Bab 87🍃

5.7K 644 26
                                    

Sudah masuk hari yang ke 3 sejak Taehyung bertandang. Tetapi tiada respon dari Jaeri. Malah wanita itu semakin hari semakin kerap menangis. Ibu pula buntu. Sudah tidak tahu hendak mengambil jalan yang bagaimana.

Taehyung pula kerap sibuk memandangkan dia perlu hadir membuat laporan latihan selama seminggu ini. Bina badan semula untuk menjalani latihan ketenteraan seperti biasa. Tahap kekuatan Taehyung setaraf dengan para tentera yang lain.

Mahir dalam menembak dan berenang. Latihan Taehyung bukan sembarangan. Dia berjaya merentas Sungai Han dengan memakai seragam lengkap bersama senjata. Sebab itu keputusannya untuk menggantikan salah seorang ahli mereka sangat disambut baik oleh bekas rakan-rakannya dahulu.

The lagend is back katanya.

Namun Taehyung tidak gembira selagi Jaeri tidak pulih. Dia cuba untuk memujuk, walaupun dia sakit sekalipun. Dia sanggup. Asalkan Jaeri sedar semula.

Kaki Taehyung menapak masuk ke dalam rumah ibu meetuanya setelah selesai melapor diri di unit keutamaan ketenteraan pagi tadi. Tengah hari sibuk bekerja, menghabiskan sisa yang ada. Malam baru dia tenang dan bersedia menghadapi isterinya.

Namun, ketika dia masuk, Jaeri yang baru sahaja turun terus berlari naik ke atas semula. Bunyi hempasan pintu memecahkan khusyuk ibu di ruang tamu.

"Eh! Taehyung. Bila sampai?"

Taehyung tersenyum.

"Baru je tadi. Ternampak Jaeri, dia terus naik atas." Kata Taehyung walaupun perit. Lain sungguh Jaeri dulu dan Jaeri sekarang.

"Ibu pun tak tahulah, Tae. Dia kerap menangis sejak kamu tak ada 3 hari ni. Bila ibu tanya, dia tak jawab. Ni bila ibu cakap kamu nak datang, dia nampak okey. Tak menangis. Tu yang dia turun. Tapi naik balik pula." Keluh ibu. Taehyung tersenyum.

"Biarlah dia. Tak selesa agaknya."

"Hmm.. ibu doa yang terbaik je. Jangan sampai bercerai. Kamu kena faham dia dan ibu yakin, dia tak akan kejam." Kata ibu lagi. Sekali lagi Taehyung tersenyum bersama anggukan halus.

"Saya je yang kejam dengan dia, bu. Salah saya sebab cemburu. Tak salah dia nak bantu Jimin tapi saya ni... pantang sikit. Mungkin tak biasa ditipu."

"Siapa je yang suka ditipu, nak. Tapi kalau yang menipu tu orang kita sayang, bau kentut busuk pun kita kata wangi." Perumpaan ibu mengundang gelakkan halus Taehyung. Ibu ni.. kelakar juga.

"Boleh saya naik atas, bu? Nak jenguk Jaeri."

"Eh, pergilah. Kamu menantu. Bukannya pencuri."

"Manalah tahu... ibu dah tak sudi."

"Ibu tak pernah halang melainkan kalau kamu sendiri yang dah tak nak." Kata ibu. Taehyung kemam bibir. Baiknya hati ibu...

Taehyung melangkah ke tangga dan naik ke atas. Tombol pintu dipulas perlahan dan dia masuk ke dalam. Jaeri duduk di atas katil sambil menonton TV. Nampak khusyuk.

"Jaeri..."

Senyap.

Taehyung melabuhkan punggung di atas birai katil dan mendekati tubuh isterinya ini. Dia tidak menyentuh walau sikit pun. Bimbang Jaeri terus memberontak. Jadi dia duduk jauh sedikit, namun masih memandang sisi wajah cantik ini.

"Dah makan?"

Soalan terbiar.

"Macam mana hari ni? Okey?"

Sama seperti tadi. Terbiar tanpa sambutan. Taehyung tenangkan hati. Balasan dia. Berapa kali je Jaeri bercakap sendirian ketika dia menangkan ego dahulu? Sehinggakan wanita ini memendam rasa dan tidak mahu langsung bercakap dengannya.

"Jaeri... saya nak minta maaf. Sebelum saya pergi, saya tak nak kita berjurang macam ni. Kita berbaik macam dulu, bergurau. Saya rindu. Saya rindu isteri saya. Dengan orang lain, beku. Dengan saya, dia manja macam slime." Kata Taehyung. Hatinya menangis memohon reaksi si isteri. Tetapi tetap sama. Kaku.

"Kalau awak tak maafkan saya sekalipun, saya nak awak tahu yang saya cintakan awak. Dari hujung rambut, sampai hujung kaki, semuanya milik awak. Saya berat hati nak tinggalkan awak, tapi saya terpaksa. Tapi saya janji, tak akan lama. Percayalah."

"Jaeri.. sekalipun awak bencikan saya, saya tak pernah bencikan awak. Saya marah bukan sebab saya benci, tapi saya cemburu kerana sayang. Sayangnya saya, sampai saya cemburu, sampai saya marah. Tapi sumpah, jauh dari sudut hati saya, sikit pun saya tak makan hati. Saya tak kecewa. Kalau ya pun saya ada terasa, tu dulu. Tapi tak sekarang, sayang."

Taehyung menarik nafas. Dari sisi, dia melihat air mata Jaeri gugur. Namun esakannya sikit pun tiada. Ingin sahaja dia memeluk, tetapi dia tahan. Dia tidak mahu mood Jaeri rosak lagi kerana dia. Biarlah dia tahan. Asalkan dia boleh tengok.

"Keluar."

Arahan yang sama buat kali kedua. Taehyung terpaksa angkat tubuh. Dia menapak ke pintu. Serentak itu, tubuh Jaeri menyelorot ke bawah selimut dan membelakangkannya. Tangisan kedengaran lagi.

Kali kedua.

🌹loveurself🌹

[COMPLETED] Cold-Hearted Bride 냉담한 신부 (Taehyung BTS)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant