Bab 25🍃

5.9K 796 8
                                    

Aku duduk termenung sambil menunggu makanan sampai. Dah nak sebulan. Lusa dah nak masuk bulan baru. Aku rasa hidup aku kosong. Nak tanya Hoseok, nanti dia kata aku syok. Kalau tak tanya, aku pula susah hati. Ke mana agaknya. Pada mulanya memang aku rasa tenang. Tapi lama-lama aku rasa macam tak ada penyeri.

Tak ada gangguan perasaan. Jadi hati aku macam beku semula. Ada Taehyung, seolah-olah aku sedang belajar cara untuk melembutkan hati semula. Padahal sebelum ni, aku takkan mudah bercakap semudah bercakap dengan Taehyung. Pelik.

"Hoi, termenung apa? Tembus muka aku kau menungkan." Kata Hoseok sambil menepuk meja. Habis berderai lamunan aku. Si durjana ni penganggu betul.

"Tak ada apalah, Seok."

"Teringat ke?" Soal Hoseok, tiba-tiba. Aku kerutkan dahi.

"Teringat siapa?"

"Encik Kim Taehyung."

"Hish, tak adalah." Cepat-cepat aku menafikan. Padahal nama itulah yang aku cuba usir dalam ingatan sepanjang bulan ni.

"Dia ada je, Jae. Biasalah, busy. Hari-hari kira duitkan?"

"Dia akauntan ke?"

"Pengurus kewangan." Aku mengangguk. Pengurus kewangan rupanya. Kerja dekat syarikat-syarikat besar.

"Kau tak nak jumpa dia ke?" Soal Hoseok.

"Nak buat apa jumpa?"

"About your feeling."

"Aku tak cintakan dia pun."

"Eleh nak menipu dengan aku? Lupakan. Aku kenal kau dari kecil. Kalau kau dah suka, kau mesti jadi macam ni. Kejap teringat, kejap senyum."

"Ada nampak aku senyum ke?" Aku menghalakan telunjuk ke muka sendiri. Hoseok ketawa.

"Tapi kau kuat termenung!" Kata Hoseok. Tidak lama selepas itu, makanan yang kami pesan sampai. Selesai, Hoseok kembali menyambung perbualan.

"Cuba bagitahu aku, kenapa kau susah sangat nak berkawan dengan Taehyung? Kawan tau. Kawan." Soalnya. Aku mengeluh.

"Perlu ke aku bagitahu lagi?"

"Aku nak kepastian je."

"Okey, sejak dia bagitahu perasaan dia, aku jadi takut. Aku takut kalau dia tak boleh terima aku, tak boleh nak terima kenyataan. Yelah, aku.. aku dah tak suci. Aku dah pernah kena sentuh dengan Jimin. Boleh dikatakan aku ni, macam 'bekas' orang. Kau rasa dia nak ke terima aku? Sekarang mungkin dia cakap, yang dia cintakan aku. Tapi esok lusa? Boleh jadi kalau dia ungkit balik. Siapa yang terseksa lepas tu? Aku. Dia. Aku tak nak jadi macan tu, Seok even sebenarnya dia.. dia macam kapsul bagi aku. Dia ada, aku boleh sembuhkan fobia aku. Aku boleh bercakap, tak dingin, tak sombong. Kalau dia tak ada? Macam sekarang? Macam ni lah aku. Keluar nak makan macam ni pun aku fikir 10 kali."

Panjang lebar aku terangkan sambil menguis nasi dalam mangkuk. Hoseok mengangguk-angguk faham.

"Kau sebenarnya sangat-sangat perlukan Taehung, kalau kau nak tahu."

"Tak, I don't need him."

"Sampai bila nak ego, Jae? Kau perlukan dia. Aku tahu. Jangan tipu aku." Aku terdiam. Kenapa aku tak boleh lawan cakap Hoseok? Kenapa susah aku nak menafikan?

🌹loveurself🌹

[COMPLETED] Cold-Hearted Bride 냉담한 신부 (Taehyung BTS)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora