21 - What Is This Feeling?

2.2K 246 19
                                    

Eunyoo pov.

Setiap hari aku akan menemani Arin berlatih sehingga aku sendiri sudah menghafal lagu tersebut.

Hari ini, merangkap hari di mana festival sekolah diadakan.

Memandangkan Arin dan yang lain sedang sibuk menyiapkan diri untuk persembahan pembukaan festival ini nanti, jadi aku sekarang berjalan seorang diri di gerai yang ada di sini.

Bosanlah ....

"Noona!" Panggil Seungkwan dari jauh sambil melambaikan tangannya ke arahku.

Aku hanya tersenyum melihatnya berlari anak mendekatiku. "Kenapa?"

"Noona seorang diri je ke? Mana namchin noona?" Seungkwan tergelak halus.

Mataku tajam menjeling ke arah adik lelakiku ini. Dan, ada seseorang bersamanya.

"Siapa ni?" Soalku kepada Seungkwan kerana aku tidak pernah melihat kawan Seungkwan yang berwajah seperti ini.

"Oh, ini kawan Seungkwan. Nama dia Vernon."

"Ohh, dia orang luar negara ke?" Soalku.

"Half2." Jawabnya pendek.

"Nak ikut kami tak?" Ajak kawan Seungkwan yang bernama Vernon tadi. Kalau nak tunggu si Seungkwan tu ajak, agaknya sampai tua pun aku ni takkan diajaknya.

Seungkwan menjeling ke arah Vernon. "Dah kenapa kau ajak noona aku sekali." Marahnya.

"Tak boleh ke noona ikut? Jji ... kalau macam tu tak payahlah. Noona nak bersiar seorang diri. Bye." Kataku dengan nada yang agak kasar sebab aku sedang marah.

Itu ke namanya adik? Main halau je aku ni. Ceh ...

"Noona! Noona! Noona!" Panggil Seungkwan dari jauh. Namun, aku tidak mengendahkannya.

"Mingyu panggil noona tu!" Jeritnya.

Mingyu panggil aku? Kenapa?

Aku menoleh ke belakang dan mendapati Mingyu berada di sebelah Seungkwan sambil tercungap-cungap. Dia baru berlari ke tadi?

Aku kembali menuju ke arah Seungkwan dan Mingyu dan Vernon.

"Kenapa ni Mingyu?" Soalku.

"Arin. Dia tak dapat nak sertai kami buat persembahan itu nanti. Dia sakit perut disebabkan keracunan makanan." Kata Mingyu.

Mataku terbeliak mendengar kata2 Mingyu itu. "Macam mana dengan Arin? Dia tak apa ke? Dia di mana sekarang?" Soalku bertubi-tubi.

"Kkokjeongma. Dia ada dalam bilik kesihatan. Cuma, dia tak dapat nak buat persembahan dengan kami dan kami cuma ada beberapa minit untuk persembahan itu. Boleh tak awak ganti tempat dia?"

Ganti tempat dia? Menyanyi depan khalayak ramai? Mampukah aku? Kalau aku buat salah nanti macam mana?

"Awak tak ada pilihan, awak mesti ganti tempat Arin juga sebab cuma awak yang tahu apa yang perlu dibuat." Kata Mingyu dan dia kemudiannya mengheretku bersamanya sebelum sempat aku ingin berkata apa2.

___

"Cepat pakai baju ni." Mingyu menghulurkan dress berwarna merah kepadaku.

Aku kena pakai dress ni ke?

"Boleh tak kalau saya tak pakai?" Soalku.

Mingyu menggeleng. "Awak kena pakai juga sebab awak kena berduet dengan saya. Takkanlah awak nak pakai baju sekolah sahaja dan saya pula pakai sut ni? Kan nampak pelik sehaja nanti." Jelas Mingyu lalu menolakku ke bilik persalinan untuk menukar kepada dress tadi.

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now