Bab 38🍃

5.8K 691 19
                                    

Aku duduk tegak di atas sofa ruang tamu. Gerak tidak, makan pun aku tidak mahu. Aku tak ada selera. Walaupun aku tak sedar apa yang aku buat dengan Jin, tapi aku dapat bayang macam mana aku diperbodohkan. Aku dijijikkan. Macam mana aku terjerat dengan Jimin, macam tu lah aku terkena dengan Jin.

"Hei, makan." Huluran Jin aku tidak sambut. Aku biarkan. Jin mengeluh pendek. Dia mencampak lembut roti atas meja. Kemudian dia dekatkan bibir pada telinga aku.

"Makan.. atau kau nak aku yang makan kau?"

Aku pejamkan mata, rapat. Nafas aku turun naik menahan amarah. Geram.

"Kau diam. Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau."

"Kenapa? Benci?"

Aku pantas berdiri. Jin mencengkam tangan aku. Erat. Aku berdiri tegak. Jin ikut berdiri sebelah aku.

"Aku puas dengan kau. Malam ni.. aku nak puas lagi. Okey?" Aku terus libaskan tangan dan tangan aku tepat mengena pada muka dia. Terteleng kepala Jin.

"Jaeri! Apa kamu buat?!" Herdik ibu. Aku tidak peduli. Aku rentap tangan dan berjalan ke muka pintu. Kunci kereta aku capai.

"Nak pergi mana?" Soal ibu. Aku diam buat seketika.

"Nak ke mana, nak mati ke, nak hidup ke, ibu tak pernah peduli pun kan? Jadi, biarkan Jae hidup sorang-sorang. Jae tak perlukan ibu pun dalam hidup Jae." Aku terus keluar dan masuk ke dalam kereta. Sedih. Aku terpaksa macam tu. Aku tak sanggup hendak memandang ibu. Nak cuba pujuk ibu pun aku tak sanggup. Aku tahu, ibu lebih sayangkan Jin, lebih percayakan Jin dari aku.

Aku pandu kereta menuju ke studio. Bila sampai, aku dah nampak kereta Hoseok dan kereta...

"Taehyung," aku tak tahu kenapa aku sebut nama tu. Aku tak tahu. Aku terus parkirkan kereta dan keluar. Air mata aku bercucuran.

Aku buka pintu studio dengan esakan yang kuat.

"Hoseok! Seok!"

"Ya! Kat atas!"

Aku panjang anak tangga dan naik ke atas. Bila aku nampak tubuh seseorang membelakangkan aku, aku pantas lari dan dapatkan tubuh tu. Kemudian aku peluk tubuh yang aku sangkakan Hoseok itu dari belakang.

"Seok! Seok! Aku.. aku takut. Jin... Jin rogol aku."

"What?!" Tubuh aku terpusing, aku memandang wajah Hoseok. Terus air muka aku berubah.

"Taehyung..." pelukan aku terlerai. Aku tergamam. Aku salah peluk orang.

"Jae? Aku kat dalam toilet tadi. Kau..." aku menoleh. Tu baru Hoseok. Aku undur setapak. Aku jadi fobia bila ada dua lelaki berada di hadapan aku sekarang. Aku undur sehingga terduduk atas lantai. Taehyung mendekati aku.

"Hei, kenapa ni?"

Aku bergeletar. Aku pejamkan mata dan nangis. Sekali lagi.

🌹loveurself🌹

[COMPLETED] Cold-Hearted Bride 냉담한 신부 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now