PART 8

6.5K 477 5
                                    

"Miracle pilih Appa Baekkie tau yang paling kacak?" Baekhyun membisikkan sesuatu di telinga Miracle dan cepat-cepat berbaris masuk semula ke barisan member-member EXO K menghadap Miracle yang duduk memandang dan bersetentang dengan mereka.

Baekhyun berdiri hujung di sebelah kanan, disebelahnya D.O, diikuti Kai, Sehun, Suho dan paling hujung kiri Chanyeol.

"Miracle palli palli" D.O memangil Miracle menghalanya.

"Nanti! tunggu jap" Baekhyun mengoles secalit eyeliner d bawah matanya.

"Hana.. dul.. set.." Ara mengira dari sudut dapur tidak jauh dari mereka. Di tanggannya kemas mengoncang-gocangkan botol susu yang baru siap dibancuh.

"Miracleeee" Suho mendepakan tangannya.

"Miracle sini" Sehun menepuk-nepuk tapak tangannya.

Chanyeol merasuah Miracle dengan mainan kegemarannya.

D.O dan Baekkie juga berteriak memangil Miracle kepada mereka.

Kai memasang strategi merasuah lagu growl dalam phonenya menghala Miracle.

Ketika lagu Growl dipasang dengan serta merta Miracle mengoyang-goyangkan badannya dengan comel. Dia tidak jadi merangkak mendapatkan appa-appanya. Hanya duduk dan mengoyangkan badannya yang gebu berkali-kali.

"Yarh Kai!" Suho merampas phone Kai dan terus di tutupnya.

"Masa tamat. Time to tidur la Appa." Ara terus mengambil Miracle dan membawanya ke bilik. Ara sempat menguncikan pintu kerana keenam-enam Appa di luar hanya akan menggangu waktu tidur Miracle jika dibiarkan. Ara membaringkan Miracle ke dalam baby cot dan disusukan. Dalam beberapa minit Miracle terus lena beradu.

Petang hari ni juga mereka tiada sebarang aktiviti selain menganggu ketenteraman Miracle. Member-member EXO M juga sudah 2 minggu kembali ke China. Suho, Chanyeol dan Baekhyun meluangkan masa bermain permainan kad. Sehun hanya berminat dengan phonenya, D.O memasak, Ara juga bersama D.O semetelah menunggu Miracle bangun. Kai pula hanya tertarik meneruskan aktiviti tidur di waktu lapang.

......

"Hyung tengok ni" Sehun berteriak mendapatkan Suho dan member yang lain.

"Wae wae?"

Sehun menunjukkan gambar Miracle yang dimuat turun fans semasa konsert SM Town Week SHINee dan beberapa artikel yang sengaja digembar-gemburkan.

"SIAPA APPA KEPADA BAYI INI?"

"SIAPA BAYI INI?"

Gambar Sehun mendukung Miracle dan dipandang Ara.

Gambar Suho membisikkan sesuatu kepada Ara.

Foto Kai yang seolah-olah mencium dahi Ara dan terlihat Miracle di tengah-tengah.

"Pasal baby je kot. Kecoh.." Chanyeol menepuk dahinya.

"Hyung macam mana?" Sehun memandang leadernya Suho.

Suho seperti memikirkan sesuatu dan wajahnya kini terlihat sangat tegang.

......

WHO WILL BE MY APPA [EXO FanFiction]Where stories live. Discover now