..” Mellisa. Mereka dua angguk.

Ketika ini mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana Austin masih belum memberikan arahan. Jack dan yang lain-lain juga berharap agar Austin mengubah fikirannya.

Tuan Herold telah banyak melakukan kejahatan. Sudah ramai yang berpaling tadah dan berdiri di belakang Austin dalam beberapa tahun ini tanpa di sedari oleh Tuan Herold.

Namun Austin masih belum bersedia untuk menyerang Tuan Herold. Walauapapun lelaki tua itu banyak membantu dirinya.

*******
Tuan Herold menghampas meja. Rasa marah di hatinya membuak-buak. Dia tetap tidak berpuas hati selagi tidak mendapatkan apa yang dia mahu. Dia mahukan Vell menjadi koleksi simpanannnya.

Apa yang benar-benar buat dia tidak sangka adalah Austin. Austin dengan beraninya menentang arahan dia demi wanita itu.

“Kau memang manusia tidak kenang budi! Segala apa yang sudah aku bagi sama kau ini balasan kau sama aku?! Memang kau cari mati!” Tuan Herold.

Lelaki tua itu kemudiannya mendail nombor seseorang.

“Damien, Kau di mana?” Tuan Herold.

“Di luar. Ada kerja. Kenapa?” Damien.

“Lepas selesai kerja kau,kau datang jumpa aku!” Tuan Herold.

“Bah.” Damien.

Talian di matikan.

Tuan Herold memandang keluar jendela. Dia teringat kembali peristiwa beberapa tahun dahulu. Ketika dia baru sahaja melantik Austin sebagai orang kuat kanannya. Pada ketika itu ramai orang menentang termasuk rakan-rakan kongsinya.

“Kau sudah fikir panjang kah?” Hong.

“Perkara ni aku sudah fikirkan dari dahulu lagi. Sejak kali pertama budak tu selamatkan aku dulu.” Tuan Herold.

“Tapi nda kanlah hanya kerana jasa dia yang tidak seberapa tu aku mau kasih dia kuasa?! Lama-lama budak tu akan pijak kepala kau!” Hong.

“Aku yakin dan aku percayakan dia. Dia adalah orang yang paling setia dengan aku! Hong! Kau ingat lagi ketika tempat kau di serang dulu? Dan ketika kau berada di ambang kematian? Masa tu Austin yang datang selamatkan kau! Kau lupa?!” Tuan Herold.

Hong diam.

“Dan kau Anita! Kau masih ingat lagi kau hampir di rogol oleh musuh kita! Siapa yang datang selamatkan kau?!” Tuan Herold memandang Anita. Satu-satunya wanita di dalam kumpulan mereka.

“antara kita berlima,mana yang Austin tidak perna tolong? Dia gadaikan nyawa dia untuk kita! Kawasan jajahan kita siapa yang besarkan? Kalau bukan dia?!” Tuan Herold.

“Kemewahan yang kita ada hari ini? Kumpulan kita jadi kuat siapa yang buat? Semua orang-orang kita tunduk dan akur dengan Austin! Apa salahnya kalau aku bagi dia kuasa penuh?!” Tuan Herold.

“Herold! Kau sedarkah kau sedang piara harimau dalam kumpulan kita?!” Ali.

“Apa kau cakap ni Ali? Kau takut? Siapa bantu kau bangunkan bisnes kau yang mau lingkup tu? Austin kan?!” Tuan Herold.

“Aku nda kira. Ini keputusan aku! Mulai sekarang aku akan bagi kuasa penuh pada Austin! Dia bukan lagi orang suruhan kita! Tapi dia kepala dan sebahagian dari kita berlima!” Tuan Herold.

Tuan Herold mematikan lamunannya di situ. Perbuatan Austin berkaitan Vell bukanlah satu masalah besar. Tetapi apa yang dia bimbangkan,Austin sudah mulai menentang arahannya.

Jika di biarkan mungkin Austin akan menyusahkan dia di masa akan datang. Dia perlu lakukan sesuatu demi pertahankan kedudukkannya. Dia dapat rasakan Austin bukan lagi Austin yang dahulu. Anak muda itu lebih banyak menjauhkan dari kegiatan-kegiatan mereka sejak beberapa bulan ini.

Di tambah dengan kehadiaran Vell,keadaan semakin jelas menunjukkan perubahan pada Austin.

“Bukan senang kau mau lepas dari aku Austin! Setelah apa yang sudah kau dapat selama ni,kau jangan fikir mau buat sesuatu di belakang aku! Kalau aku perlu bunuh kau,aku akan bunuh!” Tuan Herold bercakap sendirian. Tuan Herold menggenggam tangannya penuh dendam.

Red RomanceWhere stories live. Discover now