28 - Indescribable Feelings

2.3K 240 153
                                    

Eunyoo pov.

"Noona, noona tengah buat apa tu?" Soal adik kesayanganku (lah sangat) yang berada di muka pintu bilikku.

"Buat bodoh." Jawabku sarkastik.

Dari ekor mataku, aku dapat melihat Seungkwan menggulingkan matanya. Aku tergelak kecil melihat reaksinya itu. "Takkanlah tak nampak, apa yang noona tengah buat sekarang ini kot."

Seungkwan mula menapak mendekatiku lalu duduk bercangkung di sebelahku. "Noona kemas2 baju ni nak pergi mana? Nak lari dari rumah ke?" Terselit bunyi kesedihann di sebalik pertanyaannya itu membuatkan aku mula geli hati.

"Kalau ya macam mana? Apa Seungkwan nak buat kalau noona lari dari rumah? Kan Seungkwan tak sayangkan noona." Aku sengaja untuk mengusiknya. Apa salahnya kan mengusik adik sendriri sekali-sekala.

Tanganku pula dipaut olehnya. "Noona ... betulke noona nak lari dari rumah disebabkan Seungkwan? Macam mana dengan Seungkwan nanti? Siapa yang akan masak untuk Seungkwan? Noona tak sayangkan adik noona yang seorang ni ke?"

Aku melirik ke arah wajah adikku yang betul2 berada di sebelahku. "Kalau adik sendiri dah tak sayang noona, buat apa noona nak sayang." Kataku acah2 merajuk.

Tiba2 sahaja badanku dipeluknya erat dan bunyi tangisan mula kedengaran. Dia memelukku dari belakang dengan membenamkan wajahnya ke belakangku. "Noona ... maafkanlah Seungkwan. Seungkwan sayang noona. Sebelum ini, Seungkwan cuma bergurau je. Janganlah ambil hati." Katanya dalam esak tangisnya.

Aku hendak menoleh ke arahnya. "Jangan toleh. Seungkwan tak nak noona tengok muka Seungkwan yang buruk ni." Katanya. Namun, aku menghiraukannya dan menoleh ke belakang untuk memandangnya.

Kedua bahunya ku pegang sambil wajah miliknya ku pandang. Menyesal pula aku mengusik dia tadi. Kesian pula aku tengok menangis teresak-esak sebegini. "Jangan risau, noona tak akan tinggalkan Seungkwan. Noona cuma nak pergi perkhemahan je."

"Jinjja?" Soalnya dengan kepala yang tertunduk.

Kepalanya ku usap lembut. "Jinjjayo. Jadi, jangan menangis. Noona tak suka tengok wajah Seungkwan menngis sebab ianya buruk sangat."

"Ish, noona ni. Sempat lagi nak usik Seungkwan."

Aku hanya tersenyum melihat Seungkwan yang terduduk di hadapanku ini.

Sekurang-kurangnya, aku masih ada Seungkwan.

---

Pagi di mana aku akan ke tapak perkhemahan pun tiba. Aku bersiap-siap untuk ke sekolah kerana takut akan ditinggalkan oleh bas yang akan membawa kami ke tapak perkhemahan itu. Segala barang2 yang penting aku periksa satu-persatu agar tiada satu pun yang tertinggal.

"Noona, noona dah nak pergi ke?" Soal Seungkwan yang sepertinya baru sahaja bangun dari tidur nyenyaknya.

"Awalnya kamu bangun? Masih pukul 6 pagi ni." Kataku.

Seungkwan tersengih ke arahku. "Seungkwan nak tengok noona buat kali terkahir sebelum noona pergi perkhemahan tu."

"Jji ... sejak bila pula kamu ni tiba2 jadi baik." Barang2 yang sudahku kemaskan tadi dibawa bersamaku menuju ke pintu rumah.

Seungkwan yang berada disebelahku dipeluk sebelum aku memakai kasut milikku.

"Annyeonghigaseyo noona." Ucap Seungkwan kepadaku.

"Nae. Jaga diri kamu." Pesanku sebelum aku melangkah menuju ke sekolahku.

---

Kami mula menaiki bas yang akan menghantar kami ke tapak perkhemahan. Memandangkan Arin tak mengikuti perkhemahan ini, aku tak tahu nak duduk dengan siapa.

Crush || Seventeen MingyuWhere stories live. Discover now